Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pelaburan / investment, Pengurusan Kewangan, bab:- perjalanan ke UK, cerita aku

Bagaimana hendak menyimpan lebih dari RM52,680 setahun bersih… Mampukah aku???

Submitted by m.ruzaini.h on October 18, 2015 – 9:29 pm2 Comments

*JUmlah RM yang dinyatakan dalam cerita kali ini diubahsuai untuk melindungi maklumat kewangan diri saya…

Salam,

Lagi 2 bulan setengah tahun 2015 akan berlalu dan tahun 2016 akan berganti.. itu bermakna umur kita juga akan bertambah..

Setiap tahun, aku akan membuat satu forecast berapa average saving yang aku dapat simpan tahun depannya.. kerana bagi aku, kita perlu banyak menyimpan dalam 10 tahun kita berkerja.. kerana dengan saving yang tinggi maka kita akan buat duit itu bekerja untuk kita pada masa akan datang.. dan seterusnya akan memberi kan kita kelegaan dalam masaalah barang naik dan yang terbaru ini tol naik..

untuk tahun 2016.. aku menjangkakan akan dapat lebihan sebanyak RM4390/sebulan @ RM52,680/year... duit ni keseluruhannya aku masukkan dalam Akaun tabung haji @ ASB..

Persoalannya.. MAMPUKAH AKU.????

Aku MUNGKIN dapat menyimpan sebanyak ini pada tahun 2016 kerana aku sekarang dalam tempoh cuti belajar di UK dan dijangka akan pulang pada tahun 2017.. so ini adalah peluang untuk aku menyimpan.. kerana peluang bergini bukan selalu datang, maka aku perlu gunakannya sepenuhnya sambil belajar untuk dapat PHD.. Mungkin orang akan berkata.. boleh la saving banyak.. cuti dapat elaun UK plus gaji jalan… mungkin benar kata anda itu.. tapi cuba tanya diri sendiri.. jika anda di tempat saya.. dan sebelum menyambung pengajian anda ada hutang kereta,hutang personal loan, hutang kad kredit, hutang court mamot dan hutang yang kene bayar sebeb termasuk dalam skim yang tersontot dan lain.. nak senang cerita.. anda masih ada hutang jahat sebelum sambung belajar.. dan hutang ini akan menyebabkan duit gaji anda digunakan semaksima nya untuk menbayar hutang2 berkenaan.. dan hutang2 itu akan menyebabkan anda tidak dapat menyimpan dengan banyak atau mungkin tidak dapat menyimpan langsung..

anda mungkin bertuah jika anda mempunya rumah sebelum cuti belajar.. rumah berkenaan boleh di sewakan untuk menjana income..Jika anda tidak merancang kewangan yang baik mungkin anda tidak akan dapat menyimpan duit dengan jumlah yang besar.

Untuk diri saya pula, saya agak bertuah kerana sebelum saya menyambung pengajian saya:-

  1. Ada memiliki beberapa property di Lembah Klang dan juga diMelaka
  2. dapat memaksimumkan Loan ASB
  3. Memiliki sikit Syer bank rakyat
  4. mempunyai simpanan ditabung haji
  5. tiada hutang kereta.. 2 biji kereta (saga BLM dan Wira) dah abis bayar
  6. gaji jalan (tapi elaun banyak tak dapat sebab bercuti- Hanya dapat gaji pokok)

boleh dikatakan saya memiliki hutang yang baik kecuali personal loan yang saya ambil untuk dijadikan modal untuk buat ODASB dulu.. tp bg aku.. hutang personal loan yang aku ambil tu boleh la dikatakan hutang baik sebab digunakan untuk buat ODASB dulu… cuma yang tak bagusnya Personal loan ni adalah ianya flat rate dan jumlah bayar balik adalah tinggi..

antara hutang2 yang aku ada adalah:-

  1. PTPTN
  2. housing loan
  3. loan tanah
  4. loan ASB
  5. Loan Blajar MARA
  6. personal loan
  7. Lain2

ada diantara hutang2 ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh 3 tahun.. jika ada diantara hutang2 ini telah selesai. maka duit itu akan digunakan untuk menambah saving.

