Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB

Ebook Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Submitted by m.ruzaini.h on January 22, 2015 – 10:04 amOne Comment

Salam,

Dulu aku pernah bercita2 nak buat ebook berkenaan dengan ASB ni.. tp takder masa and sebab yang paling tepat adalah aku ni malas nak tulis.. hahahahha…

terdapat berbagai2 ebook berkenaan dengan ASB ni dekat pasaran.. ada yang serendah Rm5 hinggalah lebih dari Rm100.. persoalan yang ingin diutarakan.. adakah berbaloi untuk membeli ebook2 itu.. bagi aku sekiranya ianya adalah bahan ilmu.. ianya amat berbaloi.. tetapi harga dan kualiti isi ebook itu mestilah selari..

secara asasnya.. ASB adalah satu amanah saham yang memberi pulangan yang agak menarik iaitu 7.5% secara puratanya.. mungkin kepada sesetengah orang pulangan 7.5% setahun ini agak rendah.. tp jika diambil kisah berkenaan dengan risikonya.. maka ASb ni adalah yang terbaik dari kalangan amanah2 saham yang belambak di dalam pasaran.. lagi pun ianya hanya dikhaskan kepada bumiputra..

meh sini aku cuba share ‘EBOOK’ ringkas  untuk semua orang manfaatkannya..

perbezaan Self saving VS loan ASB

self saving anda hanya akan dapat dividen dan bonus tahunan sebanyak 7.5% + 1% (2014)

jika anda buat loan asb.. pulangan anda akan melebihi 15% hingga 40% dimana perkara2 dibawah ini yang anda akan dapat

  1. duit dividen dan Bonus ASB
  2. duit Principle paid yang akan dipulangkan oleh pihak bank setelah anda terminate loan anda
  3. perlindungan Takaful
  4. duit lebihan bayaran takaful yg tidak digunakan setelah anda terminate loan anda.

jika dapat anda perhatikan.. kelebihan loan ASB melebihi self saving… tp diatas ni hanya dapat dibuktikan dengan pengiraan secara teknikal yang kita akan belajar dalam ebook ringkas ini.. so teruskan pembacaan anda dan tunggu saya siapkan ebook ini secara berperingkat2..

    pengenalan ASB:-
    Amanah saham bumiputra (ASB) telah dilancarkan pada tahun 1990 oleh mantan perdana menteri kita Dr mahathir.. ianya ditubuhkan sejajar hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan saham oleh bumiputra dan ianya adalah satu agenda dalam dasar ekonomi baru untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat bumiputra..

    sejarah dividen dan bonus ASB

    Jika diperhatikan kadar dividen sejak penubuhannya hingga sekarang.. kita boleh ambil kadar 7.5% sebagai benchmarking kita untuk kita guna sebagai rujukan untuk anggaran berapa Dividen yang kita akan perolehi pada tahun hadapan.

    sejarah dividen asb

    Adakah Membuat pinjaman amanah saham bumiputra merugikan:

    Persoalan mengenai perkara ini sering diutarakan oleh pembaca blog ini kepada saya samaada menerusi email atau pun ruanggan komen..

    untung atau rugi  jika anda ingin meminjam duit dari pihak bank untuk membuat pelaburan perlu dilihat dari segi pulangan, tempoh masa yang diperlukan dan juga kepada risiko.

    sebagai contoh, jika anda meminjam duit bank untuk membeli sebuah rumah yang anda akan [email protected] untuk menjana keuntunggan.. adakah anda rasa ianya satu perkara yang menguntungkan..

    Mungkin orang lain akan straight kata ianya mesti la untung.. kerana berpendapat bahawa harga rumah takkan turun.. malahan naik.. anda MUNGKIN beruntung sekiranya kawasan itu berada didalam kawasan yang sangat mudah mendapatkan penyewa.. kerana kawasan yang mudah mendapat penyewa selalunya kita akan kata ianya kawasan yang harga rumah sgt mudah untuk naik.. kerana wujudnya permintaan.. tp cost untuk membeli property ni agak tinggi.. kerana ianya melibatkan deposit, cukai, peguam dan lain2..

    aku disini taknak cerita sgt sebenarnya mengenaai property ni.. tp sepanjang penglibatan aku dalam property ni.. aku beroleh keuntungan secara cash flow dan juga peningkatan harga rumah.. oleh kerana untuk membeli rumah ini memerlukan modal yang agak tinggi.. maka eloklah anda bermula dengan pelaburan didalam ASB ni untuk create modal yang diperlukan untuk memiliki sebuah rumah..

    berbalik kepada persoalan adakah membuat pinjaman ASB ni tidak merugikan anda.. aku kata ianya menguntungkan kerana ia menghasilkan pulangan yang agak menarik dengan risiko yang rendah.. ianya dapat dibuktikan dengan pengiraan dengan menggunakan simple math..


    Apa yang anda perlu untuk menjadi seorang yang bijak ASB

    perkara pertama yang perlu anda buat adalah anda mesti buat adalah membuktikan dengan menggunakan mathematik yang loan asb ni sgt menguntungkan jka di banding dengan membuat simpanan sendiri. jika anda malas untuk menekan calculator dan mengira.. maka tidak perlu bertanya kepada saya samaaada buat LASB ni untung atau tidak.. kerana jika saya kata rugi anda akan percaya.. jika saya kata untung anda akan kata tidak percaya pulak.. oleh itu.. jgn hanya jadi pahlawan papan kekunci.. jadilah pahlawan calculator..

    Langkah kedua – Faham kan perbezaan dividen dan bonus ASB

    jika anda hendak jadi pemain ASB yang tegar dan bijak.. anda mesti la tahu macamna nak bezakan diantara dividen dan juga bonus nya..

    kerana kedua2nya adalah berbeza..kerana 7.5%+1% bukan 8.5%.. kerana kiraan kedua2 nya berbeza…

    dividen ASB dikira secara bulanan atas baki terendah untuk 12 bulan.. manakala bonus pula dikira secara bulanan atas baki terendah untuk 120bulan.

    so itu bezanya.. korang mesti tak fahamkan.. heheheh.. so itu yg penting kene buktikan perbezaan ini di atas kertas dengan menggunakan calculator..


    Langkah ke tiga – kiraan dividen dan bonus -latihan tekan tubi.

    mula2 kita cuba kira dividen.. dividen ni dikira secara bulanan atas baki terendah bulanan..

    bercerita tentang baki terendah bulanan ni.. korang tau tak apa benda ni.. korang wajib tahu tentang perkara ni.. sebab kebanyakan dividen seperti tabung haji dikira atas baki terendah bulanan..

    contoh:-

    januari 2014:- baki dari bulan disember adalah Rm1000.. dan tiada duit masuk atau keluar… so baki terendah adalah RM1000..

    febuari 2014:- baki dari bulan 1 adalah Rm1000.. tapi ada pengeluaran sebanyak RM400… so baki terendah adalah RM600

    march 2014:- baki dari bulan 2 adalah Rm600.. ada kemasukkan duit sebanyak RM1000.. maka baki bulan 3 adalah RM1600.. so disini baki terendah dalam bulan 3 adalah RM600 walaupun baki bulan 3 adalah RM1600..

    kes study yg aku bg untuk ke tiga2 bulan ni adalah penjelasan mengenai baki terendah..cuba korang buat kira2 dengan jumlah2 yang lain..



    stop kejap.. nanti aku sambung..


    Random Posts

    One Comment »

    Leave a comment!

    Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

    Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

    You can use these tags:
    <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.