Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » cerita aku

2nd Ramadhan di perantauan (sheffield,UK)

Submitted by m.ruzaini.h on June 25, 2015 – 5:33 pmOne Comment

Salam,

Hari ni hari ke 8 kami sekeluarga berpuasa di Perantauan.. dan tahun ini juga adalah tahun ke 2 kami berbuka ber 4 sahaja.. terasa rindu dengan suasana berbuka di malaysia..

aku ni bukan jenis nak membeli sgt di bazar ramadhan jika di malaysia.. kalau pergi pun aku hanya membeli air tebu dan murtabak sahaja… lebih selesa memasak.. tp time bujang aku beli je.. takder masa nak masak… cuma lepas bekeluarga ni lebih senang makan makanan yang dimasak dirumah.. simple pun takpe…

10413431_10206124328843969_5668458158918656213_nhomemade soya

Berpuasa 19 jam

Kalau berpuasa di UK ni.. lain sikit ceritanya.. puasanya lebih panjang iaitu lebih kurang 19 jam berpuasa.. lama kan.. ini disebabkan waktu siangnya yang lebih panjang maklumlah.. sekarang ni musim panas.. jam 9.30 malam baru matahari terbenam… kul 4 pagi pulak dah cerah.. walaupun 19 jam berpuasa.. tp penatnya kurang sikit jika dibandingkan dengan dimalaysia.. mungkin kerana suhunya tidak la panas sgt.. lebih kurang 20 degree.. org kata.. just nice and tidak berpeluh byk.. utk bertahan 19 jam ni.. dicadangkan agar bersahur sedikit sebagai alas perut.. Insyallah akan mampu berpuasa dengan jayanya tanpa ada keluhan..

11221804_10206151056752150_3057390976209101163_oberniaga di bazar ramadhan sheffield (dari kiri zul,fiza,nana,zaini) + twins

Berbuka puasa & bazar ramadhan

Aku dan nana berbuka benda yg simple je.. cthnya.. jika hari ni aku masak kari ikan.. aku akan masak untuk quantiti yg boleh makan untuk 2 hari.. so, untuk juadah berbuka esoknya.. aku masak ayam masak merah pulak.. maka secara automatiknya pada hari ke 2 berpuasa aku ada 2 juadah berbuka, iaitu kari ikan dan juga ayam masak merah… kan senang.. lagipun makanan yg lebih boleh simpan dalam peti ais.. dan disamping itu juga secara kebiasaannya waktu berbuka ni aku sediakan benda yang wajib ada iaitu ayam goreng bersalut tepung.. memang terbaik.. aku dan nana memang penggemar ayam goreng.. sebijik macam upin dan ipin punya kegemaran… kami berdua ni secara kesimpulannya tak la cerewet untuk makan.. yg penting ada rasa and perut boleh terima.. untuk twins pulak.. hari2 tak pose.. kan kecik lagi.. buat apa nak pose.. depa layan susu dan nasi bersup je.. asyraf ni cerewet sikit bab makan.. aisyah lain pulak halnya.. tak byk ragam dalam pemilihan makanan…

perkara yang paling lain dari suasana di malaysi adalah bazar ramdhan nya… di malaysia bazarnya sangat2 lah meriah.. rasanya beratus2 bazar ramadhan yang tumbuh bagai cendawan.. dan pengunjungnya sgt2 la ramai.. ada yang mahal and ada yang murah.. pembeli boleh memilih… mungkin ramai diantara kita sewaktu berada di malaysia tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak juadah berbuka atau sekadar membeli untuk kepelbagaikan juadah dirumah.. apa2 pun.. tepuk dada tanya selera.. just jgn la membazir sangat…

last week 1st time berniaga dan membeli di bazar ramadhan di sheffield UK.. memang terbaik.. ada 13 kedai dan crowd yang best… ada ayam percik, soya, nasi kerabu, nasi tomato, nasi lemak dan lain2.. aku dan nana saja suka2 menceburkan diri dalam perniagaan bazar ramadhan ni.. walaupun hanya 2 kali sepanjang ramadhan ni.. rasanya cukup bermakna.. by the way.. kami jual soya dan nasi lemak ayam berempah.. akhir kata berkenaan dengan bazar ramadhan.. sapo kata Uk takdok bazar ramadhan..

11329934_10206124329403983_7485654488109716047_nkari ikan seabass (resepi turun temurun)

Berterawikh

Terawikh disini bermula jam 11.15mlm selepas solat isyak jam 11 mlm.. aku selalunya solat 8 rakaat je yang selalunya akan abis jam 11.40mlm.. dalam 12.30pagi abis kalau nak solat 20 rakaat… yang menariknya solat terawikh disini adalah gaya pembacaannya yang best dan lancar dan cepat…

index

jom layan picture lain2

Random Posts

One Comment »

  • sharmien says:

    selamat menjalani ibadah puasa di perantauan. cuaca malaysia lebih panas dan sungguh menggamit kesabaran walaupun tempohnya tidak la selama di UK.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.