Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan, Takaful, cerita aku, takaful - MAA takaful

Takaful oh Takaful

Submitted by zaini_uitm82 on June 13, 2009 – 9:37 pm4 Comments

lecturer

Salam,

Semasa aku tgh bizi berangan pasal layout blog baru aku ni, member lak datang, nama dia sirap, terbantut angan2 aku. Dia baru abis viva Meng project dia, insyallah dia akan dapat result yang bagus.

Aku:- aku ingat aku taknak jadi lecturer lagi la
Sirap :- lor, kenapa taknak jadi lak, abis tu ko nak jadi aper?
Aku:- aku ingatkan aku nak jadi agen takaful la, Full time.
Sirap:- biar betul ko.
Aku:- betul la, lagipun dengan takaful ni, aku dapat kepuasan la, coz dapat tolong orang waktu dia dalam kesusahan, ko mesti masuk biler dah kerja nanti tau, walaupun bukan dengan aku.
Sirap:- aku memang nak masuk pun, aku tahu kepentingan takaful ni.
Aku:- bagus2, nanti aku cerita tentang takaful ni yer.

Tgh syok2 sembang, datang lak member aku sorang lagi nama dia Kiwi

Kiwi:- takaful ni makan duit kita jer, kita juga yang rugi, bukan dapat aper2 pun.
Aku:- tersenyap ( malas nak cakap sebenarnya)
Sirap:- hahahhahaha (gelak lak mamat ni)

Kesimpulan

1. Dalam perbualan ini, kita dapat saksikan masyarakat kita memandang negative akan takaful/insuran ni, maybe kepada agen itu sendiri.
2. Menjadi tugas kita untuk menasihati mereka betapa pentingnya takaful ini sebagai salah satu item yang patut ada di dalam pengurusan kewangan anda.
3. Anda sayang tak kereta BMW X5 anda(sebagai contoh), mesti la sayang bukan, mahal kan. Balik Malaysia nanti mesti anda kena beli roadtax bukan, dan nak buat road tax, kene ada insuran bukan. Kalau anda berfikiran negative, anda mesti akan kata, rugi la ambil insuran ni, tapi terpaksa ambil juga kan coz nak buat road tax.
4. Nak di pendekkan cerita, 2 minggu lepas itu, kereta BMW X5 anda hilang, mat gian maner tah rembat. Tapi nasib baik insuran ada, maka dapat la RM150K (sekiranya cover anda sebanyak itu). Time tu saya rasa, anda mesti bersyukur kerana ambil insuran bukan.
5. Katakan lah anda tak ambil insuran kereta itu, alamatnya, duit lebur, naik bas mini jer la pergi kerja.. emm ada lagi ker bas mini pink tu kat KL.
6. Nyawa, kesihatan juga penting, macam kereta kita itu, mungkin lagi penting, sekiranya kita adalah ketua keluarga, nak tanggung anak2, bini2, ibu bapa.
7. Kalau kita tiada didunia ini, sapa lah nak tanggung mereka, kesiankan terkontang kanting.
8. Itu kalau kita mati lah, kalau kita lumpuh, dah la menyusahkan keluarga, anak bini mak bapak. Dimasa itu anda akan berdoa kepada allah agar ditarik nyawa kita kerana tidak sanggup melihat penderitaan anak bini kita mennanggung kita yang tidak ada upaya ini. fikir2 lah yer. adakah time itu anda akan kata, kalaulah aku ambil takaful, tentu tak jadi begini.
9. Mungkin kata2 saya ini kasar pada sesetengah orang, tapi ketahuilah, saya hanya ingin membantu bukan kerana wang komisyen.
10. kalau benci saya, jangan lah ambil takaful dengan saya, ambil lah dengan orang lain. Anda perlukannya satu hari nanti.
11. Satu hari nanti, anda akan tahu betapa ia menolong anda sekiranya anda ditimpa kesusahan dan bencana, Insyallah.
12. Akhir sekali, selepas berusaha(takaful),Jangan lupa berdoa kepada Allah agar di beri umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk beribadah dan berbakti kepada agama,bangsa dan Negara.

sekian

takful1




Related Post

4 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.