Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengembaraan, Perjalanan PHD ku, cerita aku, study

Procedure untuk apply visa pelajar UK (Tier 4 student visa UK) 2013 – individu

Submitted by m.ruzaini.h on October 22, 2013 – 6:52 am5 Comments

Salam,

Dulu time aku open blog ni guna wordpree domain sebb aku akan sambung master dekat UK.. dah abis pun master aku and dah lama abis pun… sekarang aku akan pergi sambung ke UK lagi tapi untuk pengajian peringkat kedoktoran (PHD)…

Entri kali ini aku nak cerita tentang procedure untuk apply student VISA UK…

untuk makluman, sekarang pihak UKBA melaksanakan point based system (PBS) dalam pemberian visa pelajar… oleh itu, jika anda hendak apply visa untuk pelajar, anda dikategorikan sebagai pemohon tier 4…

Langkah 1

Sila pastikan document2 ini tersedia:-

  1. Unconditional offer letter dari pihak uni – ini korang akan dapat lepas korang dah penuhi semua perkara yang diminta/diperlukan.
  2. Confirmation of Acceptance for studies (CAS) dari pihak uni – korang akan dapat ini bila korang accept unconditional offer tadi.
  3. Academic Technology Approval Scheme (ATAS) sekiranya bidang yang anda buat memberi risiko kepada UK – boleh check dekat website ATAS untuk code bidang yang terlibat (https://www.atas.fco.gov.uk/public/welcome.aspx)
  4. financial affidavit (FA) @ bukti kemampuan kewangan :- sediakan walaupun malaysia telah dikategori low risk contry oleh UK.. (VFS mintak aku punya FA time buat visa bulan 10 hari tu)
  5. TB test certificate (ori) dan salinannyawajib buat mulai hujung tahun 2012 (click->source), aku buat dekat bangsar, kene RM210, make sure korang bawak gambar yer..
  6. Sijil-Sijil akademik original and salinannya (kalau BM hendaklah ditranslatekan ke BI) – aku buat traslation dekat mahkamah PJ.. paling murah yang aku tahu, RM30 sekeping.
  7. Gambar pasport  background putih (mesti ikut guideline gambar) — click picture guideline –> guideline

Langkah 2:-

  1. apply visa secara online di website ini —> http://www.visa4uk.fco.gov.uk/ApplyNow.aspx
  2. jika korang ni MARA sponsor atau JPA sponsor.. korang pilih kategori ini – tier 4 – general (sponsored) students.
  3. isi form appendix 8 –> download
  4. lepas korang isi tu, make sure korang print and lekatkan gambar korang tu…
  5. Buat pembayaran USD492.00 – kene pakai kad kredit @ debit card.

Note:- bila korang nak isi form ni, elok korang ada pasport lama, offer letter, dan lain2..

Langkah 3

  1. sila booking slot untuk submit form dekat website ni — click ,
  2. print email appointment details tu…

Langkah 4

  1. pada hari appoitment tu, sila datang 30 minit sebelum masanya.. tempatnya dekat tingkat 19, wisma MCA ampang… kalau datang awal sejam pun boleh, tapi guard dekat situ tak bg masuk selagi belum 30 min dari masa sebenar kita… so lepak2 je la dekat sekitar tu..
  2. sila bawak sekeping gambar, doc2 yg telah aku bgtau tadi dan jgn lupa bawak pasport ye…
  3. ambil nombor, dan tunggu sampai anda dipanggil… lepas korang buat submit form tu, korang kene tunggu kejap untuk buat biometrik… dia akan ambil cap jari kita (semua jari) dan juga ambil gambar kita…
  4. ops lupa… time korang submit form tadi, dia akan check cukup atau tidak document kita.. kalau korang punya gambar kene reject.. kroang boleh je ambil gambar dekat situ, ada instant photo book dalam ofis VFS tu.. tp macam mahai je… nak photocopy pun boleh…
  5. VFS juga akan offer untuk notify status visa kita secara SMS dgn charge RM8.. nasihat aku tak yah ambil.. buang masa.. bukan update sgt pun.. buat rugi aku je.. just korang check je dekat website untuk buat tracking…
  6. VFS juga offer untuk priority application yang kononnya akan mempercepatkan permohonan kita… mahai oo… untuk yg nak urgent ok la kot.. macam aku tak perlu pun.. bukan apply time peak… so 5 hari dah siap visa… cepatkan

Langkah 5

  1. boleh tracking your permohonan dekat sini –> clicks
  2. application reference number tu korang boleh dapat dari resit yang VFS bagi time dekat kaunter (resit macam resit shopping- panjang berjela)
  3. bila dah siap, dia akan email and korang boleh la collect selepas 2 hari (kalau terus pergi takut tak sampai lagi dari manila)… stage ni korang takkan tau dia tolak atau terima permohonan korang.. bila check pasport real baru u all akan tau..

itu sahaja… good luck ye.. oleh kerana aku pergi dgn bini.. maka visa bini dia lain sikit.. nanti kalau ada masa aku akan cerita tentang spouse punya visa..

untuk spouse punya visa korang boleh explore dekat link ni —> http://perjalananku.com/?p=3121

see ya

ruzaini

student_visa_entry_clearance_edited

Related Post

5 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.