Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » RnR Kitchen, cerita aku

makan lobster di sheffield united kingdom

Submitted by m.ruzaini.h on December 14, 2013 – 6:37 pmNo Comment

Salam,

hari ni aku pergi shopping ikan… yg menariknya aku bukan beli ikan pun tp beli kepala ikan salmon dan aku juga  beli 2 ekor lobster and 1kg udang besar… almaklumla.. tiba2 teringin nak makan lobster (sebenarnya nak try  and nak buat special untuk wife aku).. cina yang jual ikan ni pakai van je… dia akan dtg pada hari sabtu… hari ni faiz and farizal ajak aku pergi beli ikan… orang ajak tumpang.. apo laie.. ikut je la.. aku ni kenderaan takder lagi.. ingat nak beli bulan 1 nanti kereta…

lobster cina ni jual harga dalam 16 pound sekilo… lebih kurang RM70 gak la… mahal.. tp teringin punya pasal.. aku sambar 2 ekor.. besar oooo… belek2 ikan kat bakul tu aku tgk ada kepala salmon.. farizal (exco sukan) kata sedap buat kari.. aku beli 2 kepala.. satu kepala 50 pence je…so tak la mahal sgt… udang sekilo dalam 10 pound.. besar gak la..

1477956_10202209971187474_659124509_n

1507952_10202209970867466_2020480521_n

apa-apa pun.. terima kasih dekat farizal kerana sudi menumpangkan aku… sampai rumah terus sembang dgn nana.. nak masak apa ek.. dah la tak pernah makan(maklumla.. makanan orang kaya), masak apatah lagi.. nak siang pun tak tau..kami search dalam net resepi yang menarik untuk lobster… yang byk adalah resepi lobster panggang butter dengan garlic… sedap gak bila tgk dalam gambar tu..

masaalahnya sekarang, nak siang lobster ni, lepas surf net.. maka aku story sikit cara-cara siang lobster ,tp lebih kepada aku suka2 siang hahaha… cara-caranya adalah seperti berikut..

  1. basuh lobster ni sebersih2nya, buang la lumut2.. korang boleh pakai berus kecik.. jaga sepit dia ek.. jgn sampai terbuka gelang dia tu.. kang kene sepit sakit ooo…
  2. cucuk pisau dekat atas kepala lobster tu (untuk mematikan lobster ni)
  3. aku belah line lurus dekat belah atas lobster tu..
  4. dekat tempat belah tu.. korang masukkan campuran butter dgn bawang putih (blend)- aku tambah cili hijau blend sikit untuk dapatkan rasa pedas..
  5. bakar dalam ketuhar dalam suhu 180 degree selama 15 minit( atau sampai warna lobster tu dah jadi warna merah.

just nak begatau korang la… lobster ni nampak je besar.. tp isi amatlah sikit.. tp sedap rasanya.. lebih2 lagi dekat belah sepit dia… aku pecahkan dgn karate pakai pisau…haha/… apa2 pun.. wife aku nampak selera betul dia makan.. sorang makan separuh bahagian.. adil dan saksama.. hehehe..

layan la ye gambar2 lobster ni..

ruzaini

936640_10202209970387454_208585842_n

601206_10202209970627460_2017842149_nbesar lobster ni… gambar sebelum diarwahkan.. huhuhu

lobLobster dalam oven.. nampak menyelerakan.. hehehe

lob2lobster masak butter + garlic

1477974_10202211509105921_1048220156_nkepala ikan salmon

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.