sijil nikah dan juga kad nikah @ kad kawin di selangor
salam,
Sudah lebih 3 minggu aku menjadi suami orang. kawan aku tanya, best ke kawin ni.. aku kata la.. mesti la best.. dia kata best macammaner.. aku kata cuba dulu baru tahu… hahahaha..
anyway.. berbalik kepada topic asal.. procedure untuk dapatkan kad nikah dan sijil kawin.. lepas selesai jer akad nikah (berdebar time tu) tok kadi akan panggil pengantin lelaki dan dia berikan satu salinan sijil nikah temporary (macam lesen L untuk couple), lesen L ni penting tau.. maner tau tgh sedap berbulan madu, ada pulak tok imam ketuk pintu (operasi maksiat) tanya status kita dan pasangan.. apa lagi.. tunjuk jer surat tu dengan bangganya.. hahahahah… tp kene ingat, sijil sementara ini hanya sah sehingga 3 bulan sahaja.. so, sebelum tamat masa itu, maka hendaklah kita apply sijil original dari JAIS.
untuk mendapat sijil nikah ini (selangor) kene datang ke jabatan agama daerah yang korang nikah jgn luper bawak gambar ukuran IC.. macam aku, aku kene pergi ke pejabat agama daerah petaling jaya di shah alam.. tingkat1 rasanya.. aku dah luper la… tapi before pergi sini, make sure u all call dulu.. takut tak siap lagi.. sia2 jer datang kalau tak siap… untuk sijil ni, tak boleh wakil, kene tuan puya badan sendiri kene datang… tentang bayaran, semuanya dah disettlekan time korang nikah tu.. kan ada pihak lelaki bayarkan duit saksi and duit tok kadi kan, duit itu juga termasuk duit sijil ni..
so, dah dapat sijil nikah, maka ianya adalah dokumen rasmi yang mengatakan anda ada alh suami isteri.. tp takkan la nak bawak sijil ni kehulu hilirkan.. so, anda juga diberi pilihan untuk membuat kad nikah (size IC).. just pergi ke tingkat 4 di menara selatan(rasanyalah).. bawak sekali gambar ukuran [email protected] dan RM40.. kad ini akan siap dalam tempoh 5 hari… and sekali lagi call before datang ambil kad tu..
aku punya sepatutnya akan siap hari jumaaat ini.. tp ada kerja pulak dekat melaka.. macam tak sempat la pulak.. tgk la macamamner nanti.
sekian
Ruzaini
————————————————————————————————————————————————————————-
source:- web site JAIS
Permohonan Kad Nikah | ![]() |
KAD NIKAH
DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH Kad nikah boleh dibuat di:
* | Bahagian Perundangan Keluarga, |
Jabatan Agama Islam Selangor, | |
Tingkat 4, Menara Selatan, | |
Bangunan Sultan Idris Shah, | |
40676, Persiaran Masjid Bukit SUK, | |
Shah Alam,Selangor |
Sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Kad Nikah boleh hubungi kami di talian:
* 03-55143463/3478
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH
i) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Selangor sahaja.
ii) Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1) Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) 2 keping gambar berukuran IC(Kad pengenalan) :
a) 1 gambar suami (pakaian bersesuaian) | ||
b) 1 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung) |
3) Resit Bayaran
Pemohonan 2 keping kad untuk suami dan isteri dikenakan bayaran sebanyak RM 40. Pemohon boleh membuat pembayaran dan pemohonan di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS), Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.
CONTOH KAD NIKAH
iklan:-
slm..sy nk tnya Surat Perakuan Nikah ambil masa berapa lama nk siap slps tarikh nikah?
terima kasih
sijil nikah tu,
rasanya dalam seminggu siaplah.. lepas dapat sijil tu.. apply untuk kad pulak..
TQ
surat salian akuan nikah nak dpt kt mne,,,?? mcne xapply sijil.. ke nak p terus je kat jais minta sijil,,, sbb dh nak sebulan kami kawin
yatt:-
lepas nikah
1) tok imam bg lesen L (surat nikah sementara)
2) pergi jais buat sijil akuan nikah rasmi
3) bawak sijil nikah rasmi tu bersama 2 keping gambar untuk buat kad nikah ke kaunter kad nikah.. kad siap rasanya 1 minggu kot.. aku dah lupa..
time aku buat tu.. sijil and kad nikah aku buat dekat shah alam.. tp office dia asing2.. korang boleh tanya pegawai dekat situ..
Hope ini menjawab soalat yatt
TQ
Selepas kami nikah Kenapa tok kadi tu tiada bg lesen L sementara..
maznalyn:-
ikut tok kadi kot.. saya dulu dapat salinan surat nikah tu..
Tq
Assalamualaikum saudara,
Nie nak tanya pasal kad nikah tuu. Kalau akad nikah di sarawak, tapi sekarang menetap di selangor, boleh tak nak apply kad nikah tu sbb kat sarawak blm ade lagi kad nikah tuu. Tq
Assalamualaikum..I pya kes lagilah teruk..
Kawin tahun 2008 di Tmn Dato’ Haru, PJ…tapi langsung x ambik peduli pasal sijil nikah..Cuma ada surat nikah sementara je..
tahun 2011, kami bercerai..masing2 buat x peduli je & x daftar cerai pun..
sekarang ni I nk berkahwin…bekas suami pulak mcm nak tak nak je..
mcmana ni?
boleh tolong explain tak?
nabilahusaini:-
kad tu hanya utk pengantin yg berkahwin di selangor sahaja
tq
Suhaily,
saya tak pasti.. boleh berhubung terus dgn pejabat agama
Sekian
RUzaini