Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan

Secrets of the Millionaire Mind

Submitted by zaini_uitm82 on June 13, 2009 – 9:49 pmNo Comment

DSC_6302

Salam,

Aku baru dapat buku ni dari amazon, harga dia GBP8. Orang kata buku ni best, so aku beli la.Pada permulaan membaca buku ini (T Harv Eker’s Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth) aku tengok bentuk penulisan dan isi dia penuh dengan kenyataan yang menyakinkan(biasak la, cerita pasal kaya2,duit2 ni mensila nampak menarik jer), unsupported claim dan banyak cerita tentang product dan seminar yang beliau telah buat(macam jual product lak). So, buku ini bukanlah buku yang perfect, yang dapat membuat anda kaya raya dalam sekelip mata. buat aper saya nak berfikiran negative kan,just jadikan ia sebagai alat motivasi jer, lagi pun, buku ini pasal personal financial guide jer. Siapa suka baca, baca la. Ambil maner yang patut.

Nak dipendekkan cerita,Buku ni menceritakan bagaimana psychological/mind set anda memberi kesan untuk mendapat Kejayaan,Duit dan kebahagiaan. (based on first 2 chapter)

Aku baru baca chapter 1 and 2, so, tak banyak lah aku nak ulas.

Chapter 1-Your money blueprint

Eker percaya bahawa setiap orang mempunyai financial blue print yang telah di setkan oleh persikitaran dari kita kecil lagi. Eker menceritakan bagaimana ‘inner law’ berkaitan dengan duit dimana blue print ini di setkan atau didedahkan sepanjang hidup kita berdasarkan keadaan keluarga kita, bagaimana kawan kita berkomunikasi dengan kita, keadaan masa sekarang, hiburan dan sebagainya. nak senang faham, kalau kita buat kek, kita masuk dalam acuan, so, lepas masak, bentuk kek itu akan mengikut bentuk acuan berkenaan. Kesimpulannya, kalau kita nak berubah dan mencapai kejayaan, kita kene betulkan akarnya, bukan buahnya.

Chapter 2:- The Wealth Files

Dalam chapter ini, Eker menyenaraikan 17 cara dimana blueprint orang kaya berbeza dengan orang miskin dan middle class.

  1. Orang kaya percaya ““I create my life”. Orang miskin percaya “Life happens to me.”
  2. Orang kaya mengunakan wang untuk menang. Orang miskin mengunakan wang untuk tidak kalah.
  3. Orang kaya bersungguh untuk jadi kaya. Orang miskin hendak jadi kaya.
  4. Orang kaya berfikir perkara besar. Orang miskin berfikir perkara kecil.
  5. Orang kaya menumpu pada peluang . Orang miskin menumpu pada halangan.
  6. Orang kaya admire kejayaan dan kekayaan orang lain. Orang miskin cemburu kejayaan dan kekayaan orang lain.
  7. Orang kaya berkawan dengan orang yang berjaya dan berfikiran positif. Orang miskin bersama dengan orang yang gagal dan berfikiran negative.
  8. Orang kaya sanggup untuk promote diri sendiri dan nilai mereka . Orang miskin berfikiran negative berkenaan promote diri sendiri.
  9. Orang kaya adalah Lebih besar dari masaalah mereka . Orang miskin adalah lebih kecil dari masaalah mereka.
  10. Orang kaya adalah penerima yang berjaya. Orang miskin sebaliknya.
  11. Orang kaya dibayar kerana result . Orang miskin memilih untuk dibayar berdasarkan masa.(makan gaji).
  12. Orang kaya think “both. Orang miskin think “either/or”.
  13. Orang kaya memfocus kepada keuntungan keseluruhan . Orang miskin memfocus kepada hasil kerja mereka.
  14. Orang kaya mengurus wang mereka dengan baik. Orang miskin salah urus kewangan mereka.
  15. Orang kaya membuat duit bekerja untuk mereka. Orang miskin berkerja untuk duit.
  16. Rich people act in spite of fear. Poor people let fear stop them.
  17. Rich people constantly learn and grow. Poor people think they already know( pasal think they already know ni, ramai jer kawan2 aku ni macam ni. walaupun diaorang tidak miskin, dia orang sentiasa mengaku diaorang sudah tahu segala2nya, jangan terlalu ego dengan ilmu yang dimiliki, nasib baik aku ni “TAK PANDAI”)

Terdapat nasihat yang tak berapa jelas dalam buku ini tetapi Eker menerangkan setiap point dan menunjukkan betapa kejayaan orang yang berjaya berdasarkan kemampuan dia untuk membuang sikap tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.

Walaupun baru baca 2 chapter, tapi banyak info aku dapat dari buku ni, kalau nak tau details dia, baca la ek.Dan akhir sekali, Bagi aku, walaupun kita kaya dan berjaya setinggi mana pun, Kalau kita tamak dan lupa asal usul kita, kita akan jatuh kebawah jugak. Buat lah sesuatu itu dengan ikhlas, tidak kiralah anda kaya atau miskin. Insyallah, kita akan mendapat keberkatan hidup dari Yang Maha Esa.

dan saksikanlah petikan dari filem Pursuit of Happyness untuk renungan.

“Hey… Don´t ever let somebody tell you, you can´t to something. Not even me… Alright? You got a dream, you gotta protect it. People can’t do something themselves, they wanna tell you that you can’t do it. You want something? Go get it. Period.” (Christopher Gardner)




Related Post

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.