Aku dan stesen keretapi
salam,
Time aku tgk ulat gonggok time aku kat malaysia, teringat akan keretapi. panjang dan bayak roda yang tak leh nak pump hahaha. Dekat uk ni, hampir semua bandar dan daerah di hubungkan dengan perkhidmatan keretapi. and system yang ada di UK ni.. boleh dikatakan bagus. keretapi sampai tepat pada masanya. dan keadaan didalam gerabak yang selesa. tapi yang tak bestnya tentang keretapi ni. harga tiket dia.. mahal giler, coz aku suka convert jd duit malaysia. pergi london, 3 jam RM120++, kalau beli lambat, lagi mahal. giler2 la.
Dimalaysia, telah ada usaha untuk menaiktaraf system/bisnes keretapi ni, salah satu usaha yg dilakukan adalah dgn membina rail berkembar. sesuatu yang bagus, kerana kekerapan keretapi akan bertambah kerana keretapi tak lagi perlu memberi laluan kepada keretapi lain dari arah yang berlawanan. tapi sedih sgt, coz campur tangan politik menyulitkan keadaan.
satu cadangan lain setelah rail berkembar ini siap, adalah dgn mengadakan gerabak2 yang moden, kalau boleh, ada internet. and dah ada mordern gerabak ni, maka pihak KTMB mesti(wajib) menaikkan kadar tambang. kerana tambang sekarang ada lah, terlalu rendah. dan rasanya, tak cukup untuk tampung kos operasi, tapi kalau nak naikkan, kene la berpada2 ek. setaraf dgn khidmat yang ditawarkan, org takkan bising harga mahal kalau service bagus.