Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Design Rumah Impian

Koleksi-Koleksi design rumah untuk dijadikan panduan kami mereka bentuk rumah idaman kami yang akan dibina di Durian Tunggal Melaka

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » Berita

pinjaman mara untuk program pasca siswazah / master luar negara 2012

Submitted by m.ruzaini.h on March 1, 2012 – 4:40 pm23 Comments

Salam tuan/puan:

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Penganjuran Pelajaran akan mengiklankan pinjaman pelajaran bagi program berikut di akhbar-akhbar utama:

1. Program Pasca Siswazah Luar Negara 2012 bagi kemasukan ke universiti luar negara bermula Jun 2012 hingga Mac 2013. Program ini adalah terbuka kepada pengajian peringkat:
*  Ijazah Sarjana (Master),
* PhD
* Profesional (lepasan Ijazah Sarjana Muda sahaja. cth: pengajian ACCA bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan).

Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka di www.mara.gov.my untuk tempoh 5 – 18 Mac 2012

2. Program Ijazah Sarjan Muda Perubatan / Pergigian di universiti luar negara (terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian sahaja).

Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka di www.mara.gov.my untuk tempoh 17 – 30 Mac 2012.

Tarikh iklan dikeluarkan adalah seperti berikut :-

1.        26 Februari 2012 (Ahad)
·        Harian Metro
·        Berita Minggu

2.        29 Februari 2012 (Rabu)
·        Berita Harian

3.        1 Mac 2012 (Khamis)
·        Utusan Malaysia

4.        4 Mac (Ahad)
·        Mingguan Malaysia
·        Borneo

Berikut ialah syarat penuh kedua-dua program yang akan dikeluarkan di web nanti.

Sekian Terima Kasih

download iklan :- CLICK

dapatkan 10% discount untuk web hosting anda.. TQ




Random Posts

23 Comments »

  • dhiya says:

    salam,

    ada ke tips mcm mna nk dapat biasiswa MARA?

  • m.ruzaini.h says:

    mula2 kene lepas kan syarat minimum dulu. kalau itu ok, baru boleh pergi ambil test. then lepas dapat interview nanti,just confident time interview tu.. insyallah boleh dapat..

  • m.ruzaini.h says:

    salam semua, saya dapat makluman dari mara mengatakan, sekiranya anda submit permohonan online ini dua kali, system akan ambil permohonan yang terkini.

    harap maklum

  • nur says:

    kenapa mlm ni i bkk website mara, iklan tuk online application tuk scholarshipp tu dah x de………….i x leh nk msk sbb x de link dah

  • m.ruzaini.h says:

    nur:- mayb boleh try link ni..

    http://online05.mara.gov.my/webpascaonline/

  • Naza says:

    As salam,

    saya pun hadapi masalah yang sama dengan nur, tp dah pernah simpan application. just nk submit jek. tutup 16hb tu bermaksud 16hb still boleh apply kan? then saya guna link yg awak bg tu. tp mcmana nk tahu diterima or tidak? xdapat sebarang email confirmation pun dr MARA. dah call MARA byk kali hari ni tp xberjawab. harap dapat membantu.

  • insaniac says:

    Hi Bro. nk tanye sket. psychometric test tu dia akan bg test yg mane? numerical, verbal or inductive? atau semua skali? tau tak provider mane? sbb kalau bleh nk buat sket preparation ;)

  • fatin says:

    psychometric test tu mcm mana ye? ada tips?

  • m.ruzaini.h says:

    result 2012 dah keluar.. boleh semak di web mara http://online.mara.gov.my/webpascaonline/

  • umi says:

    salam,

    ade sape2 yg dapat tawaran ni..

  • siti says:

    sy dpt. tp it states pinjaman je. bukan pinjaman boleh ubah. so skarang dah confuse.

  • m.ruzaini.h says:

    siti:-

    memang mara just bagi pinjaman.. nanti lepas grad, kene mohon untuk pengurangan.. kelulusan bergantung kepada polisi semasa mara. so, kene ingat didalam minda.. apa yang kita guna, kita kene bayar.. dengan budibicara pihak mara, insyallah kita akan dapat pengurangan..

  • siti says:

    oh macamtu. kalau dapat pengurangan, i can still consider it.
    thank you.

  • m.ruzaini.h says:

    mari sama2 kita listkan course yang bakal u all ambil.. nanti boleh buat group.. :)

  • Diyana Zainal says:

    As Salam,

    Application saya is stated as berjaya..lepas submit semua documents yg MARA list kan, perlu tak attend any interview or test? Ke kiranya ni da confirm dpt pinjaman ni?

    Btw, course yg bakal saya amik is colour chemistry…

    Thanks:)

  • farhana says:

    salam..kalau untuk tahun 2013 bila,bulan brapa agaknye dibuka permohonan ni.dan macamane nak taw sb kali ni pn dah terlepas nk apply.. :(

  • m.ruzaini.h says:

    Farhana,

    Kene rajin lawat website mara.. :-)

  • p3 says:

    salam…boleh sy tau tak program ape sbnrnye nie…mcm menarik…tp sy x berape tahu…sy skrg tgh degree science…terima kasih

  • zdn says:

    Assalamualaikum,
    Saya nak tau peluang untuk dapatkan pinjaman MARA ni camna?, ada sapa2 yg pernah tanya pihak MARA?… saya rasa psychometric test tu macam takde, cuma kena siapkan document, masalahnya satu document pun tak ready lagi, tgh gelabah nak ambik ielts/toefl dan cari supervisor. Dlm masa yg sama kerja tgh melambak, ni mau kena tiaw dgn boss ni kalau nak mintak surat pelepasan. Saya plan PHD ke UK , IT…

  • m.ruzaini.h says:

    zdn,

    peluang bergantung kepada keputusan exam dan juga kepada course yang kita ambil sebelum ini.. u dah apply ke loan ni time dia bukak dulu.. klu belum, rasanya kene tunggu next year.. itu pun klu dia masih hendak offer skin ini..

    anyway, try tanya mara untuk maklumat lanjut..

    Tq

  • zdn says:

    Ruzaini, tq for the input, U yg saya apply ranking dlm 70 kat UK tapi untuk bidang IT dlm top 100 takde, tapi U tu saya letak masa apply hari tu. Alhamdulillah saya dapat conditional offer dari MARA cuma nak prepare document tu yg belum settle2 lagi. Terima kasih sbb publish benda ni di bog saudara, teruma post yg bawah ni http://perjalananku.com/?p=2537

    ramai gak yg dah dapat dan berdiskusi disana.

    wasalam

  • meea says:

    salam….
    kalau master dlm bidang marketing dorg nk bg pinjaman x? huhu

  • m.ruzaini.h says:

    meea.

    saya tak pasti marketing boleh atau tidak..kene tanya mara untuk kepastian..

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.