Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan

Along oh Along

Submitted by zaini_uitm82 on June 13, 2009 – 9:35 pmNo Comment

perjanjian_syaitan

Salam,

  1. Selepas berita berkenaan 3 orang peminjam along dikurung macam binatang oleh along disiarkan di media massa, dan seperti biasa, banyak tangkapan akan dibuat, salah menyalah, dan juga cadangan berkenaan perkara itu diketengahkan.
  2. Kenapa dan mengapa masih ramai orang yang sanggup meminjam wang dari along ni walaupun banyak keganasan dan kezaliman mereka terhadap peminjam di siarkan.dan lebih teruk ada diantara peminjam tergadai maruah diri kerana perkara itu.
  3. Banyak yang akan memberi alasan kerana kegawatan ekonomi yang di alami sekarang.Tidak dinafikan kerana situasi ekonomi masa kita menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan dan peniaga mengalami kerugian dan seterusnya menutup perniagaan mereka kerana tidak ramai orang yang akan membeli kerana mereka kehilangan perkerjaan. Umpama satu rantai di sambung antara satu sama lain. Putus satu, maka putus lah semuanya.
  4. Banyak cadangan di utarakan seperti menubuhkan satu dana untuk mereka yang kehilangan perkerjaan untuk meminjam wang. tetapi, bagaimana ianya akan diuruskan dan kelayakan apakah yang diperlukan untuk meminjam.
  5. Dicadangkan juga agar pihak kerajaan berusaha keras untuk memulihkan ekonomi domestik dan sebagainya. dan saya percaya, kerajaan masih berusaha untuk mengeluarkan malaysia dari kegawatan ini,insyallah.
  6. Tetapi bagi saya, sekiranya kita beringat dari awal dan merancang kewangan dgn bijak dari awal, insyallah kita semua akan dapat mengharungi kegawatan sekarang dengan lebih baik tanpa perlu meminjam
  7. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat melayu lebih mementingkan gaya, walaupun tahu amalan jimat cermat dan menyimapan untuk masa hadapan adalah dituntut didalam islam. kerana sikap itu lah, kita akan kehilangan segala2 nya diwaktu kesusahan.
  8. Kerana sikap sambil lewa itu jugalah menyebabkan kita terperangkap di dalam perangkap yang kita pasang sendiri.
  9. Melaburlah di instrument2 yang di iktiraf dan dijamin oleh kerajaan sebagai contoh ASB,ASN.
  10. Mencarumlah untuk takaful atau insuran untuk mendapat jaminan bantuan kewangan sekiranya kita ditimpa musibah. Janganlah anggap negative berkenaan takaful/insuran ini, kalau dah kene batang hidung sendiri, baru padan muka.
  11. Semoga dengan perancangan kewangan yang betul, akan membolehkan kita selesa untuk menempuh kehidupan ini. Insyallah.

sekian

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.