Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » cerita aku

Pesuruhjaya sumpah

Submitted by zaini_uitm82 on September 2, 2008 – 2:59 pm29 Comments

sumpah

2/9/2008

Salam, aku cuti setengah hari tadi.. unpaid.. huhuuh.. hari ini aku cuti coz nak settle kan semua surat2 yang berkaitan dengan surat perjanjian MARA.. nasib baik makcik aku (kembar mak aku) ada.. so mintak tlg dia sah kan salinan2 yang aku buat.. and aku tgk2 cop2 tu.. sekali terkejut.. penolong pengarah muda dari aku.. baru 23 tahun.. dah jadi penolong pengarah.. memang hebat anak melayu.. alhamdullilah.. mungkin kah aku bakal jadi macam tu.. tunggu dan lihat.. hehheheheh…

lepas aku jemput makcik aku and my mom.. kene la jemput.. coz depa ni menjadi penjamin aku. thanks mum.. thanks maktam… kene g buat sumpah la… aper lagi.. 2 sain jer perlukan.. aku g kat PKNS untuk cop sumpah tu.. RM4 untuk satu cop.. total RM8.. alhamdullilah.. selesai semua.. esok nak g submit surat perjanjian ni. and g buat visa.. hope semua akan settle esok…

last story untuk hari ni… aper lagi.. juadah berbuka la.. mak aku buat simple jer.. tapi pergh.. sedap beb… mee goreng basah… gulai ikan bawal… sayur cendawan berlada… ikan goreng.. and tembikai (RM17 sebiji… mahal giler).. memang sedap sehingga menjilat jari… yg tak best hari ni… aku tak g terawikh… coz aku kene balik rumah sewa… tapi takper.. insyallah esok aku g.. :)

sekian…

IKLAN:-

Cam mana nak jadi Pesuruhjaya Sumpah? nie caranya..

Perlantikan seorang Pesuruhjaya Sumpah adalah dengan membuat permohonan kepada Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan menggunakan borang yang ditetapkan. Perlantikan adakalah dibuat di bawah peruntukan Seksyen 11 Akta Mahkamah Keadilan 1964. Bukan semua orang yang memohon akan dilantik. Terdapat syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Sebelum Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah dikenalkan, perlantikan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Selepas dilantik satu Sijil Perlantikan ditandatangani oleh Ketua Pendaftar bagi pihak Ketua Hakim Negara diberi kepada calon yang berjaya.

KELAYAKAN
Pemohon hendaklah memiliki sijil MCE/SPMA atau setarafnya, seorang warganegara Malaysia, berumur 18 ke atas dan berkelakuan baik.

SYARAT-SYARAT
Pemohon hendaklah memohon menggunakan borang yang ditetapkan (boleh muatturun borang di sini ) melampirkan salinan sijil MCE/SPM (hanya sijil ini sahaja tak perlu yang lebih tinggi atau rendah), dua pucok surat kepada Ketua Hakim Negara (”kepada yang berkenaan” tidak boleh) daripada orang penting, salah seorang yang masih berkhidmat dengan Kerajaan dan bukan yang telah bersara, dan dalam surat mengesahkan kelakuan baik dan pengetahuan pemohon yang menyokong permohonan, mengapa pemohon harus dilantik, mengapa permohonan disokong, tiga keping gambar berukuran paspot yang terbaru, alamat perniagaan, dan pemohon hendaklah fasih mengenai Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1990 (boleh dibeli di kedai buku) dan bersedia menghadiri temuduga apabila dipanggil dan menjawab soalan-soalan mencabar kepintaran di Palace of Justice Putrajaya. Jika ruang dalam borang tidak mencukupi untuk menyebut semua pengalaman sila catit “Lihat Lampiran” dan lampirkan dalam bentuk senrai bersama borang permohonan. Borang hendaklah dikemukakan kepada lamat yang disebut dalam borang pada bila-bila masa sepanjang tahun. Tetapi temuduga hanya dilakukan dua kali setahun atau sepertimana difikirkan wajar oleh Bahagian Pesuruhjaya Sumpah. Anda tidak perlu menyertakan bayaran RM 20 (lesen untuk setahun) atau RM 240 (untuk 2 tahun) bersama borang permohonan. Jika anda lulus temuduga anda akan dihubungi dan diminta wang tersebut. Semasa temuduga soalan-soalan menguji pengetahuan calon mengenai Kaedah dan mengenai jenis pelbagai suratcara dalam pelbagai keadaan. Walaupun anda telah menjawab semua soalan dengan betul ia masih menjadi budibicara Ketua Hakim Negara samada hendak lantik anda atau tidak kerana terdapat faktor lain seperti keperluan seorang lagi pesuruhjaya di kawasan yang anda mohon di mana anda bakal hendak berniaga. Jangan cuba pasang “kabel” untuk mendapatkan anda jawatan ini kerana anda hanya akan mendapatkannya jika anda telah ditakdirkan.

