Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengurusan Kewangan, bab:- perjalanan ke UK, cerita aku

Bab 2:- Perjalanan hidupku ke Sheffield,united kingdom – Hutang-Hutang Di malaysia

Submitted by m.ruzaini.h on September 6, 2014 – 8:54 pmNo Comment

Salam,

Bila kita hendak stay di luar negara dalam jangka masa yang panjang seperti sambung belajar atau bekerja.. mesti akan ada persoalan, apa yang aku nak buat dengan hutang2 dimalaysia.. takkkan nak biar je kan.. hutang adalah hutang.. wajib kita bayar… contoh2 hutang yang selalu kita adalah seperti:-

  1. Hutang kereta
  2. Hutang rumah
  3. Hutang belajar (PTPTN,MARA,etc)
  4. Hutang kad kredit
  5. Hutang personal loan

berdasarkan pengalamann saya dalam menangani hutang2 ini adalah

1) Hutang kereta

* aku ada 2 kereta, 1 kereta aku (wira 2002), satu lagi kereta wife (saga blm 2009).. syukur alhamdullilah wira lama aku ni dah 3 tahun lebih abis bayar.. so lepas satu beban… tinggal 1 lagi hutang saga blm nana… apa yang aku buat adalah aku full settlement kereta ni kerana kalau tak full settlement kereta ni .. interest akan naik 10%.. sebabnya kereta ni nana beli guna staf loan dan interestnya sgt rendah.. so lepas berenti kerja maka benefit ni ditarik balik sertamerta dan interst naik ke 10%.. nak taknak kene settle…

*persoalanya.. mana aku dapat duit untuk full settlement tu (jumlah agak byk).. ini kerana aku hidup dibawah kemampuan yang sebenar.. kiranya kalau aku ada RM100.. aku belanja hanya RM50.. selebihnya simpan..bukan kedekut.. tp diawal hidup bekerjaya ni kita kenea berjimat sedikit.. lama2 nanti br boleh menikmati hidup keduniaan yang sementara ni. dengan hasil simpanan selama bekerja dapat aku settlekan hutang ni… nasihat aku kepada graduan2 yang baru grad tu.. usahlah beli kereta lebih dari harga 25k… rugi hangpa nanti… beli je yang 2nd hand.. buang stigma kata kereta 2nd hand ni byk masaalah dan jatuh saham… byk je kereta 2nd hand yang berkualiti diluar tu… penjimatan yang anda dapat dari menahan diri beli kereta lebih dari 25k ni.. maka anda dapat menyimpan dengan lebih lagi.. pernah dgr orang kaya makin kaya.. org miskin makin miskin.. dan sesungguhnya org kaya tu tak tentu lahir terus kaya.. mereka berusaha menyimpan, invest.. dan ingatlah.. jika kita pandai menyimpan and invest.. duit tu akan buat kita lebih senang… lepas senang jgn la lupa berzakat dan memberi..

2) hutang Rumah

* kalau nak selesai.. byr je penuh.. tp mana nak cekau duitkan.. aku pun tak mampu nak byr penuh rumah aku dan rumah nana…

*aku bernasib baik sebab rumah pertama aku adalah rumah yg bukan aku duduk.. tp untuk aku invest… nasihat aku kepada bakal graduan.. belilah kereta bawah 25k (jika betul2 kene pakai kereta), dan sebelum beli kereta tu.. beli lah rumah yang boleh disewakan dan boleh dapat positif cash flow lepas tolah instalment yang kita byr dekat bank.. then lepas tu br beli kereta… ini kerana.. jika anda beli rumah dan anda dapat sewa kan rumah tu.. maka hutang anda itu tidak dikira sebagai komitment.. sebab anda dapat cash +ve cash flow lepas sewakan rumah tu.. tp kalau anda beli kereta dulu.. hutang kereta dikira sebagai komitment dan untuk apply loan rumah maka gaji bersih anda akan ditolak hutang kereta dan seterusnya akan menyusahkan permohonan loan rumah anda…

* rumah- rumah aku dan nana aku telah sewakan dan hasilnya sgt memuaskan kerana +ve cash flow yang kami dapat boleh byr instalment hutang aku yg lain…

* atau korang boleh refinance dan lebihan duit tu boleh guna untuk byr instalment..

*atau korang boleh guna akaun 2 KWSP untuk instalment bulanan (mungkin tak sepanjang pengajian, mayb dapat sebahagian je..) – bergantung kepada baki akaun 2 kwsp anda..

3) hutang belajar/personal loan

*hutang belajar mesti la dibayar.. dah sedap pakai.. tak mo byr.. aku cukup meluat dgn mereka2 yang diluar sana yang menyalak tentang ptptn ni… dah berhutang.. byr je.. gaji besar tp nak byr rm50 pun taknak.. pergi masuk lubang jamban lagi bagus.. hutang bawa kemati bro.. jgn main2 dgn hutang ni.. kalau betul2 tak suka..dari awal jgn ambil.. sebelum wujud ptptn dulu.. still boleh je belajar tanpa ptptn.. kalau betul2 tak mampu.. boleh pergi apply zakat.. apply bantuan pelajar termiskin di uni… ni tak.. dpt ptptn beli hp baru.. hampeh sehampehnya… eh melalut aku.. geram sebenarnya…

* hutang belajar aku tu aku byr guna dulu lebihan dari penyewaan rumah2 aku tu.. and baki duit sewa tu aku masuk dalam as1m @ tabung haji..

4) hutang kad kredit

*aku buat balance transfer je.. plan 12 bulan.. hujung bulan ni semua hutang kad kredit settle.. hehehe

itu je kot cara2 aku settlekan hutang-hutang sebelum pergi ke UK ni..

bye

ruzaini

1150790_10201462429309972_2061276085_n

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.