Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Hartanah / Property, Pelaburan / investment

dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran akaun 2 KWSP dalam pembelian rumah pertama (subsales)

Submitted by m.ruzaini.h on March 21, 2013 – 1:10 am50 Comments

salam,

lepas korang dah tau macamane nak kira berapa maksimum korang boleh keluarkan dari akaun 2 KWSP untuk pembelian rumah.. disini aku sertakan senarai doc yang perlu korang sediakan… coz kalau tak lengkap.. memang konfirm KWSP akan reject mentah2.. dia suruh balik untuk korang lengkapkan..

listnya seperti berikut:-

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan muka depan buku bank akaun simpanan @ surat pengesahan nombor akaun bank
  3. Sale and Purchase Agreement
  4. Jika rumah belum dapat ‘title’ , perlu ada surat daripada developer (suruh lawyer buat)
  5. Kalau rumah dah dapat ‘title’, perlu ‘consent – cth:- kebenaran kerajaan negeri’ – case leasehold
  6. Offer letter daripada bank yang kita buat housing loan
  7. Surat Permohonan Pengeluaran KWSP (dari website @ dari kwsp office)

time aku apply hari tu, ada kesilapan dari segi alamat… make sure dalam semua doc state alamat yang sama (tak boleh beza) then semua salinan tu ko suruh lawyer sah kan… KWSP check betul2 ooo pasal pengesahan ni.. dia akan check pakai air  signature tu untuk check sama ada photocopy atau sign pakai pen..

Tq

Ruzaini

related link :-

kadar maksimum pengeluaran KWSP akaun 2 untuk pembelian rumah

http://perjalananku.com/?p=2919

545554_491156584248055_933616961_n

Random Posts

50 Comments »

  • [...] link berkaitan :- dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran akaun 2 KWSP dalam pembelian rumah pertama [...]

  • siti norbaayah says:

    salam saudara,

    nak tnye list document yg perlu bwk ke kwsp tu yg photocopy or original?

    mtk maaf ye takut2 ape yg saya tnye ni cm xlogik..huhu.

    Salinan kad pengenalan pemohon (of course yg ori ada bwk)
    Salinan muka depan buku bank akaun simpanan @ surat pengesahan nombor akaun bank (saya ada bank statement yg printed, boleh ke?)
    Sale and Purchase Agreement(yg copy or ori?)
    Jika rumah belum dapat ‘title’ , perlu ada surat daripada developer (suruh lawyer buat)(dah ada)
    Kalau rumah dah dapat ‘title’, perlu ‘consent – cth:- kebenaran kerajaan negeri’ – case leasehold
    Offer letter daripada bank yang kita buat housing loan (yg ori kan..)dah ada
    Surat Permohonan Pengeluaran KWSP (dari website @ dari kwsp office)yg ni ambil kt office time pegi sana boleh?

  • m.ruzaini.h says:

    siti :-

    semua doc bawak salinan dan yang ori sekali…

    macam snp tu make sure lawyer sahkan…

    doc yg lain bwk yg ori time jumpa pegawai kwsp tu.. kalau tak memang dia suruh balik…

    *Salinan muka depan buku bank akaun simpanan @ surat pengesahan nombor akaun bank (saya ada bank statement yg printed, boleh ke?) – asalkan ada tunjuk no acc dia pun takper (tak ada pun takpa, tp make sure ingat no acc tu)..

    borang boleh ambil dekat kwsp kalau taknak ambil dari net..

    Tq
    Ruzaini.

  • siti norbaayah says:

    tq en. esok nk g kwsp ni..harap2 cpt la settle urusan ni.

    tqvm.

  • Yaya says:

    Salam,

    semua surat S&P, loan agreement tu memang kena copy semua page ke? Banyak tu…. ke ada spesifik page sahaja?

  • m.ruzaini.h says:

    Yaya:-

    tak perlu nak cop setiap helai.. dekat belah depan tu pun dah cukup..

