Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pelaburan / investment, Pengurusan Kewangan, cerita aku

Permata yang terbenam di dalam pinjaman Amanah saham bumiputra (loan ASB)

Submitted by m.ruzaini.h on February 6, 2015 – 3:40 pm33 Comments

Salam,

Jika anda mengikuti story saya dan kiraan saya dalam blog ini berkenaan dengan ASB.. anda akan sedar bahawa dengan pinjaman loan ASB anda akan dapat beberapa perkara lain selain dari Dividen dan bonus kan..

antara pulangan yang kita dapat jika membuat pinjaman asb ini atau Loan ASB adalah

  1. Dividen dan bonus
  2. Principle paid
  3. Insuran yang tidak digunakan (jika terminate asb awal)

kali ni aku nak cerita sikit berkenaan dengan principle paid ni.. jika anda buat

  • loan ASB islamic CIMB tanpa takaful = RM200,000
  • monthly installment = RM1104.41
  • tempoh = 30 tahun

Duit Installment sebanyak RM1104.41 akan diguna untuk bayar bank.. dan juga akan bayar duit pinjaman pokok kita.

boleh tgk dalam gambar dibawah, dimana column principle adalah untuk membayar pinjaman kita..

manakala column interest adalah sebagai upah kepada bank..

pada awal tempoh pinjaman, interest kepada bank adalah tinggi dan akan berkurangan over time manakali principle akan meningkat over time.. boleh rujuk jadual dibawah untuk kefahaman.

12

Menarikkan.. Dividen dan bnus dapat.. principle pun dapat.. tp kene ingat.. setiap bulan januari kita akan pergi ke pejabat pos atau bank untuk kemas kini akaun ASB untuk tahu dividen dan bonusnya.. tp itu je yg akan terpapar dalam buku ASB kita.. value dividen and Bonus.. so mana kita nak ambil duit principle kita sebenarnya..

Principle paid HANYA akan ada dapat bila anda terminate loan ASB anda… dimana kiraan principle ni adalah Principle paid = jumlah loan – baki loan… selagi anda tak terminate loan ini, maka anda tidak akan peroleh principle paid ini.. maka ini yang saya kata permata yang terbenam..

dibawah ni jumlah permata yang tebenam dari sebahagian loan ASB saya.. ini adalah kiraan yang sebenar.. loan ASB ni dibuat diantara tahun 2010 – 2013…

saya ada lebih dari 6 sijil (sijil proxy tak termasuk-total 1.2juta)… dibawah ini saya sertakan 6 sijil sahaja untuk panduan semua..

dari principle sahaja saya dapat ROI 29% setahun atau lebih dari RM8000 setiap tahun.. banyak bukan.. jumlah ni akan meningkat dari bulan ke bulan..

  • Jumlah pinjaman = RM 408,000.00
  • Baki pinjaman sehingga disember 2014 = RM389,001.59
  • jumlah installment sebulan = RM2471.00
  • jumlah minimum principle paid sebulan untuk tahun 2015 adalah RM713.58

jika kita terminate loan ini pada hujunh tahun atau awal tahun 2016.. maka jumlah yg kita akan dapat adalah

  • Dividen 2015 = RM30,600
  • principle paid tahun 2015 = RM8562.96
  • Principle paid dari awal akaun dibuka sehingga tahun 2014 = RM18,998.41

so jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM58,161.37 .. boleh tahan.. not bad..

kesimpulan :- Permata yang terbenam didalam Loan ASB adalah principle paid… nak gali.. tapi masih syok tgk permata ni terbenam bersinar dari jauh.. hahaha.. layan selagi yang mampu..lagi lama permata ni terbenam.. lagi rugi kita.. coz kita tak dapat utilize duit ni sebab duit ni bank yang pegang tanpa ada hasil kepada kita.. itu yg wujudnya teknik terminate selepas beberapa tahun untuk utilize potensi LASB ni..

we

Random Posts

33 Comments »

  • myvitrd says:

    Memang tepat kiraaan tuan.. sebab tu dicadangkan setiap 2 tahun kita termnate supaya duit tak tidur.. hehehe

  • m.ruzaini.h says:

    myvitrd..

    kalau ambil insuran, untuk terminate setiap 2 tahun agak tak praktikal lebih2 lagi kepada yg dah berumur..
    tp kalau tak ambil insuran.. boleh terminate antara 2-5 tahun..

