Trip ku ke Brighton pier
July 14, 2009 – 3:27 pm | 9 Comments

Salam
Sabtu lepas aku telah pergi ke Brighton pier yang terletak di brighton,England lebih kurang 2 jam perjalanan dari London and 6 jam dari Leeds. Korang tau ker apa maksud pier dalam melayu, pier ni …

Read the full story »
Borang Maa Takaful

Borang-borang yang berkaitan dengan MAA takaful dan juga procedure untuk claim

cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

maa takaful

Maklumat berkenaan MAA takaful hubungi saya di 013-3999160

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

teknologi,komputer dan internet

Cerita,berita,info berkenaan dengan teknologi semasa dan info-info mengenai komputer

Home » Education

Malaysia penerima terbesar dana pendidikan UK

Submitted by zaini_uitm82 on September 12, 2008 – 4:44 amNo Comment

MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan dana bagi membiayai projek kerjasama dengan universiti United Kingdom kepada Prof. Ahmad Shukri Mustafa Kamal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan oleh Boyd McCleary (kiri).


KUALA LUMPUR 8 Sept. – Malaysia menjadi penerima terbesar dana Projek Inisiatif Pendidikan Antarabangsa Perdana Menteri, Tony Blair dengan RM7 juta daripada RM28 juta peruntukan dana itu disalurkan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini.

Malaysia mengatasi beberapa negara lain termasuk China, Jepun dan Singapura untuk menjadi penerima terbesar dana berkenaan.

Sejumlah 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta negara terpilih untuk menerima 34 geran dana berkenaan dengan 25 geran adalah untuk kerjasama penyelidikan, lapan geran untuk program kolaborasi dan satu projek penghantaran pelajar dari United Kingdom (UK) ke Malaysia.

Penyampaian replika cek kepada wakil daripada 16 institusi pengajian tinggi terpilih itu disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Boyd McCleary di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan-Naib Canselor Akademik dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Ahmad Shukri Mustafa Kamal.

Antara 16 institusi tempatan yang terpilih untuk bekerjasama dengan 23 institusi pengajian tinggi di UK ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Turut terpilih ialah Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Multimedia, Kolej Universiti Antarabangsa Nilai, Kolej Universiti Sunway dan Kolej Antarabangsa Unity.

Sementara universiti di UK yang akan bekerjasama dengan universiti tempatan ialah Coventry University, University of Nottingham, University of Cambridge dan University of Glasgow.

Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata, pencapaian tersebut adalah pengiktirafan kepada keupayaan universiti-universiti di Malaysia.

”Pencapaian ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan UK khususnya dalam bidang pengajian tinggi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para penyelidik tempatan menggunakan peluang kerjasama itu untuk berkongsi pengalaman pengurusan penyelidikan bersama pakar-pakar di UK.

”Kerjasama ini juga adalah selaras dengan matlamat Malaysia untuk membawa sistem pendidikan negara ini ke tahap antarabangsa sekali gus menjadi sebuah pusat pendidikan antarabangsa,” jelasnya.

Sementara itu, McCleary dalam ucapannya berkata, bidang pendidikan sememangnya menjadi keutamaan dalam kepimpinan Blair.

”Malaysia terpilih sebagai penerima terbesar dana tersebut kerana penyelidikannya yang berkualiti tinggi,” katanya.

Related Post

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.