Penantian satu penyiksaan
Hari ni aku bergegas keluar dari ofis pada waktu lunch. kononnya nak beli sampul pos ekspres. aku nak pos kan surat berhenti kerja and surat penangguhan PTPTN ke MARA..
sekali jem da kat depan pejabat pos.. siap ada polis lagi.. aku ingat kan ada kemalangan.. sembang2 dgn org yang berkumpul tu.. di beritahu bahawa ada demonstrasi untuk menyuarakan hasrat ketidak puashati kerana kes cikgu “pukul” pelajar.. budak2 sekarang.. kene hukum sikit jer.. mengadu kat mak bapak.. parent pun main terjah jer.. elok diperiksa.. mungkin anak mereka yang buat salah… aku dulu.. siap kene rotan dgn pembaris besar warna kuning.. besar tu ooo… sekali kene.. nak duduk pun tak boleh.. aper la nak jadi dunia sekarang ni..
45 minit menunggu.. akhirnya dapat jugak aku beli sampul surat tu.. pergh.. siap masuk kerja lambat lagi.. member section pun perli2 jer… heheheheh..