Tiada Lagi Aku
Tiada Lagi Aku
Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani
Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan
Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah
Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua
Oh… biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati…..
salam..
tgh2 study tadi.. terdengar lagu ni kat laptop aku.. memang ini lagu cinta.. tapi sekiranya diteliti rangkap2 lagu ni.. ada yg menarik untuk direnungkan..
Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah
aku tertanya pada diri aku sendiri… adakah dgn kejayaan dan peluang yang aku dapat ini.. aku akan merasa megah, bongkak atau ego.. entah la.. hanya tuhan yang tahu.. aku berharap aku tidak akan lupa tentang asal usul ku dan tahu menunjukkan sikap merendah diri.. insyallah
Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua
akan tetapi sapa yang akan mengingatkan diri ku agar aku tidak lupa.. kerana semua kejayaan, anugerah, pemberian, tidak akan kekal selama2nya..
dalam doa ku.. aku pohon agar aku diberi petunjuk dan jalan dari NYA..
rdgrs
Ruzaini
12:38am
Fakta : – Lagu ciptaan RustyBlade & Lirik oleh Lukman S
album Semangat Zaman (dinyanyikan semula oleh Yantzen dan Rahim Maarof)