Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » bab:- perjalanan ke UK, cerita aku

Bab 1:- perjalanan hidupku ke sheffield,united kingdom – visa+cuti belajar + KLIA –> Manchester

Submitted by m.ruzaini.h on September 4, 2014 – 1:27 pm8 Comments

Salam semua,

dah 8 bulan menetap disheffield ni.. br berkesempatan nak mencoretkan serba sedikit perjalanan aku dan keluarga dari malaysia ke UK ni.. kiranya aku nak share kepada semua bakal pelajar yang akan dtg keuk ni sama ada buat master, phd ataupun degree.. mungkin coretan aku kali ni dapat memberi serba sedikit tentang UK ni…

Aku sekarang menyambung pengajian aku dalam bidang control system di universiti of sheffield… aku datang sini pada 23 september 2013.. seminggu awal dari tarikh pendaftaran sebagai pelajar (1/12/2013)..

biar aku story macamana aku boleh terlajak sambung belajar ke UK ni..

pada tahun 2012, aku telah diberitahu unjuran aku untuk cuti belajar adalah pada tahun 2013.. so time tu aku kene menyiapkan diri dengan permohonan uni, proposal, kursus SLAB, kursus BTN dan lain2… tp yang paling penting adalah kelulusan dari dekan dan seterusnya kelulusan di peringkat senat (university)..

pada awalnya aku nak sambung di malaysia je.. tp entah kenapa terdetik untuk memohon kepada dekan untuk sambung di UK.. kepada pensyarah2 ipta ni.. semua sedia maklum yg kuota UK ni sangat limited dan ramai yg berminat.. tp mungkin rezeki aku.. dekan luluskan permohonan cuti belajar aku..

setelah mendapat surat tawaran tanpa syarat dari university of sheffield… aku telah submit kesemua document yang diperlukan seperti sijil BTN,sijil SLAB, surat tawaran tanpa syarat, medical checkup, proposal dan lain.. KPT dan UTeM mengambil masa dalam 1 bulan lebih untuk kelulusan..

setelah kelulusan diperolehi.. maka perkara yg perlu kita buat adalah submit permohonan visa tier 4 untuk diri sendiri dan untuk pasangan… visa ni mengambil masa dalam 1 minggu… lepas dapat visa ni baru boleh submit untukk pembelian tiket kapal terbang..

cerita tiket kapal terbang ni.. cara yang terbaik untuk ke sheffield dari malaysia adalah turun di lapangan terbang manchester… lepas tu boleh naik keretapi atau teksi ke sheffield yang jarak perjalanannya dalam 1 jam.. sebelum aku fly aku telah menghubungi org malaysia disini.. mereka yg mencarikan aku rumah dan menjemput aku di airport manchester…

pada mulanya aku nak naik MAS.. tp MAS hanya akan turun di london dan tiada connecting flight yg ada kerjasama dgn MAS.. kalau nak naik juga mas and naik flight lain dari london ke manchester.. alamatnya akan kene charge untuk luggage kerana polisi berat percuma setiap syarikat berbeza.. kalau aku tgk BMI dekat sini 20kg.. MAS 30kg.. so ada baki 10kg.. sapo nak bayar.. mahai ooo… oleh kerana perkara ini.. aku telah memilih untuk naik emirate tapi mesti naik kapal terbang Airbus jumbo A380… tp dapat naik A380 separuh jalan je dari dubai (transit 3 jam) ke manchester… dari KLIA ke dubai naik 777 – sangat tak selesa.. apa2 pun.. make sure kalau ada transit.. biarlah lebih dari 3 jam.. coz check in ke gate transit agak jauh…

apa2 pun.. 2 minggu sebelum flight aku dan nana mendapat berita gembira… yg nana disahkan hamil (time ni tak tau lagi twins).. syukur sgt… bayangkan 65kg check in luggage penuh dgn brg makanan and brg baby.. sampai tak muat letak baju.. apa yg kami buat.. sumbat baju dalam hand luggage.. 2 beg laptop, 2 beg tarik untuk hand luggage.. 2 beg lugguge tu berat dalam 25kg… aku sebagai lelaki gagah.. pikul la 4 beg tu.. sampai nak patah piggang.. tp sebab sayang kan bini.. maka aku gagahkan juga.. heheheheh… lagipun aku ni lelaki gagah perkasa..

