Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan

Kisah 6 balang duit

Submitted by zaini_uitm82 on March 10, 2009 – 10:42 pm6 Comments

Dipetik dari website

http://wsahabat.blogspot.com/2009/02/pengurusan-kewangan-t-harv-eker.html

Assalamualaikum salam sejahtera,

Di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh mengubah cara kita mengurus kewangan kita pada hari ini. Saya pasti ramai di antara kita yang masih lagi mencari-cari cara mengurus kewangan dengan sistematik, mudah & ringkas. Terdapat pelbagai jenis dan cara untuk kita mengurus kewangan kita dengan baik, akan tetapi adakah ianya sesuai dan mudah untuk diikuti?

Teknik ini juga dikenali sebagai 6 Jars Millionaire Mind, ianya telah digunakan oleh beribu-ribu orang di luar sana dan ianya dicipta oleh seseorang yang luar biasa bernama T Harv Eker. Saya mengetahui & mempelajari teknik ini semasa beliau datang ke Malaysia pada tahun lepas (May,2008) untuk memberi ceramah seminar bertajuk “Millionaire Mind Intensive“.

gambar diambil dari: http://kodeexii.net/blog

Untuk kita mengaplikasikan teknik ini, pertama sekali kita perlu menyediakan 6 balang seperti gambarajah di atas untuk dijadikan tabung. Balang tersebut haruslah lutsinar (supaya kita dapat melihat duit yang telah berjaya dikumpul, secara psikologinya ia akan memberi kita lebih bersemangat). Balang tersebut juga boleh digantikan dengan akaun bank dan setiap satunya di label seperti berikut:

1. FFA – (Financial Freedom Account)
2. LTSS – (Long Term Saving Spending)
3. EDUC – (Education)
4. NEC – (Necessities)
5. PLAY – (Play)
6. GIVE – (Give)

Setiap pendapatan yang kita perolehi secara harian, mingguan atau bulanan akan di masukkan ke dalam setiap balang tersebut mengikut peratusan yang telah ditetapkan di dalam teknik ini. Sebagai contoh; jika bulan itu gaji kita adalah RM1000, cuma masukkan RM100 sahaja kedalam balang, atau jika mendapat RM1.00 pada hari itu, kita masukkan RM0.10sen sahaja. Ingat! jumlah yang akan dimasukkan tidak penting, akan tetapi ‘habit’ atau rutin kita untuk memasukkan itu adalah lebih penting, kerana lama-kelamaan tindakan kita ini akan dijadikan rutin harian.

Saya akan terangkan fungsi balang-balang tersebut satu-persatu;

1) FFA – (Financial Freedom Account) – 10%
Dalam bahasa Malaysia bermaksud Akaun Bebas Kewangan. Ia merupakan balang yang paling penting sekali antara balang-balang yang lain, kerana balang inilah yang akan membantu apabila kita bersara suatu hari nanti, dimana di waktu itu kita tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

Apakah kegunaan balang tesebut? Ianya lebih kepada pelaburan jangkamasa panjang. Wang yang terdapat di dalam balang tersebut boleh di gunakan untuk pelaburan (unit trust, insurance), perniagaan pasif (vending machine) dimana kita tidak perlu berada di tempat kita berniaga sebaliknya orang ramai akan tetap menggunakan perkhidmatan mesin tersebut. Jadikan ianya Angsa Emas, INGAT! jangan sesekali membelanjakan wang tersebut walau berlaku apa sekalipun!!! Jika tidak, ianya seumpama menyembelih angsa tersebut, maka hilanglah punca pendapatan pasif kita.

2) LTSS (Long Term Saving Spending) – 10%
Balang yang kedua ini juga penting untuk kita. Wang yang terdapat di dalamnya digunakan untuk mendapatkan perkara atau benda yang kita idamkan pada masa hadapan. Sebagai contoh, membeli sebuah rumah atau kereta memerlukan kita untuk membayar wang pendahuluan. Jadi, gunakan wang di dalam balang ini untuk tujuan itu. Contoh lain, setiap tahun kita ingin untuk melancong ke tempat-tempat yang menarik samada di dalam atau di luar negara, balang ini juga boleh di gunakan untuk tujuan itu.

Jika kita mempunyai hutang kad kredit, gunakan wang tersebut untuk membayar hutang kad kredit. Ini adalah kerana interest yang dikenakan untuk pemilik kad kredit lebih tinggi dari hutang pinjaman yang lain.

Kita boleh bahagikan peratusan simpanan dalam tabungan ini kepada 50/50. Sebagai contoh, 50% simpanan digunakan untuk membayar kredit kad manakala 50% lagi untuk wang pendahuluan rumah.

Hanya 10% daripada pendapatan kita akan digunakan untuk balang ini.

3) EDUC (Education) – 10%
Balang ketiga diberi nama Education, ianya digunakan untuk tujuan pendidikan. Mungkin ada di antara kita yang ingin menyambung pelajaran ke tahap diploma, ijazah, master, PHD atau sijil profesional. Gunakan wang yang terdapat di dalam tabung ini untuk tujuan tersebut. Mungkin juga kita sudah mempunyai tahap pendidikan setinggi PHD, tabung ini masih lagi diperlukan dimana, wang yang disimpan di dalam tabung ini boleh digunakan untuk tujuan menghadiri kursus atau seminar yang kita rasa perlu untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan di dalam diri.

Ada pepatah menyatakan “Hidup ini merupakan proses pembelajaran sehinggalah kita di alam barzakh“. Ada juga pepatah barat mengatakan “If you are not growing, you are dying – If you think education is expensive, try ignorance“-Ben Franklin. Pada pendapat saya, hidup kita di dunia ini perlu ilmu pengetahuan, jika tiada ilmu pengetahuan kita seumpama bangkai bernyawa. Kita tidak dapat berbuat apa-apa tanpa ilmu pengetahuan. Jangan kita anggap mengeluarkan wang untuk ilmu sebagai pembaziran, anggaplah ianya sebagai pelaburan. Fikir-fikirkan!

Sekali lagi, hanya 10% daripada pendapatan digunakan untuk tujuan ini.

4) NEC (Necessities) – 55%
Balang atau tabung yang keempat ini merupakan tabung yang akan kita gunakan setiap hari atau bulan, boleh dikatakan komitmen atau keperluan wajib setiap bulan. Peratusannya ditetapkan kepada 55% setiap bulan. Ianya tinggi kerana perkara-perkara seperti bil-bil (telefon, air, elektrik), bayaran installment(kereta, rumah), barangan dapur(makanan), bahanapi adalah dari balang ini. Jika kita telah membuat kiraan perbelanjaan setiap bulan dan ianya melebihi 55% setiap bulan, maka kita perlu kurangkan perbelanjaan, seperti, mengurangkan penggunaan telefon, jimatkan penggunaan elektrik dan air di rumah, kurangkan makan di luar sebaliknya masak di rumah. Jika sebelum ini kita memandu ke tempat kerja, gunakan pengangkutan awam atau kenderaan yang lebih menjimatkan bahan api.

5) PLAY (Play) – 10%
Gunakanlah wang yang di dalam balang ini untuk menghiburkan diri atau bersama orang tersayang. Setiap manusia di dunia pasti akan berasa tertekan, dan tekanan hidup merupakan punca pelbagai penyakit. Hidup di kota metropolitan membuat kita akan berasa lebih tertekan dengan cepat kerana faktor-faktor seperti tekanan di tempat kerja, kesesakan lalulintas, tekanan di rumah, pencemaran dan sebagainya.

Jadi, bagaimana untuk kita mengatasi masalah tersebut? Kita hanya perlu berasa gembira untuk mengurangkan rasa terkenan tersebut. Wang yang telah kita simpan di tabung ini boleh digunakan untuk tujuan itu. Sebagai contoh, pergi menonton wayang, pergi ke taman tema, melakukan aktiviti sukan seperti futsal, bowling dan sebagainya. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan kita menikmati makanan di restoran atau hotel eksklusif bersama orang yang tersayang. Gunakanlah wang di dalam tabungan ini tanpa rasa bersalah, ianya adalah untuk dibelanjakan! Gunakan setiap bulan atau 3 bulan sekali. Belanjakan wang tersebut!

Untuk balang ini, hanya 10% sahaja daripada pendapatan.

6) GIVE (give) – 5%
Hidup kita sebagai manusia di dunia ini hanyalah sementara. Kita juga tidak keseorangan tinggal di dunia ini. Ada diantara kita yang hidupnya sangat senang, ada juga sangat daif. Bersyukurlah jika kita hidup dengan keadaan yang senang. Tetapi bagaimana mereka yang daif? Sanggupkah kita melihat mereka hidup seperti itu? Sekali lagi bersyukur bagi kita yang hidup dibesarkan oleh ibu bapa kita. Ada diantara kita yang sejak kecil dibesarkan di rumah-rumah anak yatim, tidak beribu dan berbapa. Bagaimana pula golongan masyarakat di tempat anda? Tidakkah kita sebagai manusia mempunyai hati dan juga perasaan?

Jika kita masih berhati dan berperasaan, cuma agihkan pendapatan kita sebanyak 5% untuk tujuan ini. Hidup tolong menolong adalah sesuatu yang amat dituntut. Gunakan wang yang ada di dalam tabungan ini untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Di dalam Islam juga kita di galakkan menderma, sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, dan salah satu cara untuk membersihkan harta adalah dengan memberi zakat (menderma).

Jika kita seorang yang dermawan, kita boleh memberi 10% daripada pendapatan anda dan kurangkan 5% dari balang NEC.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, untuk kita menggunakan teknik di atas, pertama sekali kita perlu tahu berapa yang patut untuk kita letakkan di dalam balang NEC dengan cara membuat kira-kira daripada pendapatan kita setiap bulan. Jika tabung NEC kita melebihi 55% (walaupun dah berjimat), kita boleh kurangkan peratusan di balang-balang lain seperti PLAY, LTSS & GIVE. Tetapi! jangan sesekali kurangkan peratusan di balang-balang FFA & EDUC, kerana balang-balang tersebut adalah pelaburan kita untuk masa hadapan!

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah sediakan 3 tabung untuk pelaburan (FFA, EDUC & GIVE) dan 3 tabung untuk keperluan kita (LTSS, NEC & PLAY).

Hmm, mungkin ada yang tertanya dimana balang kecemasan (EMERGENCY)? Bagi pendapat saya, tabung tersebut tidak perlu kita fikirkan kerana, secara psikologinya jika kita mempunyai balang kecemasan, kita seperti meminta perkara-perkara yang tidak diingini/bencana (kecemasan) berlaku ke atas diri kita. Itulah LAW OF ATTRACTION. Sebaliknya jika masih terdapat perkara yang tidak diingini berlaku di dalam hidup kita, tabung-tabung seperti LTSS, FFA(insuran), PLAY dapat membantu.


Sekian sahaja perkongsian. Semoga kita semua mendapat sesuatu yang bermanafaat pada hari ini. Terima kasih.

Related Post

6 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.