Tentang aku
July 31, 2009 – 3:45 pm | 26 Comments

Salam semua,
semua tentang aku.. hahaha.. aper2 pun.. aku ni seorang yang simple.. and suka jalan2 and share pengalaman dengan orang..
Sekarang (2014) aku dan keluarga (isteri dan twins) berada dekat sheffield,UK. aku sambung PHD dekat sini …

Read the full story »
cerita aku

ikutilah cerita aku,kisah aku dan pengalaman aku. dalam cerita ini, aku lah hero.kalau tak percaya, tanyalah aku. hehehhe

Nana Kitchen

Koleksi resepi yang telah dicuba oleh isteri ku aka mama twins iaitu mommy NANA.. Love You 4 Ever

Pembinaan Rumah Impian

Cerita mengenai perjalananku membina rumah impian Di Durian Tunggal Melaka

Pengembaraan

Pengalaman,Tips,gambar ketika bercuti

Pengurusan Kewangan

Tips,berita dan Pengalaman di dalam mengurus kewangan peribadi dengan bijak

Home » cerita aku, kawen

Belanja Kawin

Submitted by m.ruzaini.h on August 10, 2011 – 8:32 am2 Comments

Salam,

bulan 11 dah tak lama dah.. rasa takut pun ada.. rasa suka pun ada.. bercampur baur.. sekarang tgh proses nak siapkan document kawen.. nanti dah siap.. aku bg tau procedure dia… so, hari ni aku nak share contoh perbelanjaan untuk kawen ni… budget bergantung kepada besar atau kecil majlis, ianya bergantung juga kepada sponsor.. klu jd artis macam memey and norman hakim, sponsor dia juta2 punya.. klu macam aku ni saper la nak sponsor kan..

sekarang kita lihat, apa perbelanjaan yang perlu kita keluar untuk kawen ni.. kalau boleh buat budget siap2,, macam aku, semua budget untuk kawen dari kursus pra perkahwinan, katering, photographer sampailah budget untuk honeymoon aku buat sama2 dengan tunang aku.. kiranya budget disatukan untuk belah aku dan belah tunang aku gak..

belanjanya (Lelaki) :-

  1. Kursus pra perkahwinan – RM 80/ orang
  2. Kad kawen – RM 500- RM 700
  3. barang hantaran termasuk cincin and upah  – RM1000 – RM 4000
  4. Mas kawen (selangor) – RM 300
  5. Duit Hantaran – RM8K – RM15K
  6. Door gift – RM 1500 – RM 2500
  7. Katering (1000 org) -  RM 7500 – RM 12000
  8. DJ – RM 500
  9. Makandam,solekan, pelamin – RM 2000
  10. Baju pengantin = RM 800
  11. Photographer – RM 1500
  12. Khemah/dewan = RM 1500
  13. Lain – Belanja Hangus = RM 1000- RM 2500

Jumlah (anggaran) = RM 35,000 – 44,000

Jumlah yang besar kan.. itu yang sederhana lah untuk lelaki bagi aku.. tp ada yang budget rendah dari itu.. so kene pandai2 lah..

yang dekat atas ni untuk pengantin lelaki, untuk pengantin perempuan lak lepas tolak hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki, mungkin perlukan duit sebanyak RM 30K…

banyaknya.. itu yg ramai jejaka dekat luar tu tak kawen2 lagi.. kalau kawen pun ada yang terpaksa berhutang.. isk2…

how nak kurang kan belanja kawen ni:-

  1. Kad kawen print sendiri takyah colour2.. hitam putih udah
  2. barang hantaran beli yang simple2 jer.. tp dekat cincin tu bior la mahai sikit.. takkkan nak beli zulian kot..
  3. doog gift.. ko bagi jer telur sorang sebijik.. br 20sen.. tak perlu bg yang cangih2, macam pasu bunga lah, kristal la.. membazir..
  4. kurangkan jemputan.
  5. masak sendiri (gotong royong)
  6. takyah buat pelamin yang gah, buat yang simple2, letak 2 kerusi, beli kain.. hias sendiri.. untuk bergambar dengan sanak saudara jer.. tak yah nak tunjuk2 kepada semua..
  7. photographer, ramai jer yg pakai DSLR sekarang.. klu kenal kawan2 yang tau ambil gambar.. upah jer kat dia.. takyah print2.. semua sofcopy.. nanti dah ada duit.. br buat album.
  8. korang jemput dato2, wakil rakyat ker.. tansri2 ker.. confirm leh dapat duit salam banyak.. leh tampung perbelanjaan kawen..hahhahahaa..

apa2 pun.. kawen itu sesuatu yang dituntut.. tapi jgn sampai membebankan.. benda yang dituntut haruslah dimudahkan..

apa2 pun.. berbelanjalah berhemah untuk hari bersejarah anda.. aku masih disini and masih bujang.. bulan 11 masih ada 3 bulan lagi.. :)

Sekian

Ruzaini :)

kawen
iklan:-



Random Posts

2 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.