perjalanan kemanchester mengambil masa 19 jam termasuk transit… sampai dekat sini dalam jam 4 ptg waktu UK.. yang menjemput kami abg zack dengan azlan.. depa bawa kami terus kerumah host (faiz+wani) kami duduk rumah host 1 hari je… tradisi duduk rumah host ni agak baik kerana host dapat membantu serba sedikit dan ofcoss la masakkan makanan untuk kami makan.. memang lapor gilo kot.. dgn jet leg lagi.. apa2 pun.. thanks abg zack. faiz,wani and lan…

ok la.. sampai sini lagi je bab 1 ni.. nanti aku masuk bab 2 pulak.. tungguuuuuuuuuuu..

Sekian

RUzaini

study-abroad-uk

Random Posts

8 Comments »

  • abby says:

    salam…. En Zaini

    Saya baru terbaca blog en zaini… Kebetulan saya memang mencari orang Malaysia yang belajar di sana. Adik bongsu saya telah mendapat tawaran belajar di Universiti Sheffeild. Dia perlu melapor diri pada Isnin ni 13 Oktober 2014. Dia pergi atas tajaan Mara. Sebelum ini die tolak untuk sambung master.. tetapi setelah sebulan berlalu, die bersetuju untuk menyambung master dan mara still offer biasiswa kepada die. Masalah yang adik hadapi ialah dia tidak mengenali sesiapa di bumi UK. Die akan berangkat ke sana pada Ahad (12 Oktober 2014) ni… Kalau En Zaini dapat memberi sedikit penerangan dan tunjuk ajar.. sayaamat berterima kasih.

  • m.ruzaini.h says:

    abby:-

    apa nama dia, fakulti apa..dia dah dpt rumah ke.. mayb dia dah dpt cari rumah sewa kot.. selalunya geng2 bujang ni akan duduk sesama malaysian.. kalau perlukan bantuan.. boleh contact saya di +447424229574

  • bishanani says:

    Sy bertolak naik MAS 11.55mlm khamis sampai Amsterdam 7pg jumaat. Sambung KLM pukul 1.20pm jumaat sampai Leeds Bradford Airport 1.40pm jumaat. Nmpak mcm setengah hr je perjalanan tapi sbb ada perbezaan masa 8jam + 5jam transit. Total 21 jam baru sampai Leeds.

    Ini kisah kawan saya.21jam malaysia-amsterdam-Leeds UK

  • m.ruzaini.h says:

    bishanani..

    sebab transit yg menyebabkan lama tu.. :)

  • Nas Nasir says:

    assalamualaikum…tumpang tanya,en ni ex student utem?

  • m.ruzaini.h says:

    nas nasir..

    boleh l rasanya.. kenapa ye..

  • Zaihan says:

    Salam En. Ruzaini,

    Saya nak tanya tentang visa tier 4, saya baca dalam website utk dependent kene ada about 6k pound sterling seorang dalam akaun bank. Kalau dua orang dalam 12k pound sterling which I believe is amounting to RM 80K. That is a lot of money, is there any way I can avoid this requirement? Kalau tak mungkin saya terpaksa tangguhkan or batalkn niat utk ke sana September ni.

  • m.ruzaini.h says:

    zaihan:-

    Pihak UKBA telah mengetatkan kemasukan org luar ke UK.. byk perkara telah berubah.. saya pun dah tak ikut perkembangan berkenaan dgn visa ni..
    nak avoid adalah susah.. tp kalau ada surat sponsorship dari mara ke @ dari mana2 pihak yang bg sponsor.. mungkin boleh..

    Tq

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.