Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pelaburan / investment, financial news

Dividen dan bonus tabung haji tahun 2012 / 2013

Submitted by m.ruzaini.h on February 8, 2013 – 5:40 amNo Comment

Salam,

wah2… semalam tabung haji telah mengumumkan agihan pendapatan bg tahun berakhir 2012… tertinggi dalam sejarah 50 tahun penubuhan oooo….. 6.5% dividen campur 1.5% bonus jubli perak…

tentang bonus tu aku tak tau nak kira macammane… rasanya untuk mereka yang simpan dah lama, maka akan dapat penuh… macam bonus asb la kot…

ape2 pun, kalau diikutkan dividen yang dapat adalah sebanyak 6.5%… AS1M pun lebih kurang range tu… tapi yang unik nya tabung haji ni adalah ianya dah dibayar zakat sebanyak 2.5%.. so total adalah 9%.. masyukkkkk…

sekian

Ruzaini

—————————————————————————————————————————————————–

DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus sebanyak lapan peratus iaitu yang tertinggi dalam sejarah 50 tahun penubuhannya.

Bonus berkenaan adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan tersebut merangkumi bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus dan bonus khas sempena sambutan Jubli Emas penubuhan Tabung Haji sebanyak 1.5 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji membelanjakan RM2.46 bilion bagi pembayaran bonus tersebut kepada 8.2 juta pendeposit.

“Ini adalah hadiah ulang tahun terbaik bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa aktif menyimpan dana dengan Tabung Haji.

Malah kedudukan kewangan yang positif dan kukuh serta lebihan wang rizab yang dikumpul sejak tujuh tahun lalu turut membolehkan Tabung Haji memberi hadiah istimewa ini,” katanya ketika mengumumkan pemberian bonus Jubli Emas bagi tahun kewangan 2012 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Tambah Jamil Khir, kadar bonus Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan profil pelaburannya yang terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah manakala tabungan pula adalah secara sukarela dan tanpa had.

Secara umumnya pembayaran bonus tahunan Tabung Haji bagi tahun kewangan 2012 adalah lebih tinggi berbanding bank komersial sama ada konvensional mahu pun perbankan Islam.

Kadar pembayaran bonus tahunan bagi akaun simpanan bank konvensional adalah 1.04 peratus dan simpanan tetap adalah 3.18 peratus.

Pembayaran bonus tahunan bagi kadar akaun simpanan perbankan Islam pula adalah 0.97 peratus dan simpanan tetap adalah 3.31 peratus.

Prestasi positif itu disumbang oleh pendapatan Tabung Haji yang melonjak 28 peratus kepada RM2.8 bilion tahun lalu berbanding RM2.2 bilion pada 2011.

Keuntungan selepas zakat dan cukai juga meningkat sebanyak 27 peratus kepada RM2.1 bilion berbanding RM1.7 bilion sebelumnya.

Ini sekali gus menghasilkan tambah nilai sebanyak RM9.2 bilion kepada dana pendeposit sejak tahun 2006.

Saiz pendeposit meningkat 17 peratus kepada 8.2 juta orang dengan dana terkumpul meningkat kepada RM35.8 bilion berbanding tahun 2011.

Pendeposit boleh menyemak bonus masing-masing di kaunter Tabung Haji dan mesin ATM rakan strategiknya bermula 10 Februari ini.

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.