Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » bab:- perjalanan ke UK, cerita aku, my twins stories

My twins story:- Asyraf & Aisyah dah ada passport la.. – langkah-langkah permohonan surat beranak dan passport malaysia anak di high commission London

Submitted by m.ruzaini.h on October 10, 2014 – 11:25 pm3 Comments

Salam,

walaupun twins dah ada surat beranak UK sebab lahir di UK… kita sebagai rakyat malaysia wajib buat surat beranak (borang W) dan juga pasport untuk anak kita di Malaysian High Commission london.. kita diberikan tempoh 1 tahun untuk memohon untuk anak kita agar kerakyatan anak kita tidak terjejas.. jika terlebih dari tempoh 1 tahun itu.. kita diminta untuk menulis sebab kenapa kelewatan itu berlaku..

Semalam (tanggal 9/10/2014) kami sekeluarga telah ke london untuk membuat form W dan passport untuk twins…

kami bertolak dari sheffield ke London dalam jam 6:30 pagi.. pada awalnya aku jangka akan sampai london dalam jam 9:30 pagi.. tp kerana kesesakan jalan raya disepanjang highway dan di dalam london.. kami akhirnya sampai dalam jam 11 pagi di tempat parking di westfield london (tempat parking ni paling murah aku dapat dan selalunya aku memang parking dekat sini) dari westfield london kami naik teksi ke Malaysian High Commission.. ambil masa 30 min(sebab jalan sesak) dan cost £20… sampai sana.. dekat kaunter kata.. submission hanya sampai jam 12tgh hari.. apo laie.. kelam kabut siapkan semua document.. syukur.. sempat submit untuk pasport dan surat beranak..

disini aku kongsikan sedikit tentang pengalaman dan langkah-langkah permohonan surat beranak dan passport malaysia di high commission London untuk twins aku:-

Langkah 1:-

  1. Sediakan document yang diperlukan seperti dalam website hi comm ni –> http://www.jimlondon.net/ppt_apply.html
  2. berdasarkan pengalaman aku… dalam website JOM ni macam tak update tentang kuantiti salinan yg diperlukan, jumlah gambar, baju yg perlu dipakai untuk pasport dan lain2.. so meh aku senaraikan apa yang aku diminta sediakan:-
    • isi form permohonan (dapatkan dikaunter)- isi dua salinan – satu untuk pasport, 1 lagi untuk borang W (kalau lahir diluarnegara surat beranak dia dipanggil borang W)
    • gambar 4 keping – 2 untuk borang W, 2 untuk pasport (pastikan baby korang pakai baju gelap) dan kalau takder gambar boleh ambil dekat situ – 4 keping £5.. tp sgt2 la susah nak ambil gambar baby ni.. elok korang ambil siap2 sebelum dtg sini..
    • kad pengenalan ibu & bapa – 3 salinan
    • Pasport Ibu & Bapa – 3 salinan
    • visa Ibu & Bapa – 3 salinan
    • Sijil nikah ibu & bapa
    • certificate copy of entry – 3 salinan – UK punya
    • certificate of birth – 3 salinan – UK punya
    • £31 – pasport 32 pages – 5 year
    • £10 – borang W (aka sijil beranak)
    • semua document original
    • kalau terlupa nak fotocopy.. boleh buat salinan disitu dengan bayaran £0.20 sekeping (mahai)
    • sebab aku twins.. semua aku kene sediakan double..

Langkah 2

  1. Pastikan korang sampai sini seawal yang mungkin(sebelum jam 12tgh hari) kerana untuk submission dari jam 9am-12pm, dan collection dari jam 3pm-4pm.

Langkah 3

  1. korang pergi ke kaunter- akak dikaunter akan check document korang, dan dia akan bg 2 set borang permohonan untuk diisi .. panduan mengisi borang boleh korang tgk dekat papan kenyataan disitu.. nasihat aku bawa pen sendiri..

Langkah 4

  1. lepas dah isi borang dan semua document yg diperlukan lengkap.. akak kaunter akan bg no giliran untuk korang..

Langkah 5

  1. no dipanggil.. pergi ke kaunter untuk buat borang W dulu.. lepas selesai pergi kekaunter pasport pulak.. dua2 kaunter ni akan bg slip pungutan yg akan mention jam berapa boleh dtg ambil.
  2. anak dan bapa/ibu mesti ada sekali disitu.. jika tidak memang tak boleh nak buat..

Langkah 6

datang semula berdasarkan masa dalam slip pungutan untuk mengambil borang W dan pasport bayi anda.. selesai..

—————————————————————————————————————————————

sementara menunggu pasport twins aku siap.. aku ingat nak pergi berjalan sekitar hydepark.. tp sekali hujan lebat da… so aku lepak je di hicomm.. nasib baik ada ruang menunggu.. sambil2 lepak2 tu.. kami layan nasi goreng cina (bawa bekal), tp kalau korang nak makan dekat situ tp takder bekal pun boleh.. ada orang jual nasi bungkus dekat situ.. apa2 pun.. lega dapat buat paspport dengan surat beranak twins.. next step adalah untuk buat visa.. tunggu pengkongsian dari aku..

Sekian

Ruzaini

10686913_919057628121945_1670377741150325238_n

1011064_919057708121937_4740146835336656298_n

Random Posts

3 Comments »

  • Izzuddin says:

    Assalamualaikum bro.

    Terima kasih atas perkongsian. cuma nak tanya, certificate copy of entry tu apa ye? boleh bg contoh tak? Terima kasih.

  • m.ruzaini.h says:

    Izzuddin:-

    nanti time nak register baby dkt city hall.. dia akan bg free yg warna merah (cerificate of birth).. kene byr £4 rasanya untuk dapat yg (certificate copy of entry)..

    beza antara dua ni.. yg cerificate copy of entry tu dia lebih lengkap.. siap dgn nama mak dan ayah, dimana dan masa dilahirkan dan alamat rumah.. yg certificate of birth tu hanya ada sikit maklumat sahaja..

    yg penting elok ada dua2 cert ni..

    Tq

  • Izzuddin says:

    Ooo.. ok. baru ingat. mmg ada beli aritu. Terima kasih atas pencerahan.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.