Kemeriahan ramadhan di perantauan – berbuka beramai2
Salam,
sekarang dah masuk 10 hari terakhir bulan ramadhan… sekejap je masa berlalu walaupun kami disini berpuasa 19 jam sehari.. sebenarnya tak la susah sgt puasa lama2 ni.. tak berpeluh sangat.. sebab cuaca kot…
selain dari berpuasa, berterwaikh dan bersahur.. satu yang menarik bila kita diperantauan ni adalah semangat kejiranan yang tinggi.. setiap minggu ada je mendapat juadah berbuka free atau jemputan berbuka dari jiran tetangga.. budaya yang sehat ini mungkin disebabkan hanya kami sahaja yang ada disini tanpa sanak saudara.. maka secara jujurnya boleh saya katakan masyarakat disni boleh dikatakan rapat antara satu sama lain.. lebih kurang adik beradik kot…
last week aku menjemput beberapa keluarga datang berbuka puasa dirumah.. aku dan nana masak kari ayam, sayur goreng kubis ala mamak, sambal belacan dan juga telur dadar… dan tidak lupa juga kegemaran nana iaitu puding yorkshire.. sedap oo puding ni.. and senang nak masak… family yg dijemput pula membawa potluck masing2.. ada bawa ikan bakar, ayam goreng, kuih, pulut hitam dan lain2.. itu concept dkt sini.. membawa potluck jika ada majlis di rumah orang… sgt2 best dan meriah… tp sayang tak boleh jemput semua family di darnall ni disebabkan kengkangan masa dan rumah yang agak kecik…
ingat nak upload gambar.. tp terlupa pulak nak ambil gambar.. apa2 pun.. memory ini akan tersemat di ingatan sepanjang hayat…
sekian
Ruzaini