Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Pengembaraan, cerita aku

Ronda-ronda Cameron Highland (17/7 – 18/7/2012)

Submitted by m.ruzaini.h on July 19, 2012 – 6:33 amNo Comment

Salam,

penat pergi singapore masih terasa, tp hati terasa nak pergi jugak cameron highland. aku pernah pergi cameron highland ni, tapi dah lama giler rasanya.. Trip kali ni just redah jer, takder booking hotel pun.. dekat sana baru cari, kalau hotel takder, memang confirm balik hari.

selain dari bini aku (nana), adik ipar aku anis pun ikut sekali. Anis ni baru jer abis PLKN dekat kem gunung Ledang, dari melangut dekat rumah, baik ikut kami jalan2..

kami gerak dalam jam 11:30 pagi dari kelana jaya, dan akan ikut laluan Tapah ke Berinchang,cameron highland kalau mengikut GPS lebih kurang 210km ( 2 jam 30 min), tapi Laluan Tapah ke Brinchang macam ular kene palu, bengkang bengkok, sampai aku pening kepala.. jalan ni agak bahaya and rasa macam tak sanggup ambil risiko dah lepas ni, baik ikut simpang pulai, bior jauh asalkan selamat… lagi satu, kenderaan tak banyak sgt lalu.. mayb sebab bukan cuti sekolah kot.. walaupun aku pening, tapi syok gak layan corner ni… hahahahah..

tp yang menarik jalan tapah – cameron highland ni, sepanjang jalan akan jumper orang asli jual hasil hutan, macam petai, durian dan tidak luper juga kraftangan.. kami juga ada jumper kawasan air terjun dekat situ.. macam R&R la pulak, meriah dengan kedai2 jual cenderamata.. tapi kami tak berhenti pun…

sampai dekat tanah rata lebih kurang dalam jam 3 petang. perut dah berbunyi, cuba cari kedai makan dekat sini, tapi banyak kedai cina jer, kalau ada kedai melayu pun, lauk dah abis.. try cari hotel, mahal and ada yang dah fully book.. search guna GPS, ada KFC dekat berinchang, susah2 cari makan, KFC pun layan jer la..

Lepas makan dekat KFC, maka bermula lah misi kami mencari hotel untuk tido pada malam ni.. dekat berinchang ni, bayak jer hotel2 murah yang ada, harga untuk 3 orang (1 katil queen + katil single) berharga dari RM70-RM100 untuk semalam.. so kami survey dan ada jumper satu hotel ni, siap tengak keadaan bilik hotel tu, giler la, condition macam rumah pelacuran jer.. harga RM75/night (2 katil queen).. bau pun pelik jer.. so tak jadi la.. aku sanggup bayar mahai sikit untuk dapat bilik yang ok..

akhirnya kami decide untuk duduk dekat hotel jasmine, harga satu bilik untuk 1 malam (1 katil queen+1 single) berharga RM98.. bior mahai sikit, asalkan pueh hati..lagi pun, kalau harga dah bawah RM100.. kira murah la kot, lagipun bukan cuti sekolah pun.. bilik hotel dekat cameron ni kebanyakkannya tidak dilengkapi aircond, sebab dah sejuk (time malam jer), mungkin sebab tu harga bilik sini tak mahal sgt…

lepas solat… bersambung……….

Random Posts

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.