Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan

Permohonan penyata CCRIS perseorangan secara online

Submitted by m.ruzaini.h on October 29, 2015 – 5:28 pm10 Comments

Salam,

Disini saya ingin berkongsi cara-cara untuk mendapatkan penyata ccris @ laporan pinjaman kita, yang dikeluarkan/diseliakan oleh bank negara. terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan laporan ini..

  1. pergi sendiri di kios bank negara (perlu bawa IC dan jari anda)-free
  2. Boleh memohon secara bertulis kepada bank negara – free
  3. boleh mendapatkan dari penyedia maklumat kredit (3rd party company) – berbayar

sebelum saya pergi kepada cara-cara mendapatkan laporan kredit ini.. kita perlu tahu kenapa pentingnya record ini kepada peminjam dan juga kepada pemberi pinjaman.. laporan kredit seperti CCRIS ini akan memaparkan/merekodkan segala hutang kita seperti hutang personal loan dgn bank, hutang perumahan, hutang kereta dan yang terbaru masuk dalam ccris adalah hutang ptptn… hutang court mamort tak masuk ye dalam ccris ni.. sebab ccris ni hanya untuk pinjaman bank dan ptptn dan badan2 tertentu sahaja…

CCRIS record akan menunjukkan record pembayaran pinjaman kita untuk 12 bulan terkini sahaja..sekiranya anda tertunggak selama 3 bulan.. maka anda akan mendapat score 3 di penyata ccris ni.. Pemberi pinjaman akan menggunakan laporan ccris ini untuk menilai sama ada anda ni berisiko atau tidak untuk membayar hutang.. sekiranya anda ini memang jenis liat/lambat membayar hutang dan record di ccris bulan 0.. maka besar kemungkinan pinjaman anda akan ditolak.. akan tetapi, jika anda tidak mempunya langsung hutang, itu pun akan bermasaalah untuk memohon pinjaman kerana bank tidak tahu behavior anda dalam membayar hutang.. elok kepada mereka yang tiada memiliki langsung hutang.. elok ambil 1 kad kredit untuk memudahkan bank menilai record pinjaman anda…

kesimpulannya- record credit ccris ni penting kepada pemberi hutang kerana mereka boleh menilai sama ada risiko duit yg dipinjamkan itu dibayar balik atau tidak… dan kepada peminjam, record ni penting sebagai reminder yang anda tu berhutang.. dan ianya akan mendisplinkan kita dalam membayar hutang.. maklumlah.. klu record buruk.. nak pinjam lagi tak boleh..

jom kita pergi ke cara-cara untuk mendapatkan laporan kredit CCRIS anda

  • Pergi sendiri ke bank negara – cara yang paling senang untuk medapatkan laporan ccris ini adalah dengan hadir sendiri ke bank negara KL/cawangan bnm dengan membawa kad pengenalan dan cap jari anda.. just pergi ke kios elektronik (layan diri) masukkan ic dan letak cap jari anda di scanner machine.. ikut arahan yang diberikan dan wala.. laporan anda diprint dengan percuma.. laporan ini hanya dibenarkan dicetak sekali untuk setiap 3 bulan… waktu bukak adalah office hour..
  • Memohon secara bertulis kepada bank negara - satu cara yang boleh digunakan sekiranya anda berada jauh atau susah hendak ke bank negara adalah dengan memohon secara bertulis kepada bank negara dengan mengisi borang yg boleh didapati di website bnm (http://creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html) dan boleh menghantar permohonan itu samaada melalui pos, email atau fax.. untuk menerima laporan ini, kita boleh memilih untuk mendapatkannya melalui email dalam bentuk pdf.. dan cost yg dikenakan adalah percuma..
  • memohon dari 3rd party company - selain dari BNM, 3rd party kredit information company juga menyediakan laporan kredit ini kepada mereka yang memerlukan.. dan ofcoz ianya bukanlah percuma.. ada sedikit bayaran yang dikenakan untuk service yang disediakan..walaupun ada charge.. tp bg aku ianya agak murah sebab tak perlu kita byr parking,minyak , tak perlu minta cuti dan paling penting tak la buang masa berjam2 semata2 nak print 1 laporan je..
    1. syarikat 1 – Credit Bureau Malaysia (CBM) – website (https://www.creditbureau.com.my/4-1.jsp)

      1. download borang ( form )
      2. isi form yang diberikan dan sain setiap pages (kalau takder ruang sain, sain je dekat bawah helaian)
      3. scan IC, Lesen depan belakang, dan 1 document sokongan seperti penyata KWSP.
      4. buat bayaran sebanyak Rm2 + RM 0.12 (10/3/2016 – sekarang dah jd RM10) keakaun bank Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549- print receipt
      5. hantar semua document yang perlu disediakan bersama2 receipt bayaran kepada [email protected]
      6. Insyallah dalam masa 1 hari anda akan mendapat laporan yang diperlukan.
    2. Syarikat 2- RAM Credit Information Sdn Bhd – website (https://www.mycreditinfo.com.my/)
      1. berbeza dgn syarikat CBM yang memerlukan kita email semua document yang diperlukan, RAMCI ini kita perlu register secara online, submit IC dan lesen memandu untuk verification dan lepas tu kita boleh membeli report credit kita..
      2. lepas register dan verification, anda boleh membeli personal credit report basic atau plus dimana kandungan ia adalah berbeza dan harga pun berbeza.
      3. untuk laporan kredit basic harganya adalah RM5 dan untuk plus adalah RM10.
      4. byr secara online
      5. Insyallah report akan dapat dalam masa 1-2 hari bekerja

      111

perbezaan laporan yang dikeluarkan oleh bank negara dengan 3rt party credit check company adalah :-

  1. CCRIS bank negara hanya menunjukkan nama bank pemberi pinjaman, baki pinjaman, 12 bulan aktiviti pinjaman(ansuran tertunggak – 0 untuk tiada outstanding)
  2. 3rd party company pula akan menyediakan laporan kredit yang diperolehi dari bank negara dan company ada menyediakan lauk tambahan iaitu assessment report tentang risiko/behavior kita dalam meminjam.. lauk tambahan ini boleh disedikan mengikut product yang kita bayar..

