Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Berita

Penculik bunuh pelajar perempuan, bakar mayat, tuntut wang tebusan

Submitted by zaini_uitm82 on September 16, 2008 – 12:03 pmNo Comment
16/09/2008 3:52pm utusan

JOHOR BAHARU 16 Sept. – Sekumpulan remaja menculik pelajar perempuan berumur 16 tahun, membunuh mangsa dan membakar mayatnya di Kulai Jaya malam Jumaat lepas.

Penculik berkenaan kemudian menuntut wang tebusan RM33,000 daripada keluarga Lai Ying Xin bagi “membebaskan” pelajar itu.

Keluarga itu membayar tebusan itu — tidak sedar yang mayat mangsa yang sudah mulai reput telah dibuang di kawasan semak di Taman Putri.

Difahamkan mayat Lai dibakar bagi tujuan memusnahkan sebarang petunjuk yang mungkin dapat mengenal pasti pembunuhnya yang memang dikenali oleh keluarga mangsa.

Polis percaya pelajar itu dibunuh dalam tempoh 24 jam selepas dia diculik di depan sebuah pasar raya, tempat dia bekerja sambilan.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis menahan seorang remaja berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah dan dua lelaki dalam sebuah Perodua Kembara di Kulai pada 6.15 petang semalam.

Beliau berkata dua pertiga daripada wang tebusan itu dirampas daripada suspek. – Bernama

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.