  • liya says:

    EN.ZAINI BOLEH TERANGKAN TAK MAKSUD ( Tak faham la pulak )
    jika rumah belum dapat ‘title’ , perlu ada surat daripada developer (suruh lawyer buat)(dah ada)
    Kalau rumah dah dapat ‘title’, perlu ‘consent – cth:- kebenaran kerajaan negeri’ – case leasehold

  • m.ruzaini.h says:

    Liya:-

    maksud perlu consent dari developer jika rumah yg anda beli itu adalah master title, dimana owner masih lagi pemaju.. mengikut undang2, pemaju wajib untuk memohon dari pejabat Tanah untuk dapatkan title bagi setiap unit yang telah dijual…

    jika dah dapat title, maka tak perlu lah mintak consent dari developer,nanti lawyer akan dapat kan consent dari kerajaan negeri untuk kebenaran pindah milik@jual…

    Tq

  • zulkamal says:

    1. Saya Zul ingin bertanya mengenai Item No. 4 (Jika rumah belum dapat ‘title’ , perlu ada surat daripada developer (suruh lawyer buat))
    dalam blog Encik dan mohon pencerahan.

    2. Sekiranya Encik ada surat tersebut daripada lawyer SnP dan developer boleh ke saya mohon dilampirkan sekali untuk rujukan.

    Sekian, terima kasih.

    zulkamal
    [email protected]

  • Bugman says:

    As salam, saya nak tanya..
    Selalunya lawyer ambik masa berapa lama untuk dapatkan
    Consent letter dari developer?

  • m.ruzaini.h says:

    Bugaman:-

    bergantung kepada tahap kerajinan developer and lawyer.. sepatutnya dalam 2 minggu dah dpt… tp ada kes lebih sebulan tak dpt2..

    Tq

  • cham says:

    Salam..

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna..
    Cuma saya nak tanya.. alamat tu.. kalau tak sama, akan di reject ke permohonan kite? atau hanya akan melambatkan proses?
    sebab tadi saya tengok LO saya ikut alamat hometown, SnP ikut alamat Kuala lumpur..

    macamana ye? takut sangkut pulak nnt.. duit tak cukup ni.. huhuhu

  • adam says:

    Salam encik. Sy adam. Sy nk tnya pasal bayar lawyer brp ye dan ape yg kita perlu bayar pada lawyer lagi?sbb lawyer sy belum ape2 lagi dh mintak bayar rm 1k. Lps bank cakap lulus loan kene bayar lg dlm rm1k ++..

  • m.ruzaini.h says:

    Adam..

    Lawyer akan quote charge yg dikenakan.. boleh bayar sebahagian atau sepenuhnya.. cth jika lawyer kata nak proceed dgn duty stamp.. maka pembeli kene byr duit tu.. lawyer selalunya takkan buat kerja selagi tiada bayaran dr pembeli..

  • wan says:

    Salam, setahu saya ‘Sale and Purchase Agreement’ hanya akan diperolehi selepas saya bayar 10% kepada owner. Saya ada masalah wang yang mana tidak mencukupi sejumlah 10% tu.

    Boleh tak saya guna duit KWSP account 2 saya untuk bayar 10% kepada owner dan bayaran2 lain? Pendek kata, semasa permohonan pengeluaran wang KWSP, saya belom lagi ada ‘Sale and Purchase Agreement’ . Boleh ke?

  • m.ruzaini.h says:

    wan:-

    salam, rasanya tak boleh.. sebab KWSP hanya akan boleh process kalau submit borang/doc yang lengkap.. termasuklah SNP..

    thanks

  • deanz says:

    salams

    saya ada pertanyaan tentang kwsp/snp.

    isteri beli rumah (2nd hand) dan loan bank approved atas nama beliau.
    Snp akan letak penama: Isteri & suami(saya)

    Soalan saya,
    bila saya mohon pengeluaran kwsp akaun 2 untk pembelian rumah, duit tersebut akan dapat ke tangan saya atau pun kwsp akan salur terus kepada pihak bank/owner rumah?

  • nadia87 says:

    Salam
    Sy ad beli rumah..pd snp tu xde nama suami so kwsp suami xblh buat keluar..ad cr laen tk tuk kuarkn kwsp suami?

