Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Berita, Education, cadangan

H1N1

Submitted by m.ruzaini.h on August 15, 2009 – 9:00 pmNo Comment

Salam,

Setakat ni dah 59 orang mati di malaysia akibat jangkitan selsema babi atau nak bunyi sedap tapi susah nak sebut H1N1. mengikut maklumat dari surat khabar hari ini, 5 juta rakyat malaysia berisiko di jangkiti sekiranya keadaan ini berterusan jika langkah pencegahan tidak di pandang serius oleh masyarakat malaysia.

Sehingga kita, kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya untuk membendung wabak ini dari tersebar. tetapi adakah langkah2 kerajaan ini mencapai kejayaan, bagi aku tidak berjaya sepenuhnya, tetapi membantu dalam mengurangkan tersebarnya virus ini di malaysia. walaupun berbagai langkah di ambil oleh kerajaan, tetapi tanpa kesedaran dan kurang nya pengetahuan di kalangan rakyat malaysia, telah menggagalkan atau merencatkan segala usaha kerajaan dalam menangani masaalah ini. Kita sebagai rakyat malaysia perlu tahu bagaimana kita dapat membantu pihak kerajaan dalam menangani virus yang merbahaya ini dari mengancam keseluruhan rakyat malaysia. sebarkan lah segala maklumat yang kita tahu mengenai H1N1 ini kepada orang di sekitar kita, jagalah kebersihan diri, alert dengan tanda2 awal jangkitan dan sebagainya.

segala maklumat yang berguna boleh di dapati di http://h1n1.moh.gov.my atau di hospital2 yang berhampiran anda.

Artikle di bawah di petik dari http://h1n1.moh.gov.my/FaktaH1N1.php

h1n1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.