http://www.agc.gov.my/agc/agc/Civ/oathsBM.htm

Related Post

29 Comments »

  • mohdyin says:

    Saya sekarang seorang ejen insuran am Takaful Ikhlas dan berniaga di Gombak Setia. Umur saya 63 tahun, sehat tubuh badan. Bolehkah sdr membantu untuk saya memohon menjadi pesuruhjaya sumpah. Saya ada MCE.

    Terima kaseh.

    MOHD YIN ADAM

  • mohdyin says:

    Saya sekarang seorang ejen insuran am Takaful Ikhlas dan berniaga di Gombak Setia. Umur saya 63 tahun, sehat tubuh badan. Bolehkah sdr membantu untuk saya memohon menjadi pesuruhjaya sumpah. Saya ada MCE.

    Terima kaseh.

    MOHD YIN ADAM
    0163512161/0147317047

  • m.ruzaini.h says:

    terima kasih kerana bertanya, saya tidak terlibat untuk urusan jd pesuruhjaya sumpah ni.. tp boleh pergi terus kepada pihak berwajib yang berkaitan.. TQ

  • Nizam Shah Allabasc (Niezam) says:

    Assalamualaikum wbt and Greetings;

    Dear Sir,

    Reviews of my higher and professional credentials confirm that, I have;

    • Completed successfully Master in Business Administration (Management) in November 2008 from Universiti Industri Selangor [GPA: 3.67];
    • Licensed and Membership of Chartered Accountant (Malaysia), Malaysian Institute of Accountant (MIA) in July 2008 (Membership No. 29154);
    • Licensed for Pre-Contract Examination (PCEIA) – General Insurance from Malaysian Insurance Institute (MII) in April 2008 (Certificate No: PCE04738) and
    • Completed successfully Bachelor of Accountancy in August 2003 from Universiti Sains Malaysia, Penang.

    Currently, I’m attached into Islamic Banking & Financial Institution;

    May I eligble to become Pesuruhjaya Sumpah?

    Where to get the Forms

    Wassalam,

    Thanks and regards.

    A. Nizam Shah (Niezam)
    019-3388664 / [email protected]

  • Iahra Bin Mohamad Islam says:

    Salam 1 Malaysia

    saya kakitangan kerajaan persekutuan yang akan bersara dalam yang terdekat. usia saya kini 58 tahun. saya berhasrat untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah (Persendirian). Bagaimana caranya dan bagaimana untuk saya mengemukakan permohonan ? harap tuan dapat memberi info lengkap.

    terima kasih.

    Tel Bimbit
    0124963147

  • m.ruzaini.h says:

    salam 1 malaysia,

    saya minta maaf kerana tidak dapat memberi details tentang pesuruhjaya sumpah ini.. tuan boleh merujuk kepada badan berkanun yang kawal pesuruhjaya sumpah ini.. TQ

  • hasbi arifin says:

    salam, kepaa semua pembaca, saya seorang calon p’suruhjaya sumpah,
    interview terbaharu ialah pada:

    19.4.11
    mahkamah putrajaya
    10 pagi
    doakan saya berjayaa !

    saya rasa satu kriteria yang mesti ada ialah soal tubuh badan dan ketegasan.

    jika anda bukan laywer anda kena lebih tegas kerana akan ada orang-orang berjawatan tinggi yang akan hantrar wakil nya dan nak dapatkan cop sumpah, tapi dia tak datang.

    dalam hal ini seseorang CO tegas takkan memberikan khidmatnya kepada individu tersebut, kalau apa-apa hal, nanti kalau fraud, mesti kita akan disoal kelaks.

    ada court case seperti ini, yang fraud terjadi, lalu apabila ditanya CO, dia kata dia sebuk, tak sempat nak tgk details.

    so bertegas dan berhati-hatilah semua calon CO.