  • mukaram says:

    salam tuan,
    saya mukaram dari shah alam
    nak tanya, SNP dan dokumen lain perlu disahkan.

    adakah hanya lawyer dimana SNP tu dibuat saja yg boleh sahkan, or lawyer lain boleh sahkan (contoh: kawan yg ada firma guaman sendiri, dia boleh sahkan tak SNP saya, sedangkan SNP tu saya buat dgn lawyer lain, bkn dgn kawan saya tu)

    mohon pencerahan tuan

  • lan says:

    Salam tuan..
    mohon pencerahan untuk alamat yg mesti sama.
    sy nak buat pengeluaran akaun 2. alamat s&p alamat rmh parents saya dan alamat offer leter alamat rmh sewa sy.. boleh ke kalau mcm tu???

  • m.ruzaini.h says:

    lan:-

    Alamat SNp mesti alamat rumah yg kita beli.. coz kita beli rumah di alamat itu.. bukannya kita beli rumah alamat parent. agak pelik.. mayb boleh consult dgn KWSP.. coz sy tak boleh nak bg apa2 comment sebab tak tgk tuan punya SNP.

    Tq

  • zura says:

    salam…nk tnya,utk pengeluaran kwsp bagi membina rmh prtma apa doc yg perlu?trma ksih

  • zaimah awang salleh says:

    salam
    nk tanya, if saya nk bina rumah n nk mohon pengeluaran bina rumah utk kali pertama cne ek?tanah yg sy akan bina rumah tu milik ayah mertua n geran rumah dlm cagaran bank rasenyer coz sepupu asben de buat rumah yg mcm rumah prima tu n guna geran tu sbg cagaran…

  • m.ruzaini.h says:

    zaimah..

    Tanah mesti kepunyaan sendiri..

  • rita says:

    mohon pencerahan,
    1.sy tengah membina rumah di atas tanah sendiri.dalam geran tanah tu ada nama sya sendiri dan nama pemilik asal,pertanyaan saya ialah,bolekah geran tu di guna pakai untuk pengeluaran kwsp?
    2.sya ada masuk website kwsp dan sya dapat tahu rumah yang saya nak bina itu perlu ada surat akuan janji,ni yang sya kalut sikit ni….surat tu macamana rupanya dan adakah seperti snp pembelian rumah atau bagaimana?

    terimakasih

  • Jasminw says:

    Salam,

    Nak tanya leasehold property nak withdraw wpf untuk balance 7% mesti nak tunggu 3bulan selepas dapat consent ke?

    I call kwsp katanya tak perlu kalaubada owner punya geran.

    Tapi lawyer kata mesti dapatkan consent dulu.

    Owner macam mana nak tunggu ni T.T. Taka ada wang pula untuk 7%.

    Thank you

  • m.ruzaini.h says:

    jasmionw:-

    kene ada consent kalau master title..

  • m.ruzaini.h says:

    rita:-

    boleh dapatkan aggrement dari lawyer..

    Tq

  • rita says:

    rumah yg sya tengah bina ni tanpa pinjaman…kalau sya tak nak melibatkan lawyr dan nak buat sendiri,boleh tak?
    duit brapa sngatlah kt acc2 tu,bayar lawyer lg….nanti dapat wang pun brapa lah sangat

  • m.ruzaini.h says:

    rita:-

    saya tak berapa pasti untuk pembinaan rumah atas tanah sendiri… mayb boleh contact kwsp secara terus.. mereka akan membantu..

    Tq

  • dyiana says:

    Nk tnye…sy baru mohon pengeluaran akaun 2 td tapi staff di kaunter kwsp ckp kena ada geran rumah.sy ckp geran Rumah tu tak dpt lg.so dia ckp kalau tak Ada geran kena minta surat dr pemaju ckp geran xkeluar lg.selalunya brape lama nak dapatkan Surat Dari pemaju utk inform geran xdpt lg?

  • m.ruzaini.h says:

    dyiana:-

    bergantung kepada pihak pemaju untuk process.. boleh tanya peguam..

    Tq

  • pian says:

    Salam..jika kita dh settlekn deposit rumah yg 10% tu guna duit sendiri..boleh ke kita claim semula dari kwsp.tq

  • m.ruzaini.h says:

    pian:-

    tak perlu claim pun.. byr dulu 10% atau tidak tidak akan jd masaalah.. kwsp akan masukkan duit terus kedalam akaun kita jika cukup dokumen yg diminta..