    Tq

  • rusli says:

    salam..nk tye…kalo kita terminate loasb ni dlm setahun pun da ade untung kan??

  • m.ruzaini.h says:

    rusli:-

    bergantung kepada baki pinjaman dan juga baki insuran..

    Tq

  • sharmien says:

    saya dulu pernah juga mempunyai loan asb ini. bila sertai program aziz cfp, beliau cadangkan untuk terminate sebab isu kecairan wang.
    ada juga berpendapat loan asb ini adalah salah satu proses untuk mendidik menabung.

  • dhia says:

    cadangan tuan,,,elok terminate setahun ke 2 tahun? ^^

  • m.ruzaini.h says:

    dhia..

    3 ke 5 tahun

  • nuriha says:

    Salam,

    Saya agak sangsi berkenaan mengambil pinjaman untuk ASB.
    Mengikut kiraan tuan, tuan akan dapat RM58161.37 penghujung 2016 selepas beberapa tahun.

    Saya membuat kiraan, sekiranya tidak mengambil loan utk ASB, sebaliknya simpan RM2471 sebulan (jumlah installment setiap bulan itu) terus ke akaun ASB selama tiga tahun, pulangannya lebih banyak iaitu RM102001., jadual di bawah dengan pengiraan dividen 7% setahun.

    Simpan RM2471 setiap bulan untuk tiga tahun
    Simpan RM2471 setiap bulan untuk tiga tahun, dividen 7% setahun.

    Simpanan 7% Dividen Jumlah(simpanan + 7% bonus)
    Tahun pertama 29652.00 2075.64 31727.64
    Tahun kedua 61379.64 4296.57 65676.21
    Tahun ketiga 95328.21 6672.98 102001.19

  • m.ruzaini.h says:

    nuriha..

    terima kasih kerana melawat blog saya…

    bg menjawab pertanyaan saudari.. saudari buat kesilapan dari segi pengiraan dividen.. coz pada tahun pertama dividen yang diperolehi adalah sebanyak RM951.34 bukannya RM2075.. coz saudari masuk setiap bulan.. mana boleh dapat divident penuh 7%..

    kiraan yang sebenar adalah

    Tahun pertama 29652.00 951.34 28132.34
    Tahun kedua 57784.34 3093.57 60877.90
    Tahun ketiga 90529.90 5385.76 95915.66

    jika lihat.. kiraan saudari adalah 102001.19 tetapi nilai sebenar adalah RM95915.66 disini dah beza 6085.53.. agak banyak.. saudari boleh mendalami kiraan prorate atau kiraan bulanan atas baki terendah.. lepas tu saudari akan tahu kiraan yang sebenarmya..

    ********************************************************

    dalam article ini saya cerita mengenai kiraan untuk principle sahaja.. ini tidak termasuk duit baki insuran dan juga untuk dividen.. tp untuk menjawab persoalan saudari saya kirakan untuk dividen juga..

    jika anda buat loan sebanyak RM460k dengan bayaran bulanan sebanyak RM2471.. dimana dividen adalah 7%.. selepas 3 tahun anda akan mendapat RM 563,519.78(termasuk jumlah loan).. maka setelah ditolak loan bersih adalah sebanyak RM103519.78
    dan jika dicampur dengan principle sebanyak RM 22,000… maka jumlah keseluruhan adalah RM 125,519.78..

    self saving vs loan asb

    self saving = RM 95,915.66
    loan asb = RM 125,519.78
    beza = RM 29,604.12

    so boleh nilaikannya sendiri..

    sekian

  • nuriha says:

    Salam,

    Terima kasih menjawab soalan saya.

