pengumuman dividen ASB 2014/2013
salam,
text yang aku petik dari utusan online:-
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2013 sebanyak 7.70 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.
Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, iaitu peningkatan daripada RM7.99 bilion pada tahun 2012.
Agihan itu akan dimasukkan ke dalam akaun pemegang unit dan mereka boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di kesemua rangkaian ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014. – UTUSAN ONLINE
Dividen ASB 2013/2014 adalah 7.7% dan bonus pulak adalah 1%.. nampaknya anggaran aku yang dividen akan naik adalah salah.. turun la pulak.. jika dibandingkan dengan dividen asb 2012/2013 adalah 7.75% dan bonus adalah 1.15%..
agak pelik, coz kalau tengok amanas saham ASNB yang lain.. semua menunjukkan peningkatan.. tapi dividen asb 2013/2014 ni tunjuk lain pulak.. menurun… mungkin sebab dana asb terlalu besar.. dan agak susah hendak dilaburkan…
apa-apa pun.. aku bersyukur dengan apa yang ada.. next year buka buku baru.. new planning… budget pun kene olah.. coz menanti twin aku lahir kedunia.. Insyallah..
Thanks
Ruzaini
Salam 1 Malaysia,
Bro,
Tumpang conteng jap…. terpikat lah dgn ready credit nie.. boleh jelaskan..
Esok dah boleh updated passbook.
adkabg:-
boleh lihat dalam link ini — http://perjalananku.com/?p=2813
Tq
salam. bukan apa ni bro…orang atas dah makan dulu sebab tu dia agih dividen kecik je kat orang bawah, cuba check rate dividen asb yang astro awani sediakan, rate dividen tahun 1996 dan ke bawah sangat tinggi, lepas tu makin lama makin menurun.
salam..tumpang tanya..dah blh wat kuar ke belum duitr dlm asb?ke msh tutup?
Farah..
Dah boleh keluar bermula 2 januari 2014
Tq
tq so much..
cara kiraaan dividen and bonus http://perjalananku.com/?p=2220
modal asb adalah rm60 billion antara terbesar di malaysia.tp pulangan kpd pelabur cipuut je.keuntungan yg besar mgkn telah digondol oleh pihak2 tertentu. walau bgaimanapun, sila tgk semula polisi asb yg asal iaitu “melatih bumiputera untuk melabur…”(istilah melatih tu kna faham lah kan..dalam [email protected] pelaburan pn xde bgthu bhw pelaburan asb adalah utk “memaksimumkn pertumbuhan atau pulangan…”.pd awal penubuhan dulu pn asb bjnj akan mberi pulangan sekitar 4% shj, jd jika pelabur mdpt pulangan lbh dr 4% mksdnya ia adlh budi bicara PNB…………….
baru belajar:-
Sila rujuk penyata tahunan ASB sebelum membuat ulasan berdasarkan politik kebencian terhadap kerajaan (politiking)..
dan untuk lebih details lagi boleh join mana2 kursus kewangan seperti certified financial planner, islamic financial planner @ belajar theory secara formal..
lepas tu br buat comment berdasarkan fakta dan teknikalnya sekali.. kalau boleh kurangkan rujukan dari malaysiakini,harakah, utusan dan lain2 yg berunsurkan politik kebencian..
Tq