untuk sumber pendapatan pulak.. aku perolehi dari

  1. Dividen ASB/asw2020/as1m
  2. Dividen TAbung Haji
  3. Sewa Rumah
  4. Dividen Syer bank rakyat
  5. Others
  6. Gaji sebagai pensyarah.

jika semua perbelanjaan dan pendapatan dikira.. berkeMUNGKINan besar aku dapat menyimpan sebanyak RM4390 setiap bulan.. banyak bukan.. walaupun bagi sesetengah orang jumlah saving ini tidak besar.. tapi ianya besar kepada saya kerana saya telah melaksanakan perbelanjaan berhemah sejak dari mula2 bekerja dulu.. kawan2 lain pakai kereta besar2.. aku pakai kereta proton je.. kawan lain makan mewah dikedai2 mahal… aku cukup beli bungkus di gerai tepi jalan.. bersusah2 dahulu.. bersenang2 kemudian.. aku pegang falsafah ini sampai ke hari ni.. bukan kedekut.. tapi beringat.. dalam masa yang sama.. aku suka memberi kepada mereka yang memerlukan.. selalunya aku memberi secara senyap2.. tak lupa juga berzakat setiap tahun..

nasihat aku kepada remaja/graduan yang baru mula bekerja adalah

  1. Guna motor selama yang boleh
  2. Jika menggunakan motor tidak sesuai, beli la kereta 2nd yang masih elok.. beli bawah RM15,000.
  3. Beli sebuah rumah untuk disewakan kepada orang.
  4. memotong perbelanjaan yang tak perlu seperti ASTRO – buang masa sebenarnya byk tgk tv (hiburan)
  5. Bagi duit kepada ibu bapa (berkat)
  6. berzakat/bersedekah
  7. Buat LOAN ASB sebanyak yang mungkin kerana LASB memberi pulangan lebih dari 40%*.
  8. menyimpan sebanyak yang mungkin, dan park duit saving ni didalam TH atau dalam ASB..
  9. jgn lupa bayar duit belajar seperti [email protected] – kalau tak bayar nanti record dalam CCRIS tak baik dan akan menyebabkan pinjaman (future) anda akan ditolak.
  10. Takaful (ambil yang basic, jangan ambil takaful yang attach perkara yang tidak perlu) – penting untuk perlindungan harta,diri dan keluarga..

jika anda buat perkara seperti yang dicadangkan dan stick kepada hidup miskin dalam bergaya.. Insyallah anda akan rasa manisnya nanti.. trust me.. ianya benar.. anda akan rasa duit akan sentiasa cukup.. dan kerana anda telah sebati dalam hidup miskin dlm bergaya.. anda tidak akan rasa nak beli benda2 yang mewah.. cukup hidup sederhana.

harap perkongsian dapat membantu kepada mereka yang hendak tahu..

MUNGKINKAH AKU BERJAYA……. Insyallah Akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.. berjaya atau tidak berjaya itu tidak penting.. tetapi yang penting adalah usaha..

Ruzaini

Note:- *JUmlah RM yang dinyatakan dalam cerita kali ini diubahsuai untuk melindungi maklumat kewangan diri saya…

Untitled

Untitled3

Random Posts

2 Comments »

  • khairil says:

    Berdasarkan pulangan ASB sebanyak RM41k, saya kira simpanan ASB tu dalam lingkungan RM551k. maksima simpanan ASB secara dasar RM200k dan paras maksima setahu saya naik tahun demi tahun mengikut penerimaan dividen. Saya rasa nak sampai ke jumlah pokok RM551 k mungkin makan masa yang lama – ke saya silap?

  • m.ruzaini.h says:

    khairil:-

    boleh guna akaun proxy seperti akaun bini atau adik beradik.. saya memang guna sepenuhnya proxy ni sebab saya punya dah penuh..

    Tq

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.