Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Berita, Pengembaraan

Keajaiban kota Milan

Submitted by zaini_uitm82 on February 15, 2009 – 12:49 pmOne Comment

Teks dan Gambar Shamshul Azree Samshir
[email protected]

Seni bina, pusat fesyen tarikan bandar raya Itali

SPAGETI, pizza dan Sophia Loren. Nama dua juadah tradisional dan aktres tidak dimamah usia yang pernah merangkul anugerah berprestij, Oscar ini cukup menggambarkan pesona yang menanti di Itali.

Peluang berkunjung ke ibu kota fesyen dunia, Milan atau dalam bahasa Itali, Milano, baru-baru ini sungguh mengujakan dalam mengenali keunikan dan rahsia tersembunyi di negara yang memiliki banyak kota hebat seperti Rome, Florence dan Venice ini.

Milan yang menjadi bandar kedua terbesar di Itali, sarat dengan elemen kota metropolis. Sesuai dengan jolokan ibu kota fesyen dunia sebaris Paris, New York dan Tokyo, nadi ibu kota ini tertumpu kepada kegiatan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan seni terutama fesyen.

Penulis yang tiba di Milan selepas perjalanan hampir lapan jam dari Bregenz, Austria bersama rombongan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, tidak sabar meneroka keunikan bandar raya ini sebaik keluar dari tren di Stazione Centrale di Milano atau Milano Centrale.

Dibuka pada 1864, stesen rel utama Milan ini melalui beberapa fasa pengubahsuaian sesuai dengan statusnya sebagai stesen transit malah menjadi antara stesen utama rel merentasi benua Eropah. Biarpun tanpa stail seni bina khusus, Milano Centrale nampak gah dengan gabungan pelbagai gaya seperti Liberty dan Art Deco yang menterjemah makna tersendiri.

Penulis di hadapan arked beli-belah Galleria Victoria Emanuele.

Destinasi pertama yang dikunjungi di Milan sudah pasti Piazza del Duomo yang menjadi antara dataran paling meriah di benua Eropah. Mudah dikunjungi dengan menaiki sistem transit, Metropolitana Milanese dan berhenti di stesen Duomo, dataran ini pasti memukau siapa saja.

Piazza del Duomo dikelilingi beberapa bangunan hebat seperti Duomo iaitu sebuah cathedral atau gereja gothic yang dibina hasil gabungan idea dan kreativiti arkitek serta pengukir Itali, Perancis dan Jerman.

Leka melihat kehalusan seni ukir atas marmar dan keseragaman motif pada setiap menara, kehadiran senja tidak disedari penulis. Saat itu paling indah apabila Piazza del Duomo tiba-tiba ditenggelami cahaya suram lalu menerbitkan panorama menakjubkan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Bertentangan Duomo, arked beli-belah, Galleria Vittorio Emanuele yang menempatkan deretan kafe, restoran, kedai buku dan butik mewah yang wajib dikunjungi. Jika tidak membeli-belah sekali pun, pengunjung sewajarnya meluangkan masa bersantai di kafe sambil menikmati kopi atau hidangan Itali yang asli dan enak di sini.

Penulis yang tidak melepaskan kesempatan menjamu selera di salah sebuah kafe di sini, juga leka melihat warga Milano bertali arus pulang dari kerja ketika itu.

Sesuai dengan ibu kota fesyen, warga Milan sama seperti penduduk Paris yang sudah semestinya pandai bergaya. Biarpun dengan hanya berbasikal atau berjalan kaki, warga Milan tetap tampak trendy dan tidak malu mencipta kelainan dalam bergaya.

Selain dataran utama di Milan ini, penulis juga berpeluang melawat kubu Castello Sforzesco yang letaknya tidak jauh dari Piazza del Duomo. Kubu ini menempatkan beberapa muzium seni bagi bidang ukiran, lukisan, seramik, perabot serta arkeologi.

Biarpun hasrat melihat dari dekat karya hebat Leonardo da Vinci, The Last Supper yang tersimpan di Santa Maria delle Grazie, berhampiran Castello Sforzesco tidak kesampaian, hati sekurang-kurangnya berasa puas kerana kunjungan ke Milan mencatat kenangan indah yang sukar dilupakan.

FAKTA: Milan

  • Bandar raya kedua terbesar di Itali
  • Penduduknya mencecah 1.5 juta orang
  • Milan dianggap pusat fesyen dunia kerana menempatkan ibu pejabat dan syarikat jenama fesyen ternama seperti Gucci, Prada, Armani, Versace dan Dolce & Gabbana.
  • Lewat abad ke-18 hingga ke-19, Milan menjadi pusat utama perbincangan intelektual dan kreativiti kesusasteraan
  • Antara tarikan utamanya adalah litar lumba Monza Formula One, antara litar lumba kereta tertua dunia
  • Turut dikenali kerana menu makanan popular, Risotto

Related Post

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.