Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan, Takaful, cerita aku, takaful - MAA takaful

Aku dapat duit RM100,000

Submitted by m.ruzaini.h on June 29, 2009 – 11:56 pm5 Comments

salam,

Aku dapat duit?.. pergh.. saper la yang pemurah nak bagi aku duit ek.. takder la.. nak duit, kene la berusaha kan. rezeki tak datang bergolek2 macam tengiling. just nak share pengalaman aku jer. satu hari ni, aku ada sembang2 dgn sorang awek ni. cun tu.. pergh.. nasib baik kawan jer.. klu buat bini best gak ni.. hehehe.. gurau2 jer.. so, coz dah lama tak jumper, so sembang sakan la.. byk perkara yg diborakkan. time tu aku masih lagi part time agen takaful/insuran (sekarang aku student sepenuh masa) so, nak dipendekkan cerita, aku bukak la cerita pasal takaful/insuran ni. baru nak cerita, dia potong

‘I baru jer masuk takaful/insuran XXX, u lambat la’ hehehe

takper, no prob. bagus la dia dah ambilkan, ada kesedaran untuk ada payung ni. kalau hujan nanti senang, tak la basah kan. so saya tanya la dia

‘U ambil takaful/insuran ni kenaper ek. sajer jer nak tahu’ ujar aku :)

I ambil coz nak buat sebagai pelaburan, agen tu kata boleh dapat RM100k dan akan dapat balik caruman yang i buat dalam tempoh 20 tahun, banyak tu, kata kawan aku tu.

dalam perbualan ini, aku dapat rumuskan, kebanyakan agen akan menjual product and akan bercerita wang tunai yang akan pelanggan dapat, tanpa mendapat memberi pemahaman yang sebenarnya kepada pihak pelanggan.

Kebanyakan agen, terutamanya yang masih baru dalam bidang ini, akan menjual/promosi product mereka dengan cara menunjukkan jumlah tunai yang bakal pelanggan dpt, dan bukannya berkenaan dengan perlindungan/kebaikan yang akan pelanggan dpt. dan org melayu akan sentiasa terpengaruh, dan bila terasa tertipu. dia akan sebarkan kepada semua org, bahawa takaful/insuran itu menipu. dan secara kenyataannya, agen itu yang menipu atau tidak mahir dlm selok belok takaful ini bukannya company takaful/insuran yang menipu.

Kenyataan sebenar tentang product takaful/insuran terutamanya yang berasaskan pelaburan adalah,keuntungan dari pelaburan/caruman yang dibuat akan di terima sekiranya syarikat menjana keuntungan dan setelah ditolak dengan yuran2 perkhidmatan dan juga RIDERS charge. kemungkinan, nilai tunai yang dimaksudkan oleh agen adalah bersifat jangkaan(forcast). tetapi yang pasti berkenaan takaful ini adalah kita akan dapat  perlindungan keatas diri kita.

Riders dalam takaful/insuran ini adalah caj yang dikenakan keatas item tambahan kepada perlindungan asas takaful/insuran anda. sebagai contoh, anda mengambil takaful/insuran dari syarikat ABC takaful/insuran Bhd dengan pelindungan asas sebanyak RM100,000. sekiranya anda meninggal dunia atau lumpuh kekal barulah anda akan mendapat jumlah RM100,000 itu. hanya itu sahaja, dan ianya terlalu basic. so untuk menambahkan kebaikan takaful itu, dan sebagai contoh dgn menambah medical card kedalam polisi sebagai riders. dan riders medical card ini adalah antara yang paling mahal caj dia diantara semua riders yang ada. dah kerana riders ini, maka duit simpanan anda akan berkurangan dgn banyaknya. dan itu adalah kenyataan. dan pentingnya medical card ini adalah ketika kita kene masuk hospital, and card ni akan uruskan segala pembayarannya (tertakluk pada T&C).

Disini dingatkan, carilah agen yang benar2 jujur dan berpengetahuan. mencarumlah kerana untuk perlindungan bukannya hendak fikir kan keuntungan duit. Perbelanjaan untuk takaful hendaklah di masukkan dalam perbelanjaan hangus, dan kiranya mendapat keuntungan pada akhir masa polisi, alhamdullilah kerana itu rezeki dari Allah.

Aku disini bukan ingin mencari kesalahan dan kekurangan orang lain. tetapi inginkan melihat satu perubahan didalam dunia takaful di kaca mata bangsa melayu islam khususnya.

Berfikir dan buat la keputusan yang betul.

duit

Related Post

5 Comments »

  • Afyan says:

    Betul tu, ramai yang keliru funsi utama takaful sebagai perlindungan. Ia adalah salah satu instrumen di dalam kewangan peribadi di samping instrumen lain seperti simpanan, pelaburan, dan sebagainya.

  • [...] saper ada ikut dan baca artikle aku mengenai “aku dapat duit RM100 ribu“, ramai yang bertanya, betul ker aku dpt 100k. and hit untuk artikle tu boleh dikatakan [...]

  • hishamdn says:

    betol… betol… betol… matlamat asal takaful/insuran ialah perlindungan. Bantuan di saat memerlukan. Klu nak saving, bukan di takaful/insuran. Simpan la kat unit trust…berganda-ganda pulangannya. Guna duit KWSP pun boleh. Boleh tlg double atau triplekan return. Bagus tak. Berminat utk keterangan lanjut, hubungi 019-3200481. (sorry. iklan sikit)

  • m.ruzaini.h says:

    saper berminat boleh tanya abg hisham.. klu nak tau pasal medical card.. leh tanya sy.. bayar 60 dpt 100k.. saper yang nak bg kan..

  • edy says:

    betul… kesedaran tujuan takaful itu yg penting

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.