macamamner nak dapat 50 hari free interest guna kad kredit
salam,
anda ada Rm1000 untuk beli sebuah jam tangan, tetapi anda boleh bayar jam itu selepas 50 hari dan guna Rm1000 itu untuk dapatkan dividen/keuntungan untuk tempoh Rm1000..
contohnya, duit Rm1000 tu boleh beli emas atau simpan dalam ASB.. lepas 50 hari, jual emas atau keluar dari asb.. dan bayar duit hutang CC tadi.. so dekat sini, anda dapat jam, dan dalam masa yang sama anda dapat keuntungan didalam pelaburan anda (emas bergantung kepada turun naik harga)
make sure anda beli @ byr bill pada hari Statment date kredit kad anda untuk menikmati 50 hari free interest..
boleh tgk picture dekat bawah untuk pemahaman lanjut..
TQ
ruzaini
salam, x faham. apa maksud sd dan dd? dan 50 hari free interest ni untuk smua jenis cc ke? kalau cc cimb gold card? tq
SD tu statement date
DD – due date..
kebanyakan card credit guna kiraan macam ni..
Pemahaman saya spt dibawah (kita simulate pakai CC Bank Rakyat):
- Saya ada cash RM1000.
- pastu saya beli jam tangan (swipe card utk harga RM1000) pada 24/4.
- Pada 24/4 jgk saya masukkan cash RM1000 dlm ASB or beli emas.
- Soalan: DD 14/4 tu saya nak byr mcm mana? .. sbb cash RM1000 dh masuk dlm ASB or beli emas & hanya boleh keluar lepas 50 hari kan ? … sy sgt2 tk paham .. harap tolong jelaskan lebih detail .. atau pemahaman saya yg salah sebenarnya ..?
bruce lee:-
beli barang 24/4 so lepas 50 hari, guna duit asb tu untuk bayar CC tu.. so boleh la dapat dividen untuk 1 bulan..
Tq
As Salam,
Sy juga minat nak tahu ..bukan ke klu dah beli jam pada 24/4 kita mesti settle CC by 14/5..mohon penjelasan..setahu saya bank akan charge interst selepas 14/5 tu
dea,
bila kita beli barang pada hari pertama SD, maka kita hendaklah bayar before due date pada penyata bulan depannya.. so sebab itu akan dapat 50 hari free interest..
cuba dea buat untuk dapatkan kepastian..
Tq
InsyaAllah..akan cuba…tk krn kongsi idea
As Salam,
Saya dah bertanya kpd bank …(utk dpt free interest ni )..hanya valid sekiranya kita tidak ada baki hutang dlm CC..makna nya dah guna CC.. bayar abis sblum DD..klu ada baki walau 1 sen pun..the day kita swipe apa-apa pembelian kemudian nya..interest telah dikenakan…daily basis..itu yg saya faham dari explaination yg diberi..Wallahualam
Teknik berfungsi untuk CC yg tiada baki, betulkan? Jika tidak 2nd statement akan menunjukan interest ke atas baki terakhir sebelum due date yg 1st. Seperti gambaran di atas. Bagi semua pembelian dgn CC, ada tempoh free interest period dan pembayaran dbuat dlm tempoh tersebut. Untuk dpt lebih 50 free CC interest charge. Guna CC yg kosong juga dan buat pembelian barangan yg termasuk dlm kategori layak utk Free Installment. Kebiasaannya 6,9,12 bulan sahaja. Selepas pembelian, kena make call ke CC center. Please check benefit CC yg dtawarkan kpd Anda. Just my 3sen view. Wassalam.