Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Takaful, takaful - MAA takaful

Apa Itu Takaful?

Submitted by zaini_uitm82 on September 13, 2008 – 2:04 pmOne Comment

takaful

Takaful bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab – kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ianya diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Perbezaan takaful & insurans konvensional

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”.

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?

Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Gharar

Maksud al-Gharar ialah “ketidakpastian”. Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:

“Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”.

Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, “Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui”.

Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, “Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat”.

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai “Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti”.

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, “Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan”.

Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma’kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-

  • Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
  • Tidak diketahui kadar bayarannya.
  • Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas “Dasar Jual Beli”. Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:

  1. Penjual dan Pembeli
  2. Aqad (Ijab dan Qabul)
  3. Barang (Ma’kud Alaih/Subject Matter)

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian ‘barang’ dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

  1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
  2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
  3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
  4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
  5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara’.

Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa ‘barang’ dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ianya telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.

Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi “Keyakinan (Belief)”. Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.

Maisir/Judi

Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

  1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
  3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Riba

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Penyelesaian

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru’at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru’at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru’at

Tabarru’at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.

Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.

Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru’at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru’at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar.

Penggunaan Tabarru’at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Syarikat pengendali takaful:

Berikut adalah senarai syarikat-syarikat pengendali takaful yang beroperasi di Malaysia pada hari ini:

  1. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (www.hltmt.com.my)
  2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
  3. Takaful Nasional Sdn. Bhd. (www.takafulnasional.com.my)
  4. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (www.takaful-ikhlas.com.my)
  5. Mayban Takaful Berhad (www.maybank2u.com.my)
  6. Commerce Takaful Berhad (www.commerce-takaful.com.my)
  7. Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
  8. MAA Takaful

Pada Disember 2005, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kelulusan 4 lagi lesen pengendali takaful baru. Syarikat-syarikat baru ini dijangka akan mula beroperasi pada suku terakhir 2006.

Related Post

One Comment »

  • firdausprudential says:

    Hi,

    Saya agent insurans untuk Prudential.

    Untuk orang Islam kita kene ambil Takaful compare Insurans Konvensional

    Prudential ada Takaful bernama PruBsn Takaful. Join venture with BSN (Bank Nasional Berhad). Takaful ini berserta Medical Card yang membolehkan kita masuk hospital free je.

    Betul memang banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab muda lagi takde penyakit.

    Anda kene tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita ada penyakit tua nanti.

    Contohnya, batu karang

    Sekarang umur 24 tahun , sudah amik insurans. Umur 30 kene batu karang and nak operation RM10k. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
    So insurans akan cover.

    Tapi jika umur 30 tu dah tahu ada penyakit batu karang tapi baru terhengeh hengeh nak amik insurans.. Pre-exisiting disease before taking insurance. not covered..

    So muda la bagus.

    Anda ingin tahu lebih pasal insurans. email saya di [email protected]

    Insurans tak mahal RM100 sebulan sahaja.

    Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri

    Ok. Simpan sendiri pun boleh.

    RM100 x 12 = RM1200

    Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600

    Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?

    so itu la bagusnya insurans

    So pk pk la

    email saya di [email protected]

    saya akan telefon anda. anDA tidak perlu membazir duit menelefon saya.

    Saya tinggal di PJ. So saya boleh cover area lembah kelang.

    Apa lagi faktor untuk memilih insurans..

    pilih la ejen yang dekat dengan anda. ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bile anda susah nanti.

    jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.

    bila anda terlantar , anak bini tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.

    saya bekerja ada 2 motif

    1. menjana pendapatan
    2. menolong orang dalam kesusahan.

    Insyaallah anda tolong orang lain dalam kesusahan, kita akan murah rezeki dan dirahmati Allah.

    Pesanan saya kepada ejen ejen lain.. buat la after sales servis .. jgn hanya mengejar money..

    sekian

    firdaus

    [email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.