Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengembaraan, Perjalanan PHD ku, cerita aku

perjalananku di UK:- langkah-langkah mendapatkan/ mengambil lesen memandu united kingdom

Submitted by m.ruzaini.h on October 9, 2014 – 2:02 am6 Comments

Salam,

minggu ni dah start sejuk.. dah start nak cecah bawah 10 degree.. itu maknanya.. musim sejuk akan menjelma dan bill gas akan melambung disebabkan penggunaan heater…tp hari ni aku bukan nak cerita tentang cuaca dan bill utiliti.. tp nak bercerita tentang lesen UK..

pada 6/10/2014 adalah hari bersejarah buat aku kerana aku telah lulus ujian memandu di UK ni.. syukur alhamdullilah… kenapa aku perlu mengambil lesen UK… ini disebabkan lesen malaysia hanya boleh pakai disini selama 1 tahun sahaja.. yakni 12 bulan dari tarikh visa kita di cop di pintu masuk UK (lapangan terbang).. jika masih memandu selepas 12 bulan.. maka secara automatiknya anda melanggar undang2 kerajaan UK.. jika ditahan.. kereta boleh disita dan kemungkinan denda yg dikenakan tinggi..

nasihat aku kepada mereka yang sambung belajar disini melebihi 1 tahun.. elok la korang ambil lesen memandu ni secepat yang mungkin.. ini sgt memudahkan anda dikemudian hari..

langkah- langkah untuk mendapatkan lesen UK..

STEP 1:- buat permohonan lesen L @ provisional license -

  • borang permohonan ini boleh didapati di pejabat pos -
  • tidak perlu ambil exam -
  • perlu submit form beserta £50 money order + sekeping gambar Lesen + original pasport ke DVLA swansea.. -
  • insyallah dalam masa 1 ke 2 minggu anda akan dapat kad lesen L , counter part certificate beserta pasport anda..
  • (nasihat:- jgn apply guna online coz yg tu swasta dan dikena kan charge yg mahal untuk submit form anda)

STEP 2:- Apply untuk menduduki ujian teori (berkomputer) -

  • boleh apply di sini https://www.gov.uk/book-theory-test - charge £25..
  • perlukan lesen L dan debit card(online payment) -
  • korang boleh beli DVD theory test dari DVSA (harga ebay dalam £13) -
  • ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian. pertama ujian theory biasa(peraturan,cara memnadu dan lain) bahagian kedua adalah hazard perception (video)

STEP 3:- Apply untuk belajar memandu -

  • aku ambil khidmat billplant (http://www.billplant.co.uk/) dan aku dpt instructor org putih.. aku just ambil 5 sesi = 5 jam belajar memandu ikut peraturan jalan raya UK
  • cost sebanyak £56.

STEP 4:- Apply untuk menduduki ujian memandu

  • apply online di https://www.gov.uk/book-driving-test -
  • cost sebanyak £62..
  • kene sewa kereta instructor selama 2 jam- cost £45
  • ujian memandu ini tak sama macam dlm malaysia.. totally atas jalan raya.. ada 3 bahagian
    • 1st – show me & tell me – pengetahuan berkenaan kereta anda, seperti dimana lokasi minyka engin dan macamana nak check oil level dan lain2.
    • 2nd – driving dengan arahan pemeriksa – pemeriksa akan suruh bawak atas jalan dengan mematuhi araham beliau seperti suruh berhenti dibahu jalan, suruh parallel parking atau suruh turn left atau turn right.. korang ikut je arahan dia..
    • 3rd – independent driving – yg ni dia mungkin suruh kita berhenti.. dan dia akan bg arahan untuk kita cari sendiri jalan ke tempat yg dia akan bg tahu.. kiranya suruh kita ke mydin dari rumah kita.. lebih kurang macam tu la..
    • apa2 pun.. untuk lulus ujian meandu ni.. ikut peraturan.. drive safe.. kalau salah jalan takpe.. just jgn langgar peraturan dan always pandang cermin untuk observation.. drive safe..
    • lepas selesai – pemeriksa akan bg korang satu laporan dan akan bgtau korang lulus atau gagal beserta komen/feedback kesalahan yg korang buat sepanjang ujian dijalankan..
    • kalau lulus.. pemeriksa akan ambil lesen L korang.. dan akan bg pass certificate yg korang boleh guna sementara menunggu kad siap dalam tempaoh 3 minggu..

so total cost yg aku keluarkan untuk dapatkan lesen memandu ni adalah

  1. lesen L = £50 + £10 (pos and postal order fee) = £60
  2. theory test = dulu harga £32 (harga baru £25)
  3. belajar  memandu = £56
  4. yuran ujian memandu = £62
  5. sewa kereta 2 jam untuk ujian memandu =£45

total cost = £255 @ RM1400+-

itu sahaja.. apa2 pun.. wish u all the best.. and drive safe..

Ruzaini

Sheffield

DVD yg aku guna untuk belajar theory test.. cost dalam £13 dekat ebay

10644167_10204308630052634_3937462754761350548_o

lesen L & certificate lulus dan laporan driving test..

10631190_10204308653133211_7878799059616899131_o

update 17/10/2014 – kad lesen dah sampai.. Syukur Alhamdulillah

10734029_10204380604011938_4603506673858182903_n

Random Posts

6 Comments »

  • Dain says:

    Salam Ruzaini.. hehe.. ape khabo? nk tanye berkenaan dgn amek lesen ni.. brpe lame proses masa start dr study theory test, amek theory test, belajar kete hingga dpt pass cert tuh?

  • m.ruzaini.h says:

    dain:-

    Macam takder fb nak msg.. hahahahah… aku ambil masa dalam 4 bulan .. yg lambatnya nak booking tarikh test tu.. sebab ia bergantung kepada kekosongan slot..

    lesen L = 1 minggu
    theory test = average 2-4 minggu untuk dapat kan slot kosong.. dalam tempoh tu boleh study..
    belajar memandu = bergantung kepada instructor dan pelajar… aku belajar 1 jam sehari setiap minggu.. 4 kali belajar (1 bulan)
    driving test = average 2-4 minggu untuk dapatkan slot kosong (aku booking awal sebelum belajar memandu.. dan jumpa instructor tentang date driving test tu untuk tgk kekosongan kereta dia.. sebab kita akan sewa kereta insructor untuk test tu…

    itu je kot..

    Tq

  • Dain says:

    thorbaekkk!!

  • Faiz says:

    Salam ruzaini, nk tye, klu xamik 5jam xpe ke?dia xde teori test ke?dan masa self driving,klu xtau jalan mcm ner?gps ada?

  • Faiz says:

    Lagi,btl ke kene anta original passport masa nk apply L?xbahaya ke? Dan L tahan sampai bila dan kene gantung L ke kt keta klu nk drive dgn family?????

  • m.ruzaini.h says:

    faiz:-

    memang kene submit original pasport.. Insyallah selamat.. berdoa je la banyak2..
    L tak boleh nak bawa family.. just untuk belajar memandu dan juga boleh bawa sekiranya disebelah kita ada orang yg memiliki lesen uk lebih dari 3 tahun..

    kalau tak ambil 5 jam tu pun takpe.. tp persoalannya tahu ke tuan tentang system test dia nanti.. time test penilai akan bg direction jalan.. so tak perlu pakai gps.

    sebelum test driving.. kene ambil theory test dulu..

    thanks
    Ruzaini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.