Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Education

Biasiswa oh biasiswa

Submitted by m.ruzaini.h on June 16, 2009 – 8:21 pm2 Comments

Catatan-Hati-Mardiha-500

Salam,

  1. Terdapat ramai pelajar-pelajar cemerlang di Malaysia, dan bilangan mereka yang mendapat semua A untuk SPM setiap tahun sentiasa meningkat.
  2. Dan mengikut sistem SPM terbuka sebelum ini, pelajar boleh mengambil sehingga 21 subjek untuk SPM. Banyak bukan, dan terbukti ada yang mendapat 21A untuk SPMnya.
  3. Bagaimana cara mereka belajar untuk mendapat keputusan yang secemerlang itu ye, banyak ulangkaji perlu dilakukan.
  4. Satu persoalan ayng bermain dalam pemikiran saya, oleh kerana tertumpu kepada peperiksaan dan subject yang banyak, adakah mereka ini aktif bersukan?, adakah mereka pandai di dalam perbahasan dan pembentangan?. perkara2 itu penting untuk  kita sewaktu memasuki alam pekerjaan, dan tidak hanya pada pelajaran semata2.
  5. Adakah mereka mempunyai EQ yang tinggi untuk di seimbangkan dgn IQ yang tinggi. Dan terdapat sesetengah pihak, terutamanya dari masyarakat bukan bumiputra yang mengatakan banyak dari pada anak2 mereka yang cemerlang tidak dapat biasiswa JPA.
  6. Ketahuilah, melalui pengalaman saya dari permohonan biasiswa sehinggalah kepada permohonan kerja, keputusan peperiksaan hanyalah sebagai tiket untuk mendapat panggilan temuduga, dan diwaktu temuduga adalah untuk menilai cara anda berfikir dan bercakap,bukannya untuk melihat anda menjawab soalan ramalan-ramalan spm lagi.
  7. Jikalau pemberian biasiswa hanya untuk pelajar yang mendapat paling banyak A mengikut merit, bagaimanakah nasib pelajar yang mendapat kurang A tetapi mendapat semua A dalam setiap subjek yang diambil.
  8. Adakah pelajar yang mendapat straight 10A tidak pandai jika dibandingkan mereka yang mendapat 20A?
  9. Adakah pelajar-pelajar yang mendapat 20A ini berminat untuk mengikuti kursus sains sukan, sain pertanian di peringkat ijazah? Saya berani berkata, 95% takkan memilih kursus itu,kerana saya yakin, mereka yang mendapat semua A hendak mengikuti kursus seperti kejuruteraan,perubatan atau perakaunan.
  10. Dan saya juga berani berkata, bahawa prestasi sukan kita merosot kerana kurangnya pakar tempatan dalam bidang sains sukan.
  11. Didalam bidang pertanian juga kita tidak dapat menyayingi Thailand didalam pengeluaran beras, kerana kurangnya pakar dalam bidang pertanian.
  12. Kepada pihak kerajaan, jangan didengar tekanan pihak politik yang hendak mencari publisiti semata-mata. Buatlah kajian yang mendalam, sebelum membuat keputusan.
  13. Berilah biasiswa untuk mereka yang berminat di dalam bidang-bidang yang tidak glamour seperti sains sukan,Kerana mereka inilah yang akan menjadikan sukan kita segah sukan antarabangsa.
  14. Berilah biasiswa kepada pelajar cemerlang dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Kepada yang cemerlang dan berkeluarga kaya, gunalah duit sendiri, berilah kepada orang yang memerlukan.
  15. Berilah biasiwa kepada pelajar yang cemerlang bukan hanya pada pelajaran tetapi juga memiliki sahsiah diri yang baik, kerana mereka ini adalah pemimpin pada masa hadapan.

Sekian.

note:-

Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) untuk JPA yang dibahagikan kepada empat kategori(sumber utusan malaysia 16 june):

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik

- Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.
- Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.

Kategori Dua – Populasi kaum

- Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.
- Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).

Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak

- Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

- Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).




Random Posts

2 Comments »

  • syukery says:

    salam.. btol2! saya stuju sgt.. susah gile nak cari tawaran biasiswa utk bidang sains sukan.. kalau ade pon dalam negara.. itupon kuota yang sgtlah kecil.. saya tgh mencari biasiswa untuk sains sukan ke luar negara, tapi x jumpe.. haih~

  • m.ruzaini.h says:

    yup.. betul tu.. sekarang ni.. isu2 biasiswa ni.. di permainkan oleh org politik.. dok main cakap tanpa berfikir.. lebih2 lagi org bukan bumiputra.. coz they all nak biasiswa berdasarkan merit semata2 and they all yakin bahawa by merit, they all akan dpt bolot semua scolar yang ada.. bidang2 lain yang sama penting dgn sains seperti sukan, pertanian tak di pandang berat. kekadang tak adil untuk org yang tak mampu and pelajar luar bandar.

    bagi aku, org yang mampu(kaya) tak perlu masuk dlm list penerima biasiswa.. aku sekarang study dekat uk ni.. and aku perhati ramai anak2 org kaya mendapat pinjaman mara, JPA dan sebagainya.. they all memang pandai, tapi kemudahan yang parent they all bagi time SPM yang byk membantu untuk dpt result yang cemerlang.. org kampung macam aku, kene kerja walaupun masih sekolah.. takder duit pun nak pergi tution2 ni.. memang hasil usaha sendiri.. bayangkan lah klu aku dpt pergi tution and just focus dkt pelajaran tanpa berfikir pasal kewangan keluarga (mak ayah).. insyallah akan lebih berjaya..

    Renung2 lah..

    by the way, good luck to u.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.