12140865_10153055165116010_2410593758545426743_oCCRIS report dari BNM, sumber- internet -lupa dapat mana

.

444444kredit assesment Credit Bureau Malaysia (CBM) – lauk tambahan selain dari CCRIS record

.

secara praktikalnya.. aku telah menggunakan kesemua cara-cara yang aku kongsikan diatas. terpaksa guna kaedah emial/online ini sebab aku dkt uk sekarang. dan berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi.. semoga anda dapat matfaat dari perkongsian yang diberikan ini.. salam

Ruzaini

Random Posts

10 Comments »

  • solihi says:

    Assalam tuan, pptn tu apa makna jika dlm report ccris cm tu?

  • m.ruzaini.h says:

    solihi

    kalau ptptn masuk dlm ccris.. ia sama mcm loan bank yang lain.. jika tak byr ianya akan menunjukkan jumlah tunggakan.. jika bayar ontime maka 0 tunggakan..

    ramai org menganggap masuk ccris adalah black list.. sebenarnya ccris ni just record pembayaran je..

    Tq

  • Iwan says:

    Salam tuan,

    Situasi saya begini, saya ingin membuat pinjaman perumahan, tetapi pinjaman ptptn saya mempunyai tunggakan 9k (total pinjam 21k), masih bayar bulan seperti biasa (belum blacklist) manakala loan lain semua bayar ikut time. Apa pandangan tuan, adakah peluang untuk dapatkan pinjaman perumahan boleh terjejas disebabkan ada tunggakan ptptn ni. Kalao boleh, apa langkah yang patut saya ambil.

    Terima kasih

  • m.ruzaini.h says:

    Iwan,

    kalau ada tertunggak dan ptptn tu dah masuk dlm ccris.. memang agak susah nak dpt kelulusan utk pinjaman..

    boleh discuss dengan ptptn utk structure semula.. tp rasanya kene bayar atleast separuh dari jumlah tertunggak.. bila dah settle penstrukturan semula tu.. ptptn akan keluarkan surat.. cuba guna surat tu and tanya banker samaada dia boleh tolong atau tidak..

    Tq

  • Nsue says:

    Assalam tuan. nama saya skrg sudah ada dlm ccris dgn rekod tunggakan ptptn.Itu pun sy sedari setelah permohonan pinjaman perumahan saya gagal. Padahal ptptn dibayar setiap bulan cuma bayaran tidak sepenuhnya seperti yang ditetapkan. Sblm ni memang sy tidak tahu langsung berkaitan ccris. Kalau saya tahu saya akan buat pembayaran melalui kwsp sebelum saya membayar “booking” untuk pembelian rumah. Hari ni saya telah pun ke kwsp membuat pembayaran untuk tunggakan ptptn. Menurut ptptn..setelah pembayaran diterima, barulah surat akan dikeluarkan. Adakah surat tersebut “valid” utk kelulusan pinjaman?

  • m.ruzaini.h says:

    Nsue:-

    boleh kepilkan surat dari pihak ptptn utk menyokong permohonan pinjaman puan.. kelulusan berdasarkan pertimbangan pihak bank.. tiada jaminan utk lulus.. tp boleh mencuba..

    sekian
    RUzaini

  • Erica says:

    Assalam Tuan , Nama saya dah ada dalam CCRIS sbb tunggakkan PTPTN.
    Sebelum nie saya tak tahu hanya dapat tahu setelah permohonan
    Loan ditolak .. Selepas dapat tahu , saya terus ke pejabat PTPTN dan
    mendapati baki pinjaman dalam 8k ++. Selepas dapat
    Surat pengesahan baki saya trus buat bayaran penuh penyelesaian
    hutang PTPTN secara tunai di kaunter pembayaran .
    Dalam masa 3hari , saya dah dapat surat SPH dari
    PTPTN dan baki terkini (0.57) , lebihan bayaran . Cuma sekarang tunggu BNM untuk update status sahaja .
    Saya nak tahu adakah nama saya untuk tunggakan PTPTN akan bersih ? dari CCRIS Record
    Adakah CCRIS record akan masih merekodkan semua jenis pinjaman walaupun
    kita sudah tidak berhutang untuk pihak berkenaan?

  • m.ruzaini.h says:

    Erica:-

    Selepas menyelesaikan keseluruhan pinjaman yang dibuat.. bank negara akan mengeluarkan pinjaman berkenaan dari senarai CCRIS.. kiranya dalam CCRIS nanti takkan ada info pasal loan ptptn..

    cuma kene make sure ptptn send info berkenaan penyelesaian kepada bank negara utk update.

    Thanks
    Ruzaini

  • ridz says:

    Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanya dalam borang yang ada di bahagian cap jari apa yang perlu saya buat? Atau perlukah saya abaikan? Btw info sangat berbaloi :)

  • m.ruzaini.h says:

    ridz:-

    tak perlu cap jari..

    sekarang kadar yang dikenakan adalah RM10

    sekian

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.