Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pelaburan / investment, Pengurusan Kewangan, cerita aku

Berbaloikah membeli kereta Di United kingdom menggunakan Student AP? adakah ASB boleh membantu?

Submitted by m.ruzaini.h on July 10, 2015 – 8:23 pm10 Comments

Salam,

Hari ni ada masa sikit nak tekan2 calculator… just nak sembang sikit pasal membeli kereta di luar negara atau beli kereta di malaysia.. mana satu yang OK…

straight to the point.. saya berminat nak beli sebuah kereta merc C180 sport tahun 2008.. adakah berbaloi saya beli di UK ni menggunakan student AP atau saya beli sahaja di malaysi dengan buat pinjaman bank…

lepas aku survey kereta di www.autotrader.co.uk (laman web yang biasa aku tgk kalau nak cari kereta).. dapat la jumpa satu merc class yang harga £9900 dengan millage yang ok iaitu lebih kurang 56,327KM…

car

aku rasa lepas nego (cth) boleh la kurang £1000.. so let say final value adalah £8900… lepas campur insuran,road tax so jumlah keseluruhan adalah £10125… untuk makluman, insuran dekat sini sgt2 la mahal.. lebih2 lagi kalau korang duduk di kawasan pakistan dan guna international lesen.. mahal gila.. tp lepas adjust sana dan sikit.. katakan insuran dapat dalam £1000 dan kadar road tax dia ikut kadar pelepasan carbon bukannya nilai CC..ikut DVLA kereta ni kene dalam £225 setahun…tips kalau korang tak kesah, kalau nak kereta harga murah di UK ni.. carilah kereta engin disel (bunyi mcm bunyi lori) dan juga manual transmission..  TP kalau nak 2nd value yang agak tinggi di malaysia.. perlu cari kereta engine petrol dan gear auto dimana harga untuk spec kereta ini di Uk agak tinggi…

jika aku nak compare sama ada berbaloi atau tidak membeli kereta disini, aku kene buat sikit research tentang harga kereta yg lebih kruang sama di malaysia.. aku try search di mudah.my.. maka aku dapatla cari satu kereta ni.. lebih kurang sama spec dia.. Harga dalam RM111000..r asanya lepas tawar menawar dapat la kot kurang RM2000…

car 2

step yang seterusnya kita perlu tahu berapa cost keseluruhan jika membeli kereta Uk dari beli sampailah keluar dari puspakom malaysia… malas nak ceritapanjang2.. korang tengok sendiri jadual dibawah ni.. harga kereta di UK dan di malaysia..

car3

berdasarkan jadual di atas… jika aku hendak beli sebuah kereta di UK dengan menggunakan AP pelajar.. aku kene ada cash sebanyak RM89512.50.. duit ni boleh aku dapat dari simpanan penat lelah aku atau boleh buat personal loan… katakanlah aku ada saving RM89512.50 tapi aku taknak guna duit ni untuk beli kereta di UK dan duit ni aku nak simpan dalam ASB.. jika aku hendak beli kereta yang sama spec di malaysia tp aku nak byr downpayment sebanyak 10% dan bakinya buat pinjaman bank.. dari sini lah perlu buat kira2 sikit.. untuk menentukan berbaloi tak  beli di Uk atau beli dimalaysia…

jom lihat instalment yang perlu dibayar jika aku nak beli kereta di malaysia… aku bahagikan untuk 5 tahun,7 tahun dan 9 tahun..

car4

Let say aku ambil loan 7 tahun…

cash ditangan = RM89512.50

tolak downpayment sebayak 10,900 maka baki = RM78,612.50 —–> duit ni aku letak dalam ASB yang bagi pulangan 7.5% setahun

dividen ASB = RM5895.94/ year @ RM491.33/month

kenapa duit cash tadi perlu dimasukkan kedalam ASB, sebabnya dividen dia akan mengurangkan jumlah instalment kereta… dalam kes 7 tahun ini.. duit sendiri yg perlu dikeluarkan selepas ditolak duit dividen adalah sebanyak RM1,460.52 – RM491.33 = RM969.19 sebulan sahaja… beli merc 2nd hand dgn harga honda city baru.. not bad kan…

