Berpuasa lebih dari 19 jam di united kingdom
Salam,
hari ni hari ke 6 kami berpuasa di sheffield, United Kingdom… almost 20jam gak la berpuasa, ini kerana sekarang musim panas @ summer.. so matahari terbit awal dan terbenam lambat…senang cerita, time summer ni siangnya panjang dari malam.. nak kata penat.. tak la sgt.. still mampu bertahan.. lagipun puasa ni bukan untuk tahan lapar je.. tp lebih dari itu..
Tahun ni tahun pertama kami berpuasa disini, berbeza dengan suasana di malaysia.. time berbuka kami akan masak sendiri juadah berbuka.. kiranya ala kadar.. dekat malaysia mewah dgn makanan, semua boleh dibeli.. rindunya nak pergi bazar.. tp yang menariknya masak sendiri ni.. kualiti, kebersihan dan cost yang rendah sudah pasti kita dapat perolehi.. tak la membazir sgt.. oleh kerana kami sekarang ni berdua je.. maka sekali masak.. boleh tahan untuk 2 hari.. just toup sayur je… lagipun.. budaya bertukar2 juadah amat popular dikalangan masyarakat melayu disini.. so beraneka juga la…
puasa ke 6 yang lepas aku masak kari ikan seabass campur kepala salmon.. yg payahnya masak dibulan puasa ni adalah tak boleh nak rasa sgt.. kalau rasa pun hujung2 lidah je.. tp apa2 pun.. still sedap gak kari seabass salmon aku ni.. sampai menjilat jari… hahaha… layan gambar dibawah ni.. tp gambar kari tak berapa clear..
apa2 pun.. saya dan isteri ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca perjalananku.com, keluarga yang berada di kelana jaya dan dipuchong dan juga kepada semua rakyat malaysia yang beragama islam.. semoga ramadhan kali ini memberi seribu pengertian..
Ruzaini
sheffield, united kingdom