    Tq

  • pian says:

    Contohnya rumah 250k..10% downpayment 25k…siap tolak rebat semua kna downpayment dlm 10k shj..adakah kita dapat keluarkan dari kwsp 25k atau 10k shj atas downpayment yg saya dh bayar..tn ada email?

  • m.ruzaini.h says:

    pian:-

    kwsp akan beri kelulusan pengeluaran berdasarkan harga yang tertera di SNP dan juga berdasarkan baki yg ada dalam akaun.

    let say harga rumah RM250k dinyatakan dgn jelas di SNP.. maka KWSP akan berdasarkan harga itu.. walaupun anda tidak mengeluarkan langsung deposit..

    Thanks
    Ruzaini

  • pian says:

    Tq tn atas info ini..

  • pian says:

    Lg 1 nk tanya..sy combine loan dgn ibu saya..tapi hendak keluarkan kwsp akaun 2 saya shj memandangkan ibu dh nk pencen lg 4 tahun..boleh ke tn?

  • m.ruzaini.h says:

    pian:-

    yg tu saya tak pasti.. gabung dgn isteri sy tau la macamana..

    tq

  • pian says:

    Ok tq

  • zira says:

    Salam,

    Nak tye ye..sy ada beli 1 rumah flat lowcost (subsale). bln 11/2016 sy sudah pergi KWSP, dia reject sbb doc sy xlgkp:-
    1)alamat offer letter bank lain dgn alamat dekat S&P
    2)xda consent letter from vendor.

    Case sy ialah penjual belum tukar nama drpd developer walaupun title sudah lama keluar. So developer tak benarkan direct transfer untuk jualbeli ni.

    jadi,consent letter y pihak KWSP nak tu actually kena dptkn drpda phk developer or kena mntk drpd pjbt Tanah/kerajaan negeri?

  • m.ruzaini.h says:

    Zira:-

    kene buat double transfer dulu.. dari dev ke penjual, lepas tu baru ke pembeli..

    thanks

  • tuti says:

    Salam En,

    Sy ada beli rumah lbh kurang 2 tahun lbh yang lps & pernah buat pengeluaran pertama kwsp slps dpt s&p…sy nak tanya…bila kali kedua sy boleh buat (pengeluaran mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan)..tetapi sy belum lg mula byr monthly homeloan yg di tetapkan mengikut dlm S&P…Sy masih byr monthly progress yg di tetapkan oleh pihak bank walaupun tarikh S&P sudahpun over due…Jika boleh…Apa dokumen yg perlu sy sediakan & tindakan yg perlu sy ambil…

  • shanizam says:

    bagi proses apply consent dari Lembaga Perumahan mengambil masa lebih dari sebulan ke? rumah lowcost subsale ada sekatan

  • m.ruzaini.h says:

    shanizam:-

    untuk low cost ni.. ambil masa sikit dapatkan consent.. mungkin akan lebih sebulan.

    sekian
    Ruzaini

  • noor liuefazlina says:

    saya baru apply consent dari lembaga perumahan selangor…hanya ambil masa lebih kurang 3 minggu …apply 24 april 2019…surat dapat 17 may 2019…

  • Hadi says:

    Salam..sy skg dlm proses jual rumah sy. Sy dah sain S&P pada 5 september 2019. Buyer dah byr deposit 3%/dan sekarang buyer nak keluarkan KWSP akaun 2 utk deposit 7%. Berapa lama nak dptkan consent dari pejabat tanah?

  • m.ruzaini.h says:

    Hadi,

    Consent dari pejabat tanah ikut kepada pegawainya.. saya dulu ambil masa sebulan lebih..

    Thanks
    Ruzaini

  • noraishah says:

    assalamualaikum..

    saya nak tnya kalau offer letter kita dari bank tu alamatnya salah n atas kesilapan pemaju n pembeli sudah pun tandatangan.

    1) Apa patut pembeli buat ye encik? sbb skrng ni sangkut kat proses snp sbb alamat x sama dgn offer letter.

    2) So kalau nak keluarkan kwsp pun kena reject ke?

  • m.ruzaini.h says:

    Noraishah.. minta lawyer betulkan.. kwsp akan tgk details yg sama dengan snp dan property tu.. kena match..

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.