    Dalam pengiraan loan ASB Encik, tidak dimasukkkan interest yang dibayar ke bank selama tiga tahun,

    Jumlah bayaran utk 3 tahun : RM2471 sebulan = RM88956
    Mengikut kiraan Encik di atas : principle paid selepas 3 tahun = RM 22000
    Oleh itu, interest dibayar ke bank = RM88956 – RM22000, iaitu sebanyak RM66956 utk tiga tahun.

    Jumlah untung bersih dari loan ASB selepas tiga tahun ialah untung ASB RM103519.78 + principle paid RM22000 – Interest RM66956, iaitu sebanyak RM58563.78.

    Di antara kebaikan lain self-saving ialah ‘peace of mind’ :)

  • m.ruzaini.h says:

    Nuriha:-

    terima kasih atas feedback.. mungkin ada silap faham sikit tentang pemahaman awak mengenai ROI… sy advice awak jumpa mana2 yang mahir tentang calculation ROI dalam ASB ni.. face to face… sebab ianya adalah cara terbaik untuk pemahaman… org dulu2 kata.. pelajaran yang terbaik adalah berjumpa cikgu selepas kita membaca buku untuk lebih memahami… insyallah akan lebih cerah..

    sekian
    Ruzaini

  • mazlan says:

    Salam dr Malaysia.

    Tuan sy tertarik dengan blog tuan yg banyak berkongsi tentang loan ASB spt d atas. tuan ada juga bercerita serba sedikit mengenai property.

    Di sini sy ingin bertanya adakah calculation ini terpakai pada housing loan?

    Spt yg kita tau pinjaman perumahan juga memberi pecahan Principle dan Interest. Adakah kita boleh dapat balik keuntungan dari Principle, jika kita terminate/refinance ataupun menyelesaikan pinjaman lebih awal?

    Adakah tertapat perbezaan pengiraan ASB loan dan Housing Loan?

    Trima Kasih.
    Mazlan

  • m.ruzaini.h says:

    mazlan:-

    housing loan sama kiraannya dengan asb loan…

    sebab tu akan dapat principle balik selepas kita terminate loan rumah atau loan asb (bergantung kepada jumlah loan dan principle yg telah dibayar)

    Tq

  • Abu Suhail says:

    Salam Tuan,

    Bagaimana nak kira bayaran Interest & Principle based on ASB Loan RM100,000 dibuat bermula Aug 2014?

    Juga kalau Tuan boleh kongsikan sekiranya ada apa-apa kesan negatif kalau kita terminate Loan ni spt kelayakan utk buat Loan ASB seterusnya, credit rating etc?

    Jazakallahu khair. Tq Tuan!

  • m.ruzaini.h says:

    abu suhail:-

    Kiraan principle dan interest boleh guna amortization calculator.. boleh search dekat internet..

    kalau terminate tak ada kesan apa2..

    Tq

  • Rosman says:

    Tuan,

    Boleh buat loan asb tanpa takaful ke? Bank bagi ke? bukan insuran tu wajib? saya pun baru tau ni.. hujung bulan ni nak apply 200k untuk wife pulak.. kalau takde insuran, cepat sikit dapat terminate..

  • Abu Suhail says:

    JZKK Tuan,

    Mohon bertanya lg, bila sy buat ASB Loan RM100,000 kenapa dlm surat bank ada tulis “Bank Sale’s Price = RM300,000++ sedangkan, kalau based on Maybank Islamic Profit Rate skrg 5.25% utk 25 tahun, total payable baru RM185,000++.

    Maaf le byk bertanye. Terima kasih atas pencerahan.

  • m.ruzaini.h says:

    Rosman,

    Boleh tanpa insuran atau boleh ambil insuran untuk 5 tahun ke.. bergantung kepad aperancangan tuan..

    Tq

  • m.ruzaini.h says:

    abu suhail:-

    bank kira berdasarkan kadar maksimum profit.. +-10%.. itu cap dia untuk islamic loan…

    kadar profit bank bergantung kepada kadar yg telah ditetapkan oleh bank negara..