  • m.ruzaini.h says:

    good luck, semoga berjaya dalam interview itu.. nanti boleh share pengalaman.. :)

  • Niezam says:

    Assalamualaikum wbt and Greetings;

    Dear Sir,

    Reviews of my higher and professional credentials confirm that, I have;

    • Completed successfully Master in Business Administration (Management) in November 2008 from Universiti Industri Selangor [GPA: 3.67];
    • Licensed and Membership of Chartered Accountant (Malaysia), Malaysian Institute of Accountant (MIA) in July 2008 (Membership No. 29154);
    • Licensed for Pre-Contract Examination (PCEIA) – General Insurance from Malaysian Insurance Institute (MII) in April 2008 (Certificate No: PCE04738) and
    • Completed successfully Bachelor of Accountancy in August 2003 from Universiti Sains Malaysia, Penang.

    Currently, I’m attached into Financial Institution;

    May I eligble to become Pesuruhjaya Sumpah?

    Where to get the Forms?

    Wassalam,

    Thanks and regards.

    A. Nizam Shah (Niezam)
    019-3388664 / [email protected]

  • cik siti says:

    salam..

    En. Niezam, sila dapatkan borang permohonan di Bahagian Pesuruhjaya Sumpah, Istana Kehakiman Putrajaya.

  • Fir says:

    Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya, saya masih berkerja di salah sebuah Bank Di Malaysia. Adakah layak untuk memohon?

  • amin johari says:

    Adakah saya layak untuk memohon sekiranya nama saya ada masaalah dengan FIS(ada masaalah hutang tertangguh tapi bukan bankrap)

  • m.ruzaini.h says:

    sy pun tak pasti tentang perkara ini.. mungkin reader yang lain boleh membantu…

  • Hawa says:

    Assalamualaikum, saya nak minta tolong saudara bantu saya. Saya bakal ditemuduga sebagai Pesuruhjaya Sumpah. Tolong bantu saya, saya ingin mengetahui apakah soalan yang bakal ditanya? Terima kasih. Tolong email ke email saya. [email protected]

  • Suhaimi says:

    Saya sedang berkhidmat disebuah firma guaman di johor bahru…adakah dengan saya mendapatkan sokongan dari majikan saya..mempermudahkan lagi..pememohonan sebagai pesuruhjaya sumpah.

  • dayang says:

    salam, may be this entry dh agak lama but i still nak tanya jugak. sy skrg tgh settlekn borang pinjaman mara and sy nk tanya memang perlu ke pihak penjamin sign kat dpn pesuruh jaya sumpah instead of penjamin sign dulu then sy yg akn g office pesuruh jaya sumpah tuk mnta sign depa pulak. becuz i have some problems where my penjamin are too busy on weekdays. hope u can help me. tq :)

  • Victoriadas says:

    Cik Dayang,
    Tanpa deponen (penjamin, atau sesiapa yang turunkan tandatangan) Pesuruhjaya Sumpah dilarang menandatanganinya di bawah Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1990.
    Bagaimana busy pun kena hadir, begitahu Penjamin faham kandungan surat, turunkan tandatanganya DI HADAPAN pesuruhjaya sumpah, tandatangan buku daftar pesuruhjaya sumpah, barulah boleh dimeterai. Jika pesuruhjaya sumpah tanadatangan tanpa kehadiran penjamin, lesen pesuruhjaya sumpah boleh dibatalkan.
    Dokumen MARA selain di hadapan pesuruhjaya sumpah , boleh ditandatangani di hadapan Penolong Pegawai Daerah (selaku Majistret Kelas 2), Pegawai Daerah (Majistret Kelas 1), Shahbandar (Harbour Master – Majistret Kelas 1), Pegawai Embassy, Majistret dan Hakim Sesyen Mahkamah. Jika penjamin duduk jauh, kirim borang MARA melalui pos dan penjamin boleh jumpa pesuruhjaya yang berdekatan dengan nya.,

  • Victoriadas says:

    Article oleh saudara blog ini dipetik dari tulisan asal sahabat saya di:
    http:// mahkamahmelaka .110mb.com/psumpah.htm

    NOTA:
    Polisi Istana Kehakiman MULAI 2012 adalah:
    1) Mengurangkan bilangan Pesuruhjaya Sumpah persendirian
    2) Melantik lebih ramai pegawai-pegawai yang ada SPM yang berkhidmat dengan kerajaan, seperti Kerani, Ketua Kerani dan setaraf dengannya. (Gred 17 – 22 sahaja).

