Dividen Amanah saham 1 malaysia (AS1M) 2014
Salam,
permodalan nasional berhad (PNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan/dividen untuk tahun kewangan berakhir 30 september 2014 sebanyak 6.60 sen sesaham atau pun 6.60%..
tahun lepas 6.70.. tahun ni 6.6.. kira ok la kan.. boleh la guna duit tu untuk beli apa2 yang patut..
dibawah ni history dividen as1m
Year | Dividend (sen) |
---|---|
2010 | 6.38 |
2011 | 6.50 |
2012 | 6.60 |
2013 | 6.70 |
2014 | 6.60 |
bagi aku, AS1m ni adalah antara tempat aku park duit cash aku.. selain dari tabung haji dan ASb2.
apa2 pun.. pada mereka yang nak pergi update buku as1m atau nak keluarkan duit dividen as1m 2014.. agar berhemah bila berbelanja.. berhemah bukan bermakna kedekut.. tp berbelanja secara bijak..
untuk aku.. simpan untuk twins.. hehehe..
sekian
Ruzaini
saya rakyat Malaysia berketurunan India. Seorang kakitangan kerajaan. soalan saya adalah: saya ingin menambah / membeli unit AS1M dari ASM. Agen saya adalah Maybank .Saya difahamkan, saya boleh memohon saham berkenaan ..jika nasib saya baik, saya boleh membelinya apabila ada orang yang menjual balik..
tolong jelaskan bagaimana saya boleh menempah / membeli saham AS1m berkenaan. Apa yang perlu saya lakukan…bagaimana saya memohon…..
sekian terima kasih
GANASAN RETHNAM
hi ganasan rethnam:-
AS1M atau amanah saham pnd yg ada kuota tidak boleh dibooking.. u boleh try beli dalam minggu pengumuman dividen AS1M diumumkan.. selalunya akan ramai yg bawak keluar duit itu.. jika ada rezeki.. u mayb akan dapat beli unit yg telah dijual oleh orang lain.. just try je.. I pun buat macam tu untuk ASW2020.. sebab unit untuk ASW2020 untuk bumi and non bumi telah penuh..
Tq
Dear AS1M.
Good day.
I am interested in investing some money in AS1M,please do advise me the procudure and requirement.
I belong from Johor , please do inform the nearest office to contact for any information in johor.
Thank you.
Amarjeet
SHO.
amar:-
boleh pergi pejabat asnb untuk bukak akaun..
Tq
Saya penyimpan as1m dari tahun 2010 melalui potongan kwsp boleh tak saya keluarkan dividen sekarang minta penjelasan tmkasih
roslan:-
kalau simpanan melalui kwsp.. principle dan juga divident dari duit kwsp itu akan dikembalikan kepada kwsp.. tak boleh guna..
Tq
macam mana prosedur untuk pindahkan duit dari as1m ke maybank atau cimb?
MiszD,
Pergi ke bank cimb atau maybank untuk pemindahan duit kedalam akaun bank dari as1m.
thanks
Salam, nak tanya mcmmana pengiraan dividen AS1M ni??
cira;-
kiraan dia sama macam asb iaitu atas baki terendah bulanan selama 12 bulan.
sekian
Assalam Encik Ruzaini,
Saya ada sedikit soalan dan tanda tanya, saya antara salah seorang bekas pelajar yang pernah dapat 100 unit untuk AS1M dan tidak pernah mengemas kini buku yang telah diberikan, persoalan saya, bagaimanakah perkiraan divident untuk unit yang telah diberikan kepada saya dan adakah saya boleh membawa keluar divident tersebut?
Saya masih belum fasih atas urusan AS1M divident dan sebagainya
Terima kasih
syafiqah..
boleh bawa keluar.. dan dividen di kira atas baki terendah bulanan..
pergi kemaskini buku untuk tahu berapa nilai unit terkini..
tq
Assalam en Ruzaini,
sy salah seorg pelabur dlm unit AS1M ni,tp masa sy melabur unit ini melalui loan dr agen maybank,mcm mn sy nk semak ya,terima kaseh atas penjelasan tuan.
mal:-
boleh call maybank untuk pertanyaan lanjut.
sekian
Salam.. Saya ada menyertai loan CIMB rm5000 untuk AS1M. dan deviden telah sy keluarkan. soalan saya bolih kah saya mengeluarkan ansuran bulanan yg saya bayar semula kepada CIMB.
Saya baru update buku as1m tadi.sy tgk ade jmla 800 jadi sy nak tanye bolehke bawa keluar sebab Selma 2 tahun saya tk masukkan duit. Yng Ada cuma duit rm50 dividen dimasukkan. Jadi aktif.. Boleh ke bawa keluar sbb tarikh matang bulan septemberkan.
sarah
kalau daalam buku ada rm 800.. boleh je nak bawa keluar.. tiada masaalah..
thanks
hairlee
tak boleh.
thanks
Klau dh cukup 5 thn..mcm mana nk ambk wet RM5000 tu? Ada ke dia msukkn dlm acc kita?
Mana nak dapat buku AS1M tu? sy tak dpt pun buku tu..pihak bank just mergekan no acc ASB sy dgn AS1M tu..
lagi satu..sy tak pernah pun topup masuk duit then baru ni sy ade check on9 then ada duit sikit dlm tu..ehh memang macam tu erk?
Kalau dah ade buku ASB biru tu perluke buka buku kuning AS1M tu..atau just mergekan No akaun..mane nk buka buku AS1M tu?
Uni:-
Sekarang semua unit amanah saham dibawah asnb guna 1 no akaun je.. untuk mendaftar akaun as1m.. sila hadir di bank agen atau di pejabat asnb.. no akaun utk as1m tu akan sama dgn no akaun asb..
thanks
Ruzaini
Hai.. Macamana sy nak keluarkan duit dividen dlm akaun AS1M tanpa buku?
hai.. saya ada daftar untuk as1m tu, tapi saya tidak pernah top up tapi ada balance dalam tu bole keluarkan kah walaupun tidak sampai 5 tahun?