Membina rumah sendiri di atas tanah sendiri – slab lantai tingkat 1
Salam dan selamat sejahtera,
Last week telah selesai progress pembinaan slab konkrik tingkat 1.. apa yang aku boleh kata, kos tinggi, ambil masa lama dan renyah.
Oleh kerana ingin menjimatkan kos playwood dan formwork.. maka lantai slab ini di laksana kan sebanyak 2 fasa.. kiranya buat separuh2.. kekurangan buat 2 fasa slab ni adalah masa yang lama dan juga kena sewa crane 2 kali..
Masa yang diambil adalah selama 1 bulan lebih.. selain daripada keluasan yang besar, masa yang diambil agak lama juga disebabkan oleh kerana kekurangan pekerja dan juga tambahan kerja pembinaan balkoni,, balkoni ni akan mengadap kolam renang.. ingatkan kos murah utk balkoni ni.. tp plywood tambahan perlu dibeli dan juga kene menyewa tambahan scaffolding. Ianya menyebabkan kos yang dikeluarkan agak tinggi.
Langkah pertama dalam pembinaan SLAB ini adalah dengan membina kepuk/ atau acuan beam dan lantai.. selepas itu besi beam akan diikat dan dimasukkan kedalam formwork, size besi untuk beam adalah Y16 BS.. besi lantai pula menggunakan besi size Y10 BS dan dianyam kotak2 dengan saiz kotak adalah 5×5 inch.
Sebanyak 52m3 readymix G30 digunakan untuk slab ini.. ketebalan slab adalah 6 inch dan size beam adalah 1.5 kaki. saja pilih G30 kerana beza G25 dan G30 hanyalah Rm10. harga readymix dapat harga munasabah kerana lokiasi tempat pembacuhan agak dekat dengan tempat site.
Pada fasa ke 2 pembinaan SLAB ini.. sebanyak 12,000 biji bata merah telah diorder awal untuk dinding tingkat 1. bata ini di order awal kerana boleh guna crane angkat naik ke slab yang telah dibina pada fasa ke 2 dan seterusnya memudahkan pekerja untuk pasang batu bata nanti tanpa perlu angkat secara manual. fasa kedua ni ambil masa lebih kurang 3 minggu untuk disiapkan.
secara keseluruhan.. cost yang aku habis untuk stage ini agak tinggi..iaitu sebanyak RM 39,000+-.. kos ini tak termasuk upah kepada kontraktor.
Disini aku sertakan kos dan kuantiti brg yang telah dibeli dan digunakan.
1) Playwood = 83 keping @ RM50/pcs = RM4150
2) kayu 2×3 = 300 btg = RM3000
3) kayu 2×4 = 72 vtg = RM 1468
4) kayu 1×2 = 1 ikan 1.3 tan = RM1350
5) Y16 BS = 3bundle (96pcs/bdl)@ 2450/bundle = RM7350
6) Y10 BS = 4 bundle (138 pcs) @ RM2,227.96/bundle = RM8,911.84
7) ready-mix G30 =52m3 @ RM180/m3 = RM9,360
8 ) Crane = 2 hari @ RM700/day = RM1400
9) scaffolding rental = 100 unit @ RM7/set/month = Rm700/month
total anggaran termasuk paku, bill elektrik . dawai dan lain-lain = Rm39,000
Sekian
Ruzaini
Salam Tuan
Nak tanya tak ada elektrikal point kat slap dalam gambar. Tak masukan terus ke tred untuk wayar elektrik nanti.
Salam
Hanns Hassan
saya tak masuk dalam slab.. semua surface pakai conduit and trunking.. nanti tutup dgn siling..
Thanks
Ruzaini