Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » cerita aku

sijil nikah dan juga kad nikah @ kad kawin di selangor

Submitted by m.ruzaini.h on December 8, 2011 – 5:20 am10 Comments

salam,

Sudah lebih 3 minggu aku menjadi suami orang. kawan aku tanya, best ke kawin ni.. aku kata la.. mesti la best.. dia kata best macammaner.. aku kata cuba dulu baru tahu… hahahaha..

anyway.. berbalik kepada topic asal.. procedure untuk dapatkan kad nikah dan sijil kawin.. lepas selesai jer akad nikah (berdebar time tu) tok kadi akan panggil pengantin lelaki dan dia berikan satu salinan sijil nikah temporary (macam lesen L untuk couple), lesen L ni penting tau.. maner tau tgh sedap berbulan madu, ada pulak tok imam ketuk pintu (operasi maksiat) tanya status kita dan pasangan.. apa lagi.. tunjuk jer surat tu dengan bangganya.. hahahahah… tp kene ingat, sijil sementara ini hanya sah sehingga 3 bulan sahaja.. so, sebelum tamat masa itu, maka hendaklah kita apply sijil original dari JAIS.

untuk mendapat sijil nikah ini (selangor) kene datang ke jabatan agama daerah yang korang nikah jgn luper bawak gambar ukuran IC.. macam aku, aku kene pergi ke pejabat agama daerah petaling jaya di shah alam.. tingkat1 rasanya.. aku dah luper la… tapi before pergi sini, make sure u all call dulu.. takut tak siap lagi.. sia2 jer datang kalau tak siap… untuk sijil ni, tak boleh wakil, kene tuan puya badan sendiri kene datang… tentang bayaran, semuanya dah disettlekan time korang nikah tu.. kan ada pihak lelaki bayarkan duit saksi and duit tok kadi kan, duit itu juga termasuk duit sijil ni..

so, dah dapat sijil nikah, maka ianya adalah dokumen rasmi yang mengatakan anda ada alh suami isteri.. tp takkan la nak bawak sijil ni kehulu hilirkan.. so, anda juga diberi pilihan untuk membuat kad nikah (size IC).. just pergi ke tingkat 4 di menara selatan(rasanyalah).. bawak sekali gambar ukuran IC@lesen dan RM40.. kad ini akan siap dalam tempoh 5 hari… and sekali lagi call before datang ambil kad tu..

aku punya sepatutnya akan siap hari jumaaat ini.. tp ada kerja pulak dekat melaka.. macam tak sempat la pulak.. tgk la macamamner nanti.

sekian

Ruzaini

————————————————————————————————————————————————————————-

source:- web site JAIS

Permohonan Kad Nikah Print


KAD NIKAH

Kad nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan surat perakuan nikah di Negeri Selangor. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH Kad nikah boleh dibuat di:

* Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 4, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40676, Persiaran Masjid Bukit SUK,
Shah Alam,Selangor


Sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Kad Nikah boleh hubungi kami di talian:
* 03-55143463/3478

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH

i) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Selangor sahaja.
ii) Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1) Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) 2 keping gambar berukuran IC(Kad pengenalan) :

a) 1 gambar suami (pakaian bersesuaian)
b) 1 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)

3) Resit Bayaran
Pemohonan 2 keping kad untuk suami dan isteri dikenakan bayaran sebanyak RM 40. Pemohon boleh membuat pembayaran dan pemohonan di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS), Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

CONTOH KAD NIKAH

Image Image

iklan:-



Random Posts

10 Comments »

  • wawa says:

    slm..sy nk tnya Surat Perakuan Nikah ambil masa berapa lama nk siap slps tarikh nikah?
    terima kasih

  • m.ruzaini.h says:

    sijil nikah tu,

    rasanya dalam seminggu siaplah.. lepas dapat sijil tu.. apply untuk kad pulak..

    TQ

  • yatt says:

    surat salian akuan nikah nak dpt kt mne,,,?? mcne xapply sijil.. ke nak p terus je kat jais minta sijil,,, sbb dh nak sebulan kami kawin

  • m.ruzaini.h says:

    yatt:-

    lepas nikah
    1) tok imam bg lesen L (surat nikah sementara)
    2) pergi jais buat sijil akuan nikah rasmi
    3) bawak sijil nikah rasmi tu bersama 2 keping gambar untuk buat kad nikah ke kaunter kad nikah.. kad siap rasanya 1 minggu kot.. aku dah lupa..

    time aku buat tu.. sijil and kad nikah aku buat dekat shah alam.. tp office dia asing2.. korang boleh tanya pegawai dekat situ..

    Hope ini menjawab soalat yatt
    TQ

  • Maznalyn says:

    Selepas kami nikah Kenapa tok kadi tu tiada bg lesen L sementara..

  • m.ruzaini.h says:

    maznalyn:-

    ikut tok kadi kot.. saya dulu dapat salinan surat nikah tu..

    Tq

  • nabilahusaini says:

    Assalamualaikum saudara,

    Nie nak tanya pasal kad nikah tuu. Kalau akad nikah di sarawak, tapi sekarang menetap di selangor, boleh tak nak apply kad nikah tu sbb kat sarawak blm ade lagi kad nikah tuu. Tq

  • Suhaily says:

    Assalamualaikum..I pya kes lagilah teruk..
    Kawin tahun 2008 di Tmn Dato’ Haru, PJ…tapi langsung x ambik peduli pasal sijil nikah..Cuma ada surat nikah sementara je..
    tahun 2011, kami bercerai..masing2 buat x peduli je & x daftar cerai pun..
    sekarang ni I nk berkahwin…bekas suami pulak mcm nak tak nak je..
    mcmana ni?
    boleh tolong explain tak?

  • m.ruzaini.h says:

    nabilahusaini:-

    kad tu hanya utk pengantin yg berkahwin di selangor sahaja

    tq

  • m.ruzaini.h says:

    Suhaily,

    saya tak pasti.. boleh berhubung terus dgn pejabat agama

    Sekian
    RUzaini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.