Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Perjalanan PHD ku, cerita aku

Procedure untuk apply visa Spouse UK (Tier 4 General Dependent partner visa UK) 2013 – Spouse or Dependent

Submitted by m.ruzaini.h on November 7, 2013 – 5:32 am12 Comments

Salam,

sebelum ni aku ada cerita pasal permohonan student visa tier 4 untuk individu… korang boleh check dekat link ni http://perjalananku.com/?p=3104.. hari ni aku nak cerita untuk visa untuk spouse pulak… aku boleh cerita untuk bini je yer.. coz aku takder anak lagi…

STEP 1

basically process dia sama je dengan visa tier 4 untuk students… permohonan spouse ini akan follow permohonan pelajar (aku).. kiranya document aku akan jd main document… document yang perlu topup adalah seperti berikut:-

  1. Sijil nikah ori + salinan
  2. Sijil nikah translation ori + salinan
  3. Bukti kemampuan kewangan untuk support spouse (aku bawak FA je walaupun malaysia diletakkan dibawah low risk country dimana tak perlu submit bukti kewangan)
  4. Pasport 2 (lama dan baru)
  5. TB test ori + salinan
  6. Gambar pasport (UK spec)

STEP 2

  1. bila korang dah sediakan document2 tu… korang kena isi form online dilink ini –> http://www.visa4uk.fco.gov.uk/ApplyNow.aspx
  2. Pilih Kategori ini untuk spouse –>TIER 4 (GENERAL) DEPENDENT PARTNER
  3. Lepas tu korang isi la apa2 yang diarahkan…
  4. bayar yuran process sebanyak USD492.00 (boleh pakai CC atau debit card)
  5. Print form yang telah selesai diisi tadi and lekat gambar pasport bini yang comei tadi.. hehehe

Note:- bila korang nak isi form ni, elok korang ada pasport lama, offer letter, dan lain2..

**********************************************************************************

STEP 3 dan seterusnya aku copy dari post aku yang lepas, coz benda yang sama je…

*********************************************************************************

STEP  3

  1. sila booking slot untuk submit form dekat website ni — click ,
  2. print email appointment details tu…

STEP 4

  1. pada hari appoitment tu, sila datang 30 minit sebelum masanya.. tempatnya dekat tingkat 19, wisma MCA ampang… kalau datang awal sejam pun boleh, tapi guard dekat situ tak bg masuk selagi belum 30 min dari masa sebenar kita… so lepak2 je la dekat sekitar tu..
  2. sila bawak sekeping gambar, doc2 yg telah aku bgtau tadi dan jgn lupa bawak pasport ye…
  3. ambil nombor, dan tunggu sampai anda dipanggil… lepas korang buat submit form tu, korang kene tunggu kejap untuk buat biometrik… dia akan ambil cap jari kita (semua jari) dan juga ambil gambar kita…
  4. ops lupa… time korang submit form tadi, dia akan check cukup atau tidak document kita.. kalau korang punya gambar kene reject.. kroang boleh je ambil gambar dekat situ, ada instant photo book dalam ofis VFS tu.. tp macam mahai je… nak photocopy pun boleh…
  5. VFS juga akan offer untuk notify status visa kita secara SMS dgn charge RM8.. nasihat aku tak yah ambil.. buang masa.. bukan update sgt pun.. buat rugi aku je.. just korang check je dekat website untuk buat tracking…
  6. VFS juga offer untuk priority application yang kononnya akan mempercepatkan permohonan kita… mahai oo… untuk yg nak urgent ok la kot.. macam aku tak perlu pun.. bukan apply time peak… so 5 hari dah siap visa… cepatkan

STEP 5

  1. boleh tracking your permohonan dekat sini –> clicks
  2. application reference number tu korang boleh dapat dari resit yang VFS bagi time dekat kaunter (resit macam resit shopping- panjang berjela)
  3. bila dah siap, dia akan email and korang boleh la collect selepas 2 hari (kalau terus pergi takut tak sampai lagi dari manila)… stage ni korang takkan tau dia tolak atau terima permohonan korang.. bila check pasport real baru u all akan tau..

good luck la ye untuk permohonan visa korang… semoga pasangan kita dapat bersama2 mengharungi pahit dan manis hidup diperantauan… I always love my wife.. :)

sekian

Ruzaini

salam perantau

Random Posts

12 Comments »

  • roza says:

    Assalamualaikum Ruzaini,

    in shaa Allah kalo semuanya bjln lancer akak akan ke UK next two months utk sambung phd. tertarik baca blog ruzaini psl cara nak apply visa ni..akak nak tanye..kan kita kita kena ada login sendiri utk apply visa..habistu kalo kita nak apply utk suami atau anak2 kena buat login utk depa sendiri or bulih tumpang yg kita punya..akak jd pening plak..n bila nak buat appointment utk submit visa application tu perlu buat atas satu nama or secara individu..thanks dik

  • m.ruzaini.h says:

    salam kak roza:-

    alhamdullilah akak akan sambung ke uk… untuk visa.. bila kita isi online untuk visa tu.. setiap orang kene ada email yang berbeza2.. lepas dah isi semua.. akan dapat no siri permohonan…

    guna no siri permohonan tu untuk booking appointment dekat website vfs malaysia.. nanti dalam tu boleh isi sekali untuk dependent punya nama and no siri mereka… so nanti akan dapat booking time serentak.. :)

    moga itu dapat jawab soalan kak roza

    Ruzaini

  • rina says:

    Salam

    In sya ALLAH sy dan keluarga akan ke Uk bulan dpn.

    Utk dependent selain dr TB test, medical check up perlu juga sewaktu nk masuk ke sana nanti(imigresen)?

    Thanks

  • maslizah says:

    Salam,

    Terima kasih banyak ruzaini, penerangan ttg visa application nie.sebelum ni confius gak..tapi pas baca blog nie, baru jelas.

    InsyaAllah saya akan ke University of reading pada september nie.

  • m.ruzaini.h says:

    rina:-

    selamat dtg ke UK (dekat mana ye) … semoga semua selamat… boleh bawa TB test dan salinan medical checkup…surat tawaran belajar… cas dan semua document.. mungkin dia minta.. mungkin tidak.. saya pernah dia mintak surat tawaran dan surat sponsor…

    Ta

  • m.ruzaini.h says:

    Maslizah:-

    tahniah.. nanti datang la sheffield.. boleh dtg melawat twin sy.. nak tido rumah pun ok.. no problem..

    ni no tel saya 07424229574

  • anuar says:

    Assalamualaikum…semua photocopy perlu di certified ke?

    regards

  • m.ruzaini.h says:

    anuar:-

    tak perlu.. kecuali translation document..

  • nora says:

    Salam,

    boleh akak tahu tak berapa financial affidavit yang perlu ada minimum bagi sebuah kelaurga untuk belajar dan menetap di UK estimate masa 5 tahun ?

  • m.ruzaini.h says:

    Salam kak nora:-

    kene tgk dekat website UKBA under tier 4 dependan visa… sebab peraturan visa ni kerap berubah2.. dulu sy kene ada dalam £2200 permont untuk 9 bulan.. untuk 4 org termasuk diri saya..

    semoga perjalanan akak dipermudahkan..

    Amin

  • Nurain says:

    Salam.

    Sy akan sambung phd di university of liverpool. Jadi suami boleh bekerja x klo kt sane? Perlu permit kerja x?

  • m.ruzaini.h says:

    Nurain:-

    spouse boleh bekerja tanpa had di UK..

    Thanks

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.