    Perubahan polis tersebut adalah akibat:
    Pesuruhjaya Sumpah swasta kaut keuntungan, caj lebih dari RM 4, tandatangan tanpa kehadiran deponen, berkhidmat diluar tempat yang dinyatakan dalam lesennya, membantu secara tidak langsung dalam dokumentasi fraud, tidak mematuhi Kaedah-Kaedah.
    Pendapatan seseorang Pesuruhjaya Sumpah di bandar-bandar besar mencecah RM 10,000 sebulan dengan cara tidak mematuhi Kaedah.
    Jadi proses pengambilan oleh BahagianPesurujaya Sumpah, Istana Kehakiman telah diketatkan.
    Calong perlu beli dan hafal Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1990, perlu hadir Peperiksaan bertulis (peguam dan pegawai berkhidmat dikecualikan), kemudian, jika lulus dipanggil temuduga lisan (50 soalan mengenai Kehakiman, Kaedah dan soalan situasi).Jika lulus baru hantar wang lesen RM 120 setahun, nanti mereka akan beri nombor pengenalana. Barulah tempah cop, buat bukudaftar, tanda nama, sewa bilik/pejabat, papan tanda dan mula berkhidmat. Rekod hendaklah dikemaskini dan dihantar untuk pemeriksaan setiap tahu.
    Berpuluh-puluh Pesuruhjaya sumpah telah diserbu, dan digantung seluruh malaysia kerana langgar Kaedah. (Lihat contoh : http://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/document3/Pesuruhjaya%20Sumpah/SENARAI%20PESURUHJAYA%20SUMPAH%20TAMAT%20ATAU%20DIBATALKAN%20(APRIL).pdf
    Maka, harapan bagi orang-orang yang ingin menceburi bidang perkhidmatan ini adalah makin tipis. Peguambela dan Peguamcara boleh mohon ONLINE di Jabatan Peguam Negara untuk menjadi Penyaksi Awam (Notari Public) dengan syarat ada 15 tahun pengalaman jadi peguam, tiada tindakan disiplin (walaupun Akta kata 7 tahun).

  • Victoriadas says:

    Sesiapa nak borang permohonan untuk dilantik jadi Pesuruhjaya Sumpah, dan arahan boleh dapatkan daripada saya di:
    http://www.docstoc.com/docs/131115558/Borang-Permohonan-Pesuruhjaya-Sumpah

  • Victoriadas says:

