Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan, cerita aku

Seminar En Aziz CFP di putrajaya 24/1/2010

Submitted by m.ruzaini.h on January 28, 2010 – 4:41 am17 Comments

salam,

hari ni just nak cerita apa yang saya dapat dari seminar en aziz di putrajaya pada ahad yang lepas..

saya sampai disana lebih kurang jam 3.30 ptg.. lepas daftar.. and waiting dalam bilik lebih kurang 30 minit.. en aziz masuk untuk memulakan kuliah.. yang jadi peserta ramai.. penuh satu dewan tu.. lebih kurang seratus lebih.. sepanjang pengamatan saya sepanjang seminar ini berlangsung, ianya lebih menjurus kepada, pengenalan sistem yang akan digunakan oleh beliau didalam pengurusan kewangan bakal2 client en aziz. so, this clas just untuk introduction jer.. takder methode yang di ajarkan.. cuma focus dekat kelebihan system yang akan digunakan.

untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai teknik yang akan digunakan, kita perlu mendapat satu jemputan untuk berjumpa beliau (eye to eye), dimana status kewangan kita akan di nilai, dan berdasarkan situasi kewangan kita dan juga matlamat kita dalam kewangan, en aziz akan memberi nasihat beliau. untuk makluman semua, kaedah dan nasihat yang bakal diberikan adalah berbeza untuk setiap orang.. ianya berdasarkan status semasa kewangan setiap individu itu..

khidmat nasihat dari en aziz bukannya free tau.. untuk first appoiment kita dikehendakai membayar fee sebanyak Rm850. dan untuk appoiment seterusnya akan dikenekan bayaran tertentu.. nampak mahalkan, tapi org kata, kalau nak hasil yang lebih. kene la keluar sikit modal.. betul tak..

for me, aku ada set mission aku, aku tak nak join dulu appoiment ez aziz ni dulu. aku nak buat saving untuk tempoh setahun.. apply card credit.. itu ejr kot yang aku nak buat dulu..

aper2 pun.. best dapat ilmu yang baru melalui ceramah..

sekian.. wasalam..

Random Posts

17 Comments »

  • azharays says:

    Salam,

    Dalam seminar En Aziz CFP di putrajaya ada tak tips utk dipraktikkan. Yang boleh dilakukan oleh semua orang. mcm simpan 10% duit gaji ker, atau dia bagitau bagus simpan duit kat ASB ker. Boleh tolong kongsikan sedikit ilmu? Thanks.

  • m.ruzaini.h says:

    seminar en aziz just penerangan tentang aper itu OD. kelebihan OD. tak ada sgt terang pasal teknik. kalau nak teknik yang en aziz gunakan, kene jumper dia personally. and ada fee yang di kenakan.

    so, aku prefer buat sendiri. and belajar dari otai2 yg tak kenakan aper2 byaran untuk ilmu yang dikongsi. alhamdullilah, ada 3,4 org sifu yang sanggup kongsi ilmu. aku gabungkan ilmu yang aku dpt untuk dapat kan kaedah yang sesuai untuk aku.

    sekian
    ruzaini
    0133999160

  • irinah says:

    salam..hai. u can call me kak rin (dah tua..hehe)..dari fkp,utem. mm, join ceramah en.aziz and tak follow program dia ka? kak rin dah start first appointment gan en.aziz aritue..sekrg tgh bina platform for OD. ins’allah pas balik umrah nie (31/5/2010-14/6/2010-umrah)..kak rin akan setup for second oppointment gan en.aziz..untuk OD sesion. join la..rugi tak join tau. bagus la..u muda2 lagi dah ada kesedaran about money menagement. gud luckk, ;p

  • m.ruzaini.h says:

    kak rin FKP ker.. kita ni sama2 warga utem la yer.. :) .. nanti boleh la jumper sembang2 pasal OD ni.. sy plan nak buat bulan 6 ni.. tp sy tak pergi appoiment en aziz. kalau akak leh share info.. best gak tu.. hehehe..

  • irinah says:

    yup..sama2 warna UTEM. kat FKP ada 2 org selain akak yg minat psl OD nie..even makcik akak..deputy dean kat FSPU,UiTM shah alam..dah ikut program AZiz..and now she free debt and dah ada cash money yg byk in hand gak. akak pun tau dari my auntie waktu aku bertugas as lecturer kat Uitm Shah Alam before transfer to UTEM. baru jea join UTEM nie..bulan 12/2009 aritue. mana tau..kita boleh unite and invite en.aziz bagi talk kat UTEM about money management one day nanti, ;p.