    Tq

  • Abu Suhail says:

    Jzkk Tuan,

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!

  • m.ruzaini.h says:

    Abu suhail:-

    Selamat hari raya.. :)

    RUzaini

  • man says:

    akum..saya ada buat loan 200k cimb tiap2 bulan saya bayar 1219
    interest 870 principal 347..adakah asaya akan dpt balik 347 setelah
    terminate start loan may 2013

  • m.ruzaini.h says:

    man:-

    Betul tu.. duit principle akan kita dapat balik setelah kita tamatkan loan asb kita..

    Tq

  • mail says:

    salam en ruzaini,

    sy ade soalan nak tny, mase terminate loan ASB, yang kita dpt balik adelah
    1) principle paid
    2) total baki akaun(dividen + loan) – baki loan.

    betul ke?

    TQVM

  • m.ruzaini.h says:

    mail:-

    salam en ruzaini,

    sy ade soalan nak tny, mase terminate loan ASB, yang kita dpt balik adelah
    1) principle paid – Betul
    2) total baki akaun(dividen + loan) – baki loan -sy kurang jelas kiraan tuan tp sy rasa lebih kepada salah..

  • Muhamad Faizal says:

    Assalam En Ruzaini,

    saya sangat berminat dgn perangcangan kewangan tuan. Mohon tuan email saya kalau ada masa. saya nak mohon tunjuk ajar skit kalau tak keberatan.

    sekianm, terima kasih

  • kamal says:

    Tuan…berapa lama biasanya bank mengambil masa utk terminate loan asb kita.Saya dah buat pmohonan terminate loan asb maybank pd awal january 2016..tp hingga sekarang 18 april 2016 loan asb saya blm diterminate oleh pihak maybank dgn pelbagai alasan yg diberikan.Saya terpaksa membayar utk bln may 2016 dan bulan2 seterusnya.Saya mengambil keputusan utk mbayar shingga april 2016 sahaja.Adakah tindakan pihak maybank melewatkan terminate asb loan merugikan saya dari segi pulangan balik principle…mohon pandangan pihak tuan.terima kasih..

  • m.ruzaini.h says:

    Kamal,
    tak rugi pun.. sebab dividen still dikira.. n principle pun stil dapat selagi loan tak ditamatkan lagi..

    kene followup dgn bank utk tamatkan loan ni..

    thanks

  • Syafiqah says:

    Salam. Sy nk tnye pdapat encik. Sy tkot nk amek loan asb besar mcm 100k sbb tkot xleh lepas loan umah. Dan bg pendapat tuan, lagi bagus amek 1sijil 100k ataupun beli 1sijil 70k 1 sijil 30k? Klau boleh, sy teringin nk blaja lg osl teknik asb loan ni. Tq

  • m.ruzaini.h says:

    Syafiqah..

    cuba tanya diri sendiri.. bila nak beli rumah.. kalau lagi 2 tahun.. buat je loan semaksima yang mungkin.. kalau nak beli rumah bulan depan.. beli rumah dulu baru apply loan asb..

    itu je advise saya coz loan asb akan dikira sebagai komitment..

    thanks

  • salwa says:

    Salam..
    Saye salwa..untuk plan asb loan yg diatas..tuan gune rolling atau compounding? Pengiraan dividen rm30600 tu..gune teknik yg mane?

  • mimi says:

    assalam. saya nak tanye. kalau saya amik asb loan 20k utk 10 tahun. tahun yg ke berapa sy boleh terminate ye? dan aritu sy terbayar kat direct principial. mcm mana tu? boleh cancel ke? ??????????????????????

  • m.ruzaini.h says:

    mimi:-

    bila2 masa yang cik rasa hendak terminate.. ikut basic financial.. biar lama lagi bagus.. tp jika ikut pengiraan roi.. antara 3-5 tahun boleh terminate and apply balik..
    kalau dah terbayar ke principle.. boleh tanya pihak bank samaada boleh reverse balik ke tak..

    thanks
    Ruzaini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.