Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pembinaan Rumah Impian

Membina rumah sendiri di atas tanah sendiri – Tanah

Submitted by m.ruzaini.h on November 23, 2018 – 8:08 amNo Comment

Salam,

Untuk post kali ini adalah berkenaan dengan tanah..

aku beli tanah yang berkeluasan lebih kurang 9000 kaki persegi ini pada hujung tahun 2012.. lokasi tanah ni di durian tunggal.. kira-kira 8 km dari pintu belakang tempat aku kerja UTeM..

Tanah aku ni corner lot.. dan status dia lot bunglow untuk bangunan.. so bukannya lot pertanian.. lot perumahan ini sangat penting jika kita hendak buat pinjaman untuk pembelian tanah ni.. kalau beli tanah guna bank loan agak mahai interest dia dan juga margin pembiayaan agak rendah sekitar 60% ke 85% je bergantung kepada bank.. so selebihnya kene guna duit sendiri.. kebanyakan orang buat personal loan dan kemudian beli cash tanah itu.. ini akan memudahkan urusan untuk meminjam untuk pembinaan rumah nanti..

Untuk tanah aku ni.. aku guna pinjamaan kerajaan LPPSA jenis 4 (membeli tanah).. interest dia sgt rendah.. iaitu 4% setahun dan 100% pembiyaan berdasarkan harga penilaian dari jabatan penilaian harta (JPPH).. aku ingat.. JPPPH menilai tanah tu dengan harga RM110k sahaja.. tapi owner jual dengan aku RM120k.. tak boleh kurang.. so akan ada wang beza.. kene selesaikan wang beza tu dahulu sebelum process selanjutnya..

tempoh masa urusan pinjaman ni nak lulus lebih kurang 1 minggu untuk tahu lulus atau gagal. dan urusan selesai sehingga pertukaran nama dan gadaian selesai ambil masa secara total 4 bulan.. agak cepat..

disini aku sertakan perkara-perkara yang aku tempoh dalam pembelian tanah ini:

  1. Survey tanah – pilih lokasi, status tanah pastikan geran individu sudah dikeluarkan.
  2. tawar harga – aku tawar tp tak dpt kurang byk pun.. sebab ada dua tiga orang berminat tanah ni.. so aku beli je tanpa banyak soal..
  3. bayar duit booking – aku bayar dalam RM1000 tanda jadi .. duit ni akan di pulangkan kemudian.
  4. lantik peguam – penting untuk urusan gadaian dan documentasi LPPSA nanti – aku kene bayar dalam RM4000 untuk peguam.
  5. apply online di LPPSA selepas document dari peguam diterima.. Aku minta bantuan pihak HR UTeM untuk bantu mengisi form online ni..
  6. pilih takaful yang mana.. make sure pilih yang bagi harga yang ok.. coz untuk bina rumah nanti kena pakai takaful yang sama.. dalam website LPPSA ada calculator untuk takaful ni..
  7. HR serahkan kembali segala borang dan surat iringan dari pihak majikan..
  8. hantar borang penilaian ke JPPH
  9. serahkan semua borang yang diperlukan kembali ke peguam – peguam akan uruskan perkara yang selanjutnya..
  10. peguam panggil untuk sign pertukaran nama di pejabat tanah.
  11. peguam akan serahkan salinan geran dan SNP bila selesai semua urusan.
  12. akan dapat surat bila akan mulanya potongan gaji.

jika kita beli tanah guna pinjaman kerajaan LPPSA.. dan selepas tu ingin membina rumah juga menggunakan pinjaman kerajaan LPPSA jenis 6 akan ada sedikit perkara yang penting korang kena tahu.. iaitu tempoh pinjaman untuk membina rumah adalah berdasarkan baki tempoh pinjaman tanah.. kiranya.. ko beli tanah tahun januari 2012.. mohon pinjaman membina rumah tahun december 2018 maka korang boleh mohon pinjaman membina rumah untuk tempoh 24 tahun sahaja.. ianya dikira by bulan.. kesannya jika buat rumah lambat selepas selesai urusan tanah.. bayaran bulanan akan bertambah kerana tempoh masa pinjaman yang lebih pendek.. so rancanglah dari awal..

sekian

Itu sahaja perkongsian aku kali ni.. meh tengok gambar tanah aku ni.. agak bersemak siap tumbuh pokok ceri..

2018-10-29 18.03.03

Related Post

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.