    PIndaan kepada prosedur perlantikan. Rujuk kepada entri pertama di atas. Tetapi keadaan sekarang sedikit berubah. Sekarang ada peperiksaan bertulis untuk tapis dan pilih “orang yang layak” seperti kehendak dalam Akta Mahkamah Kehakiman.
    Prosedur baru secara ringkas adalah seperti berikut:
    1. Pemohon mengemukakan covering letter (sebut kawasan/alamat yang dipilih untuk beroperasi), Borang 1 bersama gambar dan 2 surat sokongan mengenai kelakuan baik calon (1 pegawai Kerajaan, satu may be oleh orang kenamaan tempatan/ahli politik terkenal, salinan sijil SPM, lain-lain dokumen tambahan (sijil kursus, anugerah dsbgnya). SPM wajib ada. Tiada SPM tetapi ada diploma atau ijazah tidak akan dilayan.
    2. Pemohon akan dipanggil ke Peperiksaan Bertulis – 20 soalan – satu setengah jam – untuk menguji kefasihan Bahasa Malaysia, dan pengetahuan Kaedah PJS (dulu objektif, sekarang kena tulis jawapan),
    3. Hanya siapa yang lulus peperiksaan ini akan dipanggil untuk temuduga lisan. 50 soalan, kena lulus 48 – soalan mengenai Badan Kehakiman, sedikit undang-undang, banyak mengenai Kaedah PJS,
    4. Jika lulus temuduga ini, calon berjaya akan diminta bayar wang untuk Sijil Perlantikan dan alamat tempat hendak beroperasi kelak.
    5. Kemudian Nombor Lantikan , Sijil, tempoh berkuatkuasa akan dihantar kepada calon.
    6. Calon perlu buat sendiri cop Meterai, cop Jurat, business card (jika minat), tanda nama (name tag), Papan Tanda, buku daftar. Dan setiap tahun perlu hantar buku daftar dan satu Penyata Kira-Kira pendapatan untuk diperiksa samada ke naziran Mahkamah negeri atau Istana Kehakiman Putra Jaya.
    7. Jika melanggar kaedah, seperti tandatangan dokumen tanpa kehadiran orang yang angkat sumpah, mengutip fee lebih, beroperasi di luar premis yang dibenarkan, tidak menyelenggara buku daftar dengan atur, terlibat dalam penyediaan dokumen palsu… boleh mengakibatkan serta merta penggantungan/pembatalan perlantikan selepas surat tunjuk sebab.
    8. Calon yang kena batal / digantung kena tunggu 1 tahun untuk cuba mohon semula itu pun jika umur belum capai 65…. huhuhuhu. . . sesiapa hendak contoh soalan boleh email kepada saya [email protected]. . . percuma. . . bukan Past Year Papers, tetapi mirip-mirip soalan bertulis dan lisan.. . . Sebagai panduan aje daripada langsong tiada dan terpinga-pinga dalam dewan peperiksaan. Badan Kehakiman sentiasa tapis dan lantik PJSumpah yang betul-betul layak supaya mereka boleh berkhidmat untuk masyarakat.

  • m.ruzaini.h says:

    To victoriadas

    terima kasih atas pengkongsian yang bermanfaat.. :)

    Ruzaini

  • azimah binti kamsan says:

    Selamat Petang….saya berminat ingin menjadi suruhanjaya sumpah.

    Bagaimana cara untuk memohonnya. Adakah? Borang tersebut boleh diambil secara on-line atau ke Kehakiman Negara di Putrajaya?

    Terima kasih.

    azi

  • AB HALIM BIN AB SAMAD says:

    berminat untuk menjadi pesuruhjaya sumbah..berumur 60 tahun..pencen guru..moga ada ruang untuk menjawatnya..tqvm.

  • Nora says:

    Hye.

    Maaf kerana entry ni sudah agak lama. But then saya terfikir, how can you guys be a Commissioner of Oath when you simply asking question without reading the whole entrt including comments here. Keep repeating the same questions to the blogger. Read the whole thing. How can you be a Commissioner of Oath bla malas naca?

    Seriously this is my honest thought. No offense.

  • m.ruzaini.h says:

    Puan Nora:-

    Hanya mampu tersenyum.. :)

    Ruzaini

  • Jac says:

    Tuan, bagi permohonan untuk menjadi pesuruhjaya sumpah, boleh beri tak contoh surat/template mengesahkan kelakuan baik.

    Terima kasih.

    jac

  • Iamail Bin Ishak says:

    Saya diambang persaraan wajib pada umur 60 tahun. Sekarang saya berusia 58 tahun. Masih sihat tubuh badan. Tercari-cari sesuatu untuk dilakukan dimasa persaraan kelak. Saya tertarik dengan karier Pesuruhjaya Sumpah. Minta bantu sesiapa yang tahu untuk membuat permohonan dan bagaimana perlu saya lakukan. Saya amat berminat.

  • victoria das says:

    Template kelakuan baik (perlu ubah suai seperti perlu)

    Undang-undang memerlukan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara melantik orang yang berkelakuan baik. Yang Amat Arif tidak mengenali anda. Jadi, Yang Amat Arif minta dua surat kelakuan baik daripada Orang kenamaan tempatan, pegawai kerajaan tempatan.
    Orang kenamaan tempatan bolehlah terdiri ADUN, Wakil Rakyat, Ketua Badan terkenal tempatan, syarikat peguam, dan pegawai kerajaan tempatan boleh terdiri dari Penolong Pegawai Daerah, Ketua jabatan pejabt kerajaan tempatan dan sebagainya.
    Template Surat Kelakuan baik:-