  • Kak Anis says:

    Salam… baru terjumpa website awk… nape x join en aziz tu…. akak baru start tahun lepas (Julai 2010)…. dah ada saving ASB almost RM60k… hutang kad kredit dah 0, dalam proses nak refinance umah dan settle loan kereta. Pada mase yang same… tengah survey rumah baru value 1/2 juta. Nak harapkan pendapatan sekarang (combine husband & wife)memang x logik boleh simpan banyak tu, boleh settle hutang2 kad kredit. Tapi untuk mengikuti pelan en aziz, kena banyak sabor, belanja berhemah, tahan nafsu dll.

  • m.ruzaini.h says:

    wah.. byk nya akak simpan ek, nanti leh la ajar sy,.. aziz sekarang dah tak buat teknik ODASB tu dah kan..

    sy tak ikut teknik aziz coz sy dah start sendiri guna teknik yg saya belajar dari otai2.. and time awal2 start odasb ni, modal nak byr aziz tak cukup.. tu yg mencuba nasib buat sendiri.. alhamdullilah.. so far so good.. on track lagi.. kalau ada masa leh la kita share ilmu.. share is caring.. :)

  • Dea says:

    SAlam,

    Ruzaini bole share tak cara buat sendiri tu ..especially yg pakai kad kredit?

    Baru masuk kelas smlm..sy pun modal tak de nak byr En Aziz..mula2 ni pun nak try sendiri dulu juga..tak sanggup nak berhutang2 utk OD..atau sy masih kurang faham bab OD tu?

  • m.ruzaini.h says:

    boleh jer.. no prblem, tp face to face lagi senang.. by the way, sekarang ODASB dah tak di buka kepada individu, kene ada company baru boleh (wajib ada lesen PBT).. untuk card credit pulak.. cara dia tak susah.. just kene berdisplin.. itu yang paling penting…

    untuk teknik guna CC, kita kene buat cash advance.. so dekat sini dah ada teknik, agar charge pengeluaran tak tinggi.. dan pemilihan card adalah amat penting.. agar charge yang dikenakan tidak membebankan.. but, mulai tahun depan, CC yang boleh diapply adalah untuk yg ada income more than 24k, kalau bawah 36k, maximum card ada lah 2 sahaja(2 pengeluar).. and limit dia adalah 2 bulan dari gaji.. itu arahan bank negara…

    apa2 pun, kene hati2 apabila buat sesuatu.. takut terlajak.. nanti susah nak undur.. :)

  • badai says:

    i nak try teknik od yang u gunakan boleh… now i gune plan en.aziz almost 2 years…but nothing…….. simpanan kdng2 ada…hutang personal loan jek dah beratus ribu…. od dah x smpi 10k…. suffer dbuatnye…. boleh jupe ke….

  • m.ruzaini.h says:

    saya ni tak la pandai sangat, tp klu nak share apa yang saya buat insyallah boleh… saya selalunya akan balik puchong pada hujung minggu…

  • m.ruzaini.h says:

    iklan:-



  • Fazilah says:

    macamana dah K.rin ngan program En Aziz? dah lama dah tak update? mesti dah dapat rumah idaman kan? tolong update, nak tau gak camana

  • shahidah says:

    Salam..sy pun ada pergi program aziz tu tapi sampai skrg x panggil..mcm mana nk settlekan hutang tanpa guna khidmat aziz tu ek..leh share x? Nak tau jugak. Yela dlm keadaan ekonomi skrg ni syg ibarat kais pagi makan pagi dah. It could be good klu u boleh share knowlegde/ilmu ngan saya

  • m.ruzaini.h says:

    shaidah:-

    kene kurangkan perbelanjaan, cari income tambahan and kena sturucture balik hutang yang ada.. akan ambil masa, tp akan berjaya kalau berdisplin..

    tq

  • Nanie says:

    Sy jg nk try buat simpanan. Ada sapa2 blh share tak. Modal nak jumpa aziz tak ada

  • Hartini bt yunus says:

    Assalam… siapa yg masih follow Aziz cfp ya.. bole update/share improvement.. Tq

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.