Memasak untuk isteri mengandung
Salam,
Cuaca di sheffield ni makin lama makin sejuk la pulak… tambahan isteri yang mengandung sekarang banyak ragamnya… tp kesian aku tgk sayang aku tu… asik muntah je.. asal makan je mesti muntah…. nasi memang confirm tak lalu dia makan.. mesti muntah je… aku cuba masak bihun goreng… nampaknya nana lalu makan… syukur alhamdullilah… resepi yang aku guna untuk buat bihun goreng ni macam ni..
Resepi bihun goreng zaini:-
- Satu papan bihun (untuk 3 orang makan)
- 1 labu bawang besar*
- 2 batang cili padi*
- 2 ulas bawang putih*
- 2cm halia*
- sedikit ikan bilis*
- 2 sudu teh cili kering yang telah diblend
- brokoli
- lobak
- kicap manis
- garam
cara-cara:-
- bahan tanda * diblend
- tumis cili kering dan bahan kisar sampai naik bau.
- masukkan bihun, brokoli dan lobak..
- tambah kicap manis dan lada hitam dan kemudian goreng dalam 3 minit.
- selepas goreng, boleh la dihidangkan didalam pinggan.
selamat mencuba