Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Berita

Tiket pulang percuma kepada rakyat Malaysia tinggal lebih masa di UK

Submitted by zaini_uitm82 on October 31, 2008 – 5:24 pmNo Comment
31/10/2008 11:45pm

PUTRAJAYA 31 Okt. – Lebih 30,000 rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di United Kingdom (UK) dinasihatkan segera pulang ke tanah air sebelum kerajaan negara itu mengambil tindakan terhadap mereka terutama apabila UK memperkenalkan peraturan visa baru pada tahun depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, melalui perundingan dua hala, UK memberikan insentif tiket penerbangan sehala percuma untuk menggalakkan rakyat Malaysia pulang dalam tempoh Julai hingga Disember ini.

Beliau berkata, mereka yang pulang melalui program Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) itu kemudian akan disenaraihitam dan dilarang memasuki semula UK sehingga selepas lima tahun.

“Maknanya UK tidak memerlukan lagi rakyat kita yang tinggal melebihi tempoh. Jadi saya harap rakyat kita yang pergi ke negara orang jangan melanggar undang-undang di sana dengan tinggal melebihi tempoh.

“Pada masa ini UK akan membuat penilaian ke atas tawaran tersebut sehingga hujung tahun ini sebelum negara itu membuat sebarang keputusan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kualiti dan jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini malam ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah JPN, Datuk Muhammad Abdul Halim Muhammad.

Mengikut statistik dari Januari hingga Ogos lalu, lebih 250,000 rakyat negara ini berkunjung ke UK manakala seramai 271,000 rakyat UK memasuki Malaysia bagi tempoh yang sama.

Menurut Syed Hamid, kerajaan bimbang sekiranya UK memperkenalkan peraturan visa, ia akan menimbulkan kesulitan kepada mereka yang tinggal melebihi tempoh selain menjejaskan rakyat Malaysia lain yang ingin ke negara tersebut.

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.