Trip ke Designer outlet York
Salam,
Hari ni aku telah jadi gila.. hahahha… kenapa aku cakap aku jadi gila.. coz untuk makluman korang semua.. aku ni bukan kaki shopping.. and baju aku ni pun.. byk baju free and orang lain yang tolong belikan.. dan hari ini dalam sejarah.. aku telah jadi ahli gila shopping.. tadi aku telah ke designer outlet di york.. kan aku dah nak balik ke Malaysia.. so.. kene la shopping sikit untuk adik2 and mak ayah.. tak luper jugak kepada diri ku sendiri..
Perjalanan aku ke York ni bermula pada jam 9:30 pagi dengan menaiki bas ke station keretapi leeds.. Untuk tiket train return Leeds-York-Leeds sebanyak 6.50++ pound perlu kita labor.. perjalanan sehala mengambil masa lebih kurang 35 minit.. tak la jauh sangat kan.. and tiket train tu bagi aku mahal la.. kalau convert ker RM la.. so.. jgn pandai2 convert ke Rm kalau tak.. korang akan rasa tambang train tu tersangat la mahal..
Sampai di station train York.. kami terpaksa mengambil satu bas ke designer outlet tu.. coz nak jalan kaki.. mau patah pinggang kot.. jauh.. tambang nya murah jer.. 3 pound return tiket.. duit lagi.. semuanya duit..
Sepanjang perjalanan menaiki bas.. aku dapat lihat tinggalan kota lama.. dan juga tempat2 yang menarik di York ni.. Khalid kata.. Bandar York ni tinggalan orang2 Viking.. entah la.. aku tak tau.. and kalau korang nak tau dengan lanjut.. korang search jer dekat internet ok..
dah sampai dah di designer outlet York
Kita pendekkan cerita.. aku nak cerita pasal shopping lak.. korang nak tau tak aper yang aku beli.. aku beli 6 pasang kasut clark.. semua untuk ayah and adik2 aku.. untuk mak and adik perempuan.. aku tak beli lagi.. coz aku tak tau nak beli aper untuk girl ni.. nanti aku cari lain ek.. minyak wangi OK tak.. kalau untuk u all berdua.. mak and afidah.. hehhehe… aku juga ada beli sepasang jam tangan jenama fosil untuk diri aku.. dah lama nak pakai jam.. so.. sekarang aku adalah lelaki berjam tangan.. and lepas ni. boelh la korang tanya aku jam dah pukul beraper.. aku abis tak la banyak.. still dalam budget aku dan kemampuan aku…
Ok la.. sampai sini jer kot cerita aku.. esok aku akan cerita. Pengalaman menarik aku time bershopping di York ni.. lawak siot kalau diingatkan.. enjoy la ek.. gambar2 aku and khalid yang tak seberaper ni..
sekian
aku dalam bas ke designer outlet.. serabai.. hahahah
kanak2 riang tak tau nak pilih yang mana satu kasut clark
beli satu.. dapat murah untuk satu lagi..
hasil2 pembelian yang best untuk hadiah family- kasut clark..
lawa2 beb.. saper nak beli.. leh tempah dekat aku.. less than RM200
Jam tangan fosil.. lawa siot..
pandangan dari sisi.. nampak bulu roma yang seksi..
Note:- Perhatian.. kepada saper2 yang nak kasut clark.. boleh la Email aku.. harga boleh di runding.. cepat2.. coz aku dah nak balik malaysia ni..
ni la kesannya org dah boring tinggal 2 org..semua jadi kanak2 riang dan bershopping.haha
[...] sebuah bandar yang menarik dan lawa.. last aku datang sini adalah pada julai 2009 (http://perjalananku.com/?p=1407) kiranya dah lama la kot.. hahaha.. tahun 2009 tu aku datang york bukan g jejalan sekitar city ni.. [...]