——————————————————————————–

In term of cash in hand after 7 years

katakan selepas 7 tahun harga kereta c180 ni bernilai RM35,000… dan selepas 7 tahun juga loan telah selesai dibayar… mari kita lihat berapa cash yang boleh kita perolehi selepas kereta ni dijual dan nilai cash dalam ASB

cash di ASB = RM78,612.50

cash jualan kereta = RM35,000

total cash di tangan selepas 7 tahun = RM113,612.50

—————————————————————————————-

jika beli kereta di UK = maka cash selepas jualan kereta adalah sebanyak RM35,000

dan dalam tempoh 7 tahun ni.. sebab beli cash kereta ni di UK.. maka mesti kita boleh simpan sikit di asb.. katakan kita ambil jumlah yang sama RM969.19 jika beli kereta di Malaysia dimana duit ni disimpan secara tetap setiap bulan selama 7 tahun tanpa mengeluarkannya..

total di asb akan dapat = RM107375.89

campur harga kereta lepas 7 tahun = RM107375.89 + RM35000 = 142,375.89

mana satu yang untung RM113,612.50 atau Rm142,375.89

————————————————————

in term total cost UK vs Malaysia pulak (tnapa melibatkan ASB)

UK RM89,512.50

Malaysia (selepas 9 tahun termasuk instament kereta) = RM122683.86

beza = +-RM30k

——————————————————————–

kesimpulan

penerangan diatas adalah berdasasrkan anggaran sahaja untuk panduan. dan ianya hanya tepat untuk kaedah seperti dinyatakan (terdapat byk lagi cara untuk diterangkan). dan terdapat kebaikan dan kekurangan nya. secara peribadinya.. aku rasa lebih baik beli di malaysia sebab untuk jangka waktu yang panjang kita lagi jimat dari beli di UK kerana kita masih ada cash di asb yang boleh digunakan bila keadaan mendesak.. dan instalment dibantu oleh dividen ASB..

kekurangan:-

jika beli kereta di malaysia – kita perlu membayar instalment menggunakan duit sendiri, dan jumlah ni agak banyak.. susut nilai kereta yang dijangka tinggi.. loan kenderaan akan menyebabkan DSR kita tinggi (komitment) dan akan mengurangkan potensi untuk buat loan lain seperti rumah dan lain2..

jika beli kereta di UK, cost turun naik pound perlu diperhatikan.. kalau RM lemah.. akan beri kesan kepada pembelian kenderaan, perlu melalui process yang agak panjang dan perlu keluar duit untuk membayar agent.. susut nilai kenderaan yang tinggi.. insuran di UK sgt2 mahal… tak usah cerita nak repair.. kekadang tak berbaloi nak repair terus kene scrap (lupus).. reality harga kereta di UK murah.. tp cost pemilikannya sangat tinggi.. beza beli kereta di malaysia untuk sesetengah model sangat kecik.. almost sama je cost yg perlu di bayar jika teknik pasif income ini di jalankan..

kelebihan:-

jika beli kereta di malaysia:- boleh dapat millage yang rendah (kene check betul2, sebab byk kes used car ubah bacaan meter), harga adakalanya lagi murah dari UK (terutamanya kenderaan dari jepun), boleh buat loan so cash tak perlu keluar byk. cash boleh simpan di dalam unit amanah seperti ASB.TH untuk mendapatkan pasif income. bg aku, cash adalah raja dizaman yang mencabar ini bukannya kereta…

jika beli kereta di UK:- tak perlu byr instalment (sebab byr cash tiada hutang), dapat guna setahun di UK untuk jalan2… adakalanya dapat kereta yg murah dan keadaan kereta yang sgt2 OK… kalau nak murah boleh beli kereta dissel… tp bunyi engin agak kuat.. komitment loan rendah, mudah buat loan rumah…

note:- bercerita berdasarkan pengalaman membawa balik merc C class pada bulan 2,2015 yang lepas.. tp bukan C180 tp C280… dalam post ini aku cerita pasal cost untuk bawa C class C180 dimana harganya lebih murah dan ramai yang bawa masuk model ini ke malaysia..

pentafsiran samaada berbaloi atau tidak bergantung kepada pandangan dan keselesaan individu kerana pentafsiran setiap individu adalah berbeza.. tiada betul atau salah dalam mentafsirnya, berkongsilah tafsiran anda untuk dibincangkan secara ilmiah…..tepuk dada tanya selera…

sekian

Ruzaini

Random Posts

10 Comments »

  • Hazim Ikhwan says:

    salam,

    nak komen bab perbandingan cash dalam tangan selepas 7 tahun iaitu RM113,612.50 atau Rm35,000. saya rasa ini tak mengambil kira bayaran installment yang telah dibuat selama 7 tahun yang berjumlah RM81,406.08. Jika ambil kira bayaran installment ni, kalau beli kereta di UK tidak perlu bayar installment berjumlah RM81,406.08 selama 7 tahun.

    sebagai contoh, jika beli kereta cash di UK, maka tak perlu dah bayar installment. untuk memudahkan pengiraan, contoh kita menabung RMRM969.19 sebulan (installment kereta selepas tolak dividen ASB), dalam tempoh 7 tahun, kita akan dapat cash RM81,406.08 dalam tangan (hasil menabung yang juga boleh dimasukkan kedalam ASB setiap bulan). So, jika dikira-kira balik, jika menabung selama 7 tahun tambah RM35,000 nilai kereta selepas 7 tahun, jumlah cash dalam tangan adalah RM116,406.08, lagi banyak dari cash dalam tangan jika beli kereta di malaysia iaitu RM113,612.50 dan bezanya adalah RM2,793.58 (hampir RM2800 iaitu sama dengan beza cost beli kereta di UK dan Malaysia) yang mana itu yang tuan tulis beza kost hanya RM2800 jika beli di Malaysia.

  • m.ruzaini.h says:

    hazim :-

    terima kasih kerana bagi comment yang membina.. saya setuju dengan hazim.. saya tidak mengambil kira jika beli cash di UK dan menyimpan amount instalment yang sama di ASB.. jika itu diambil kira.. maka akan ada perubahan yg ketara dalam cash value.. saya telah update tp tak berapa details kerana kengkangan masa utk menulis balik secara details..

    cuma yang beza adalah.. beli Di Uk perlukan cash yang banyak dan duit tu terikat di kereta dimana kereta akan menyebabkan susut nilai.. jika di pair kan dgn asb.. akan ambil masa yang panjang utk beroleh untung..

    jika beli dimalaysia. cost permulaan adalah rendah dan cash yang ada dpt dijadikan sebagai fund jika diperlukan..

    apa2 pun.. berbaloi atau tidak bergantung kepada individu..

    sekian
    Ruzaini

  • Mamat says:

    ?????????? ?????????? ?????????? ????
    Nak tanya sikit… saya ada bawa balik kereta Merc cc besar dari UK. Skrg dah 10 tahun+ umur kereta tu. Moratorium dah selesai so boleh dijual. Tapi betul ke used car dealer ambil harga murah saja? Separuh dari harga kereta local yg sama…

  • Munirah says:

    Salam, terima kasih atas penjelasan yang simple dan jelas. Saya nak tumpang tanya, masa bawak balik kereta tu, di mana nak dapat info pasal berapa harga cukai yang dikenakan di Malaysia nanti?

  • m.ruzaini.h says:

    Munirah:

    dari kastam..

    thanks

  • m.ruzaini.h says:

    mamat,

    sepatutnya tiada masaalah. dealer saja nak ambil untung besar.

    thanks

  • Tasneem says:

    Assalamualaikum.

    Nak tanya kalau nak bawa balik kete tu kena ada lesen uk ke? Kalau betul nak lesen uk, agak2 lesen provisional je pun dia terima ke x? Terima kasih.

  • m.ruzaini.h says:

    tasneem,

    lesen yang sah digunakan di UK..

    tq

  • Adam Ilyas says:

    Assalamualaikum, saya bercadang untuk bawa pulang kereta dari UK. Harga kereta dalam £230,000. CC enjin kereta 6300CC. Ikut pelepasan cukai kastam, rasa-rasanye berbaloi tak untuk bawa pulang kereta ni dari UK? Kalau beli di Malaysia, harga kereta yang sama dlm RM 2,200,000.00 (kereta spec sama, recon dari UK). Kastam ada limitkan harga/spec kereta untuk dapatkan pelepasan cukai kastam melalui Student AP tak?

    Buatan : Ferrari
    Model : F12 Berlinetta
    Tahun dibuat : 2015
    CC kereta : 6300CC
    BHP : 730
    Enjin : Petrol (Unleaded)

    Satu lagi persoalan, untuk dapatkan pelepasan cukai, kereta mesti didaftarkan 9 bulan lebih awal dari tarikh tamat belajar kan? Maaf untuk banyak soalan. Minta sedikit pencerahan saudara Ruzaini berkenaan persoalan ini.

    Thanks.

  • m.ruzaini.h says:

    Adam ilyas:-

    saya tak berapa tahu.. mohon tanya pihak kastam untuk anggaran tax..
    student ap pun kene tax.. takder istilah pelepasan cukai.. harap maklum..

    Thanks
    Ruzaini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.