    (kepala surat jabatan/ badan /peguam dll mengandungi nombor telefon)
    kepada: Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara,
    Istana Kehakiman, Putrajaya

    penama: SAMSIAH BINTI ABDUL GHANI
    No. KP 940421-10-5220
    Calon Pesuruhjaya Sumpah

    Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah mengenali penama sejak ___ tahun semasa beliau bekerja di _____________ (terangkan bagaimana kenal).
    2. Beliau merupakan seorang yang berdisiplin, bijak, jujur dan amanah.
    3. Saya menyokong beliau sebagai sesuai dilantik menjadi Pesuruhjaya Sumpah kerana saya percaya beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya dengan gigih, tekun, teliti dan menepati peraturan dan undang-undang berkaitan.
    Saya boleh dihubungi melalui nombor telefon di atas jika perlu mengetahui lebih lanjut mengenai diri beliau.
    Sekian,
    (tandatangan dan cop rasmi)

  • victoria das says:

    Sila ambil perhatian bahawa Unit PJS putrajaya tidak lagi mengadakan ujian bertulis secara manual di Putrajaya. Semua permohonan baru untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah di buat secara Online di epjs.kehakiman.gov.my
    Sebelum klik “Permohonan Baru”, sediakan dokumen yang telah di scan secara digital (atau guna ClearScan dalam handphone) yang berikut:
    Sijil Pengesahan Dari Jabatan Insolvensi (dibeli RM10),
    gambar foto(pasport size)
    Sijil Pelajaran Malaysia
    dua surat sokongan (satu dari kakitangan/pegawai kerajaan tempatan, contoh: doktor, cikgu, gurubesar etc dan satu lagi dari wakil rakyat,ketua parti politik, pengerusi JKKK dll)
    Selepas mengisi muka surat pertama Online itu, apabila sampai ke mukasurat kedua, akan papar “Browse”, tekan dan pilih dokumen yg telah di scann tersebut untuk upload.
    Selepas submit, tunggu email. Setiap hari check. Check dalam folder SPAM juga.
    Mula mula satu email menetapkan tarikh taklimat, dan pin number akan dihantar. Ikut arahan dalam email itu.
    Selepas itu akan dihantar email kedua menetapkan tarikh ujian bertulis, dan pin number.
    Setengah jam sebelum ujian bersiap sedia depan computer. Cari computer yang baru, dengan internet laju, tanpa gangguan luar.
    Ujian objektif. 40 soalan, 40 minit. Satu soalan 1 minit. Keputusan akan diberitahu esokan hari.
    Jika lulus ujian bertulis, kemudian akan terima email ketiga. Menetapkan tarikh taklimat mengenai Temuduga Online
    Ikut arahan dan sedia dengan komputer untuk lihat taklimat.
    Kemudian akan dapat email keempat menetapkan tarikh ujian lisan guna Zoom.
    Kalau lulus, juga dimaklumkan melalui email keempat.
    Kemudian akan dapat email, minta bayaran lesen. RM 300 setahun, tiga tahun RM 900.
    Akan minta gambar photo (ambil guna handphone aje) premis office yang dicadangkan, dalam office, meja, dan dari luar bangunan.
    Ini dua (duit dan gambar) kena diemailkan kepada mereka. Baru dia bagi melalui email kelima.
    Email kelima akan memberi resit untuk bayaran, nombor ID PJS.
    Sijil Perlantikan, Dulu ada majlis penyampaian, ikrar untuk ini. Sekarang fasal PKP tak tahu ada majlis atau email sahaja.
    Apabila dapat ID PJs, buat meteri, papan tanda nama, name card (kalau minat), cop lain, seperti Daerah, Bandar, cop tarikh, cop jurat,
    tempah Papan Tanda “kadar FEE yang dilevikan”, name tag semua ikut ukuran dalam kaedah-kaedah PJS 2018.
    Buat buku daftar ikut spesifikasi dalam kaedah.
    Beli pen mata tebal untuk tandatangan, beli stamp pad, dll.
    Sekarang anda bersedia untk berkhidmat.
    Saya cadangkan elok (sebelum mohon) pergi ke pejabt Pjs yang berkhidmat, dan perhatikan cara-cara, dan lihat buku, cop dia untuk pengetahuan.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.