Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Pelaburan / investment, Pengurusan Kewangan

Jualan balik atau pengeluaran ASB dari luar negara

Submitted by m.ruzaini.h on July 17, 2013 – 4:49 am2 Comments

salam,

just nak share cara2 pengeluaran asb atau mana2 produk asnb yang lain jika anda berada diluar negara dalam satu tempoh masa yang lama..

saya pun akan pergi sambung balajar diluar negara lama, so penting bagi saya untuk mengeluarkan duit saya di asb setiap tahun..

semoga apa yang saya share ini dapat dimanfaatkan, dan ini hanya info yang saya dapat dari asnb, sebarang perubahan saya tidak akan bertanggungjawab.. anda perlu hubungi pihak asnb untuk membuat pengesahan..

Untuk makluman semua, urusniaga jualan balik pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya boleh dilakukan oleh pemegang unit itu sendiri sahaja dan tidak boleh dilakukan oleh pihak ketiga. Jualan balik ASB dari luar negara boleh dilakukan melalui cara yang dinyatakan di bawah.

Pembayaran akan dilakukan oleh asnb dalam bentuk cek berpalang di atas nama pemegang unit atau melalui ‘Telegraphic Transfer’ (TT) terus ke dalam akaun pemegang unit samada di dalam atau luar negara berdasarkan kepada surat permohonan pemegang unit.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses tersebut ialah:-

1.       Buku Pelaburan asal ASB (cop ibu jari dan tandatangan mesti jelas)

2.       Borang Jualan Balik asal (ASNB 31) yang telah diturunkan cop ibu jari kiri dan tandatangan pemegang unit dengan jelas.

(borang ini boleh diperolehi di Pejabat ASNB atau Ejen ASNB seperti Maybank/CIMB /RHB /POS Malaysia)

*Sila nyatakan alamat luar negara jika ingin borang ASNB31 diposkan ke alamat tuan/puan

3.       Salinan Kad Pengenalan pemegang unit (depan dan belakang) yang disahkan dari salinan asal

4.       Surat arahan pengeluaran dari pemegang unit kepada ASNB yang mempunyai maklumat di bawah.

(Tandatangan di surat/borang jualan balik dan buku pelaburan hendaklah sama)

Sekiranya pembayaran hendak dilakukan melalui ‘TT’. Maklumat perlu ada di surat arahan:-

  • Nama dan alamat pemohon
  • Nama penuh bank dan alamat bank
  • Nombor akaun bank
  • Bank sort code
  • Nama yang digunakan di bank
  • Matawang yang ingin digunakan
  • Jumlah yang ingin dijual balik
  • Tandatangan tangan pemohon

Sekiranya pembayaran hendak dilakukan melalui cek berpalang di atas nama pemegang unit. Maklumat perlu ada di surat arahan:-

  • Nama dan alamat pemohon
  • Jumlah yang hendak dijual balik
  • Nama dan No. KP wakil yang akan mengambil cek sekiranya cek berkenaan hendak diambil dengan oleh wakil (wakil akan diminta mengisi borang akuan semasa proses urusniaga dan penyerahan dilakukan)
  • Tandatangan tangan pemohon

Untuk pengetahuan semua, urusniaga di atas hanya boleh dilakukan di Kaunter Utama, Ibu Pejabat ASNB Kuala Lumpur sahaja. Dokumen-dokumen di atas boleh dihantar dengan tangan oleh wakil atau melalui pos ke alamat :-

Pengurus

Kaunter Utama

Amanah Saham Nasional Berhad

201-A Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Untuk sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi asnb di 03-2057 3000/ 2057 3111 atau layari laman web mereka di www.asnb.com.my.

asnb_logo

Random Posts

2 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.