Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Amanah Saham Bumiputra & ASNB, Insuran / takaful, Pelaburan / investment, Pengurusan Kewangan, Takaful, wasiat / real estate

Hibah atau wasiat untuk produk ASNB (ASB,ASD,ASW2020 dan lain2)

Submitted by m.ruzaini.h on March 29, 2013 – 2:03 am5 Comments

Salam,

Wasiat atau hibah atau tidak berwasiat… kalau tak berwasiat confirm akan leceh dan lama prosesnya... kalau berwasiat pun agak lama proses dia…

kalau kita lihat kepada akaun KWSP,insuran,takaful @ tabung haji… kesemuanya ini boleh kita letakkan penama untuk menjadi pemegang amanah kita, jikalau ada penama ni.. proses pengeluaran duit adalah mudah dan tidak banyak karenah… tugas penama selepas kematian pemengang akaun adalah mengeluarkan duit berkenaan dan selepas itu mengagihkannya kepada waris yang berhak (faraid).. so jgn ingat kalau dah jd penama tu duit tu korang sapu semua…jika korang bukan salah seorang waris, so just korang boleh ambil upah je (dipersetujui oleh waris)… so proses ni agak mudah coz tidak perlu melalui proses mahkamah…

yang saya cerita tadi adalah untuk product yang boleh dibuat penama… tp kalau akaun ASB pulak macamane… memang sebelum ini tidak boleh letak penama… so kene melalui proses mahkamah… ambil masa yang panjang dan leceh.. dah lah waris perlukan duit untuk teruskan hidup… sebab tu kita wajib ambil takaful/insuran coz boleh letak penama and pengeluaran adalah mudah… tp disini kita taknak bercerita tentang takaful atau insuran.. tapi nak bercerita tentang asb…

pihak asnb sedar tentang harta yang tak dituntut untuk akaun amanah dibawah kelolaan mereka disebabkan proses wasiat ni… oleh sebab itu.. pihak asnb telah mewujudkan satu penyelesaian iaitu hibah amanah… hibah ni umpama kita menghadiahkan harta kita kepada penama…

melalui hibah ini kita tidak perlu lagi melalui proses mahkamah… terus boleh keluar… proses pengeluaran adalah seperti gambarajah dibawah..

hibah

untuk menyertai program hibah ini, confirmlah ada bayaran…

untuk pendaftaran kene bayar RM180 – ini pemegang akaun akan bayar..

dan setiap tahun kene bayar RM10 untuk servis mentadbir dan lain2..

untuk pengeluaran oleh waris pula, ada caj yang akan dikenakan (akan tolak akaun) details seperti dibawah

hibah 2

takmo dipanjangkan cerita… korang boleh refer link dibawah untuk penjelasan lanjut dan jangan lupa mendaftar program hibah ini untuk kesenangan waris kita..

http://www.asnb.com.my/Hibah/WebHibahFinal.pdf

http://www.asnb.com.my/Hibah/faq-bm_hibah.pdf

http://www.asnb.com.my/Hibah/HA_Broch-V5-150213-1.pdf

sekian

Ruzaini

Random Posts

5 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.