Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengembaraan, cerita aku

jalan-jalan ke universal studio singapore 2012

Submitted by m.ruzaini.h on July 16, 2012 – 4:05 am2 Comments

Salam dan selamat sejahtera,

rasanya dah lama tak tulis pasal “jalan-jalan” ni.. hehehe..

trip kali ni adalah ke universal studio pulau sentosa singapore atau nama ringkat USS.. trip yang aku ikut ni just adhoc jer.. ikut rakan kerja (aziah&zul,cik yana dan cik arfah) dan juga 2 sepupu aku (kak long + faizal), alang-alang sebelum puasa ni.. boleh la g jalan2 ke sana, aku and nana tak pernah pergi, so layan jer la..

Day 1:- jumaat – 13 july 2012

Aku dan nana gerak dari kelana Jaya jam 9 malam dan sampai johor dalam jam 1 pagi. untuk trip ni, kami duduk tune hotel danga bay, hotel ni murah jer kalau kita booking awal, so cost untuk hotel ni dalam RM150 jer untuk dua malam, itu pun termasuk sekali dengan aircond kredit 12 jam.. biasak la tuen hotel ni.. semua benda add on, kene bayar kalau nak lebih.. sampai bilik, terus terlelap.. giler siot.. letih mata… bas akan gerak dari tune hotel jam 7:30 pagi.. so sempat la layan tido 4 jam.. cukup la kot..

tune-hotels-danga-bay-johor_070620100908379343

day 2:- sabtu (14 julai 2012)

oleh kerana bas gerak dari tune hotel ke pulau sentosa lebih kurang jam 7:30pagi, so kene bangun awal la sikit.. beli roti and air sikit dekat 7 eleven dibawah hotel untuk alas perut.. tiket bas ni aku beli sekali dengan package tune hotel, return tiket sorang kalau booking online dalam RM25, tapi kalau walkin, dalam RM30.. just nak bagi tau, kalau walk in ni, ikut nasib, kalau ada kosong boleh naik, kalau tidak kene naik bas lompat2 la.. yg booking online pun tak tentu dapat seat, coz concept dia, first come first serve.. bas yang kami naik adalah bas ini http://www.odysseynow.com.my/ . sepupu kami kak long and fizal sampai awal pagi, and nasib baik dapat beli tekit bas tu..

306779_10151273803234377_1475023212_n

dekat kaunter bas tu, depa akan bagi satu borang untuk kita isi dan berikan dekat imegresen singapore.. jangan hilangkan dan isi siap2.. dalam jam 8 pagi kami gerak danga bay ke USS, campur turun naik cop pasport + jem dalam 2 jam gak la baru sampai..

P1060744

P1060739

P1060741

sampai dekat USS tu, korang akan nampak globe dunia besau, itu tanda niaga USS la.. by the way, nak masuk USS ni, korang kene beli tiket, sama ada secara online atau beli dekat kaunter, macam aku dan nana, beli online jer, guna maybank credit card, dapat murah sikit, kalau normal SGD74 tapi kalau guba maybank CC dapat beli dengan harga SGD64.. so untuk 2 orang SGD128 @ RM325.12.. nasihat aku, korang beli online, kalau nak beli dekat kaunter, giler panjang punya beratur..

P1060963

P1060965

P1060762

lepas kami scan tiket USS tu, kami terus cari map USS ni, orang kata, malu bertanya sesat jalan, dekat sini, kalau takder map tak syok la.. map tu ada dekat jer dengan pintu masuk.. time kami sampai, hujan turun renyai2 gak la, so kami beli poncho yang berharga SGD3/unit.. tak perlu berpayung, kalau payung leceh nak bukak tutup..

P1060765


ride pertama yang kami naik adalah ride transformer the ride: the ultimate 3D Battle. before masuk tu, awek jaga pintu kata 1 hour 30 minit… kami yang sengal2 ni terfikir syok la show 1 jam lebih.. sekali dah beratur, kene tunggu almost sejam, rupe2nya, awek pintu tu maksudkan waiting time adalah 1 jam 30 min.. ceh.. tapi memang berbaloi.. best giler.. real giler, siap ada air pancut2 dekat orang..hahaha… untuk skip Q yg lama tadi, korang boleh beli express pass (mahai seh) atau korang naik as single riders, single rider tu maksudnya korang takkan dapat duduk dengan geng2 korang la, asal ada kosong seat jer, dia akan slot kan korang..

so apa yang berlaku mase naik ride transformer ni.. mula kene naik robort kereta, aper tah nama dia, tp robot ni yang akan bawak kami mengembara :) , time ni ada ribut2 ada terpercit air, robot kereta ni lawan dengan robot jahat, so terasa terhentak2 and terpusing2.. tapi memang real beb.. syok giler..

P1060812

P1060809

P1060783

P1060872

perkara ke 2 yang kami pergi adalah The lost world, tapi bukan ride la, just tgk show water world. tgk pelakon perform, syok gak, ada 3 zone yang korang boleh duduk, zone basah, zone basah sikit2 atau zone tak basah langsung.. hahaha.. kalau korang duduk seat yang basah tu, konfirm korang akan kene simbah air dengan pelakon2 tu.. macam kami ni. kami duduk yg tengah2, basah sikit2.. aper2 pun,, best gak, layan jer.. so, kalau korang nak tgk, korang kene pastikan bile show tu akan bermula,kami tgk slot show jam 2 ptg.

P1060819

P1060822

dekat lost world ni jugak kami layan ride “jurassic park rapid adventure”, ride ni kami naik rakit dan menyusur sungai, tapi memang confirm akan basah, coz rakit tu akan berpusing2 dan akan masuk jeram, dekat penghujung jalan tu, giler babas berlaku, coz rakit tu terjun lalu air terjun, memang basah kuyup, nasib baik beli poncho td..

next:- kami layan shrek 4-D adventure dekat  Far-Far away, giler layan cerita ni, kene pakai spek 3D tu, and nampak la character dia timbul di skrin.. untuk jadikan cerita ni 4D, maka adalah kerusi goyang and air keluar siram muka kita ada rasa labah2 merayap dekat kaki kita angin hembus mengikut jalan cerita.. star… aku bg 4 star la..

lapor la perut pulok, kami makan dekat area madagascar – Marty’s Casa Del Wild.. order chicken roster combo -SGD15 dengan air coke (SGD3.8), kalau kali Rm2.5.. bg aku mahai.. rasa macam rugi pulak order menu ni, takder kuah beb.. huhuh.. tp perut lapor, sedap tak sedap layan jer la…

time korang ronda2 dalam USS ni, korang mungkin akan terserempak dengan show jalanan ni.. ada show seperti :-

  1. Sesame street meet and greet dekat new york area – korang akan jumper dengan big bird, elmo, monster dan lain2.. akan nyanyi dan menari..
  2. autobot roll out :- transformer character
  3. meet the army of anubis
  4. the walk of fame

by the way, prayer room dekat dengan ancient egyot and sci-fi city..

next pit stop adalah dekat ancient egypt, kak long kata, kawan dia kata syok naik ride Revenge of the mummy.. so kami excited giler la nak naik ride ni, mula2 pastikan korang tak bawak beg masuk dalam pyramid tu, korang boleh simpan barang2 korang dalam locker yang disediakan, free untuk 55 min, lebih dari tu kene bayar.. canggih beb locker ni, korang masukkan tarikh lahir korang, lepas tu pilih locker warna aper, nanti dia akan bg number locker dan locker tu akan terbukak sendiri.. nana kata aper2 pun ride ni, redha jer, sekali time dah sampai sekerat jalan, nampak warning roller coster.. hahaha.. semua terus cuak.. nana and kak long la.. aku still cool jer.. time dah nak dekat sampai terus patah balik, semua ketar lutut.. tak berani beb.. aku yg berani ni pun tak dapat nak naik, coz nak teman bini patah balik.. hahahahaha.. dah la patah balik ikut lawan arah.. semua pakat tgk pelik jer.. buat2 macho jer.. hahahaha lawak disiang hari..

P1060862

dekat Sci-Fi City area, ada ride yang paling terkenal iaitu battler Galactica: Cyclon @ Human… kami tak naik benda ni.. macammenakutkan jer.. ride ni ada 2 track, blue track and red track.. blue for CYCLON, red for HUMAN.. yang blue ni kaki korang terjulur keluar, dan yang red ni macam roller conster biasa.. so, dan yang pasti blue ni memang yang paling mencabar..

tak larat nak cerita semua, tapi yang pasti, masa memang tak cukup and rasa gembira la datang sini.. pengalaman baru..

before gerak balik jam 7:30 malam, aper lagi, shopping cendera mata la.. tp perlu di ingat, dekat sini harga barang dia agak mahal la, contohnya, kami beli fridge megnet:- SGD4.90, nana beli botol air transformer (SGD 25+-) kata nya botol bumblebee tu comei, aku pulak, beli 2 robot key chain, prime dan bumble bee.. harga 2 ni lebih kurang SGD35+-… guna kad kredit maybank, dapat discound 10%.. untung dari pakai cash.. tp untuk menikmati 10% tu, kene beli atleast SGD20 dalam 1 resit..

P1060988

20120716_130908

bas gerak jam 7:30 dari USS, sampai tuen hotel dalam jam 9 malam, lepas tu g makan ayam penyet dekat Banafee cafe, sedap gak la.. harga dalam RM8 sepinggan..  lepas makan terus balik hotel.. kak long and faizal malam tu gerak pergi taman uni untuk cari hotel..

P1060942

P1060896

P1060895

Day 3:- Ahad – 15 july 2012

mengikut perancangan awal, ingat nak masuk balik singapore.. tapi tak jadi coz rasa macam tak larat nak beratur turn naik bas dekat imigresen.. so, lepas checkout jam 11:30pagi, terus ke JPO (johor premium outlet) dekat kulai jaya.

JPO:- ape yang boleh aku katakan adalah, mahai beb.. mungkin sebab tak ada sales lagi kot.. rasanya time bulan pose akan ada sales besar-besaran..

P1070012

P1070015

dari JPO, pergi rumah kawan aziah, lepas makan terus ke kilang kerepek dekat batu pahat, shoping kerepek dekat sana.. banyak gak la borang.. lepas tu singgah sebentar dekat rumah arfah, tumpang sembahyang.. dapat makan rambutan and keropok lekor, tq arfah and makcik (arfah mom)..

sebelum nak balik ke KL ingat nak layan nasi briayani power @ shah briyani tapi dua2 kedai ni tutup.. kempunan nak makan.. mungkin depa ni tak bukak kedai hari ahad kot.. entah la.. next time la kot dapat rasa…

so, sampai dekat kelana jaya dalam jam 9:30 malam.. abis saja cerita saya..hahaha

so, sebelum kita endkan cerita ini, cost trip kali ini adalah:-

minyak :- RM80

toll:- RM 82

hotel + bus :- Rm200

tiket USS :- RM325

makan di USS :- RM100

cenderamata :- SGD 60 (RM150)

grand total = RM937 – RM1000
mahai gak ek.. tp berbaloi la kot.. :-

sekian

Ruzaini

Random Posts

2 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.