Membina rumah sendiri di atas tanah sendiri – Reka bentuk Rumah double key bunglow
Salam,
Kita sambung balik cerita pasal buat rumah sendiri tanpa guna kontraktor sepenuhnya..
Selepas urusan pembelian tanah selesai.. kita boleh cari pelukis plan atau arkitek untuk design rumah.
Untuk kes aku, aku telah lantik arkitek di batu berendam untuk design rumah aku.. aku telah bagi cadangan reka bentuk yang aku nak kepada arkitek untuk disesuaikan dan diubah sehingga dipersetujui oleh aku..
Pada mulanya, aku dan isteri nak buat sebuah rumah banglow 1 tingkat bersaiz sederhana, tapi bila difikirkan, why not buat rumah besar sikit dimana sebuah rumah tu boleh convert separuh jadi homestay separuh lagi untuk stay sendri.. kiranya macam semiD la..
Kami bercadang untuk buat home stay yang siap dengan private kolam renang… oleh kerana tanah yang tak besar sgt.. maka kami setuju untuk bina rumah 2 tingkat.. dimana keluasan keseluruhannya adalah lebih dari 5500 kaki persegi.. yang untung buat cara ini adalah boleh dapat jana income tambahan kepada kami… yang tak bestnya.. kos bina agak tinggi..
kenapa buat kolam renang walaupun kos nak buat dan nak maintain agak mahal.. ini kerana, melaka terlalu banyak homustay dan hotel.. untuk jadi sesuatu yang lain.. kami rasa perlu ada kolam renang.. dengan 4 bilik dan private kolam renang.. dan harga yang berpatutan dan lagi murah dari hotel untuk 4 bilik.. rasanya ramai yang berminat untuk menginap (Insyallah)
rumah yang dicadangkan akan ada sebanyak 9 bilik dan pintu pagar akan ada dua.. kenapa boleh buat 2 pintu pagar dan 2 parking berbumbung ini kerana tanah kami ini adalah tanah corner lot..
Untuk homestay unit, akan ada 4 bilik 4 bilik air diruang atas dan ditingkat bawah ada ruang tamu , ruang makan dan juga kolam renang. Untuk unit yang kami tinggal akan ada 4 bilik ditingkat atas beserta ruang keluarga.. dan dibawah pulak ada 1 bilik tidur, dapur ruang tamu dan 1 ruang makan.. side yang kami stay ni takder kolam renang.. kalau nak mandi kolam.. kene p unit sebelah.. walaubagaimana pun.. kedua2 unit ini boleh dihubungkan melalui koridor dan boleh ditutup menggunakan pintu..
dibawah ni gambar plan yang dah diluluskan.. bentuk u shape 2 tingkat.. yang ruang void sebelah tangga tu akan dibini satu lagi tangga.. laluan tengah tu akan ditutup bila ada guest untuk home stay dan boleh dibuka untuk kegunaan sendiri..
so boleh la aku gelarkan rumah ni Double key house with swiming pool..
itu sahaja kot yang boleh aku story.. next post aku akan bg tahu details pasal arkitek..
